Wednesday, January 25, 2006

Aku yang Terel Sukan

Hai kawan-kawan.

Aku baru je lepas edit Blog aku ni. Ada pertambahan sikit dekat ruangan 'Tukang Sampuk'. Bagi aku, comment dalam Blog aku adalah satu tanda 'shake hand'. Tapi aku nampak banyak pompuan yang berani komen. Tak kisah la laki ke pompuan. Janji aku tak melakukan sumbang mahram, atau pun bersekedudukan dengan mereka semua.

Ehhh.. kenapa diorang pakai perkataan 'bersekedudukan' ha? Adakah sebab terkantoi semasa sedang duduk? Tapi tak logik lah pulak kalau taruk 'bersekeberdirian'. Ahhh.. lantak la malas aku nak pikir.

Kalau korang nak tau sebenarnya aku tengah kerja ni. Now ni dah pukul 11 malam lebih. Penat jugak. Tapi siap la aku punya claim nanti.

Dari aku buat kerja lebih baik aku update Blog.

Haaa.. hari tu cerita pasal Cikgu Aishah ye. Hari ni aku nak cerita pasal hari sukan dekat sekolah aku dulu. Aku dimasukkan ke dalam sebuah rumah sukan yang bernama Rumah Hijau. Sebab rumah aku rumah hijaulah baju sukan aku kaler hijau. Takkanlah Rumah Hijau nak pakai baju oren pulak. Apalah diorang ni, nama aje RUMAH SUKAN! Tapi sebijik rumah pun aku tak nampak masa sukan tu. Sekolah ada la. Ye tak ye jugak, kan acara sukan tu kat sekolah. Mesti la ada sekolah. Kalau acara tu diadakan dekat rumah, sure setiap pasukan dijadikan 'sekolah sukan'. Apa yang aku tulis ni pun aku tak paham. Macam nak uji IQ pulak.

Rumah Hijau adalah Rumah yang paling terel tahun 1984 tu. Semuanya sebab akulah. Kalau korang tak caya tanyalah aku. Aku berjaya memenangi acara-acara berikut:

1. Kepit bola celah kangkang dan lari/lompat dari sini ke sana.
2. Tolak gelung rotan dari sini ke sinun
3. Bawak bola ping pong dalam sudu dari sini ke situ.

Walaupun ini adalah acara berpasukan, tetapi tanpa kehebatan individu seperti kehebatan aku, pasukan itu memang tak mampu meraih kemenangan berganda. Terutamanya dalam acara nombor 1 di atas. Ianya memerlukan kuda-kuda yang kuat, betis yang mantap dan dan anu yang tahan lasak. Tapi bila aku tengok member aku terlompat-lompat kepit bola tu, sekor-sekor sebijik macam beruk. Macam member aku yang bernama Muhammad Romdzi pun ada jugak.

Dengan kemenangan yang aku perolehi, aku berjaya mendapat hadiah berupa pensel kaler, buku tulis, pensel bok, pembaris, pensel kaler, dan pensel kaler. Tak ikhlas langsung bagi hadiah. Bagi la hadiah lain-lain. Ini semua pensel kaler aje! Mungkin urusetia bahagian hadiah tu tak terpikir nanti ada orang yang boileh menang 3 acara sekaligus. Aku lah orangnya itu. Ha ha ha.. belagak gila aku. Bongkak, ujub dan takabbur semua sekali ada. Ha ha ha

Acara yang paling ditunggu-tunggu ialah acara tiup belon sampai meletup dan lari dari tempat ni ke tempat hujung sana. Bangcik masuk acara ni. Tapi tak menang. Yang menang ialah seorang budak gemuk darjah berapa ntah. Budak ni main tipu sebab dia pakai jarum. Tapi aku tengok dia tiup belon pun laju jugak. Dia transferkan semua angin dalam perut dia yang macam belon tu ke dalam belon. Memang lah meletup belon tu. Tak acilah. Eh.. memang la macam tu rule dia. Tapi sebab Bangcik tak menang, aku kena kutuk jugak budak tu. Mintak-mintak la dia dapat hadiah belon je.

Sebelum aku merepek lagi dan korang tak paham baik aku stop kat sini. Macam takde point je citer aku hari ni. Ah! kalau nak ada point, pergi buat Power Point!

Saturday, January 21, 2006

TAG 1

Ini apa benda yang Izham suruh aku buat ni. Aku buat aje la.

1. The Cosmic Abyss
2. Purple Ink Tumbles From My Humble Pen
3. Between Lambs & Muttons
4. Izham ~ The Way Life Should Be
5. ..Taiko Must Die..


Then you select five people to pass the love on to. Pick anyone you like to start with..

1. Brad Pitt
2. Angelina Jolie
3. Tom Hanks
4. Drew Barrymore
5. Jackie Chan

What were you doing 10 years ago?

Belajar kat iTTM, Taiping. Pagi pergi kelas. Petang gi Taiping Naik Basikal. Main Basketball. Malam tengok video. Borak-borak. Buat kelakar. Kutuk-kutuk. Belajar malas. Kalau ada assignment, tunggu ada orang siap buat lepas tu baru copy.


What were you doing one year ago?

Kerja dekat Celcom. Jaga Swicthing untuk Celcom Prepaid. Orang rumah aku nak bersalin anak nombor 3. Masa scanning tak nampak alat kelamin yang mengatakan dapat anak laki. Aku memang target dapat pompuan.


Five snacks you enjoy
1. Nasik dengan Ikan masak lemak cili api
2. Gulai Tempoyak ikan Patin
3. Sambal Sardin tumis cili api
4. Cekodok breakfast cicah sardin semalam.
5. Mihun Goreng Mak

Five songs to which you know all the lyrics off your head right now:
1. One - Metallica
2. Relaku Pujuk - Spider
3. Puji-pujian - Raihan
4. Pupus - Dewa
5. About a girl - Nirvana

Five things you would do if you were a millionaire:

1. Settel semua hutang
2. Beli Tanah Lot - Buat Bungalow
3. Bukak kedai jual ikan
4. Invest dalam Real Estate
5. Pegi Scotland dengan wife

Five bad habits
1. Procrastination
2. Takes things for granted
3. Berdengkur kuat masa tido termasuk la dalam kelas
4. Boros
5. Boroi

Five things you like doing:
1. Tengok Movie & kumpul DVD
2. Dengar Lagu best-best & kumpul kaset/CD
3. Bincang-bincang dengan bini
4. Bawak anak-anak jalan-jalan
5. Buat Lawak Bangsat

Five things you would never wear, buy, or get new again
1. Coli
2. Spek budak nerd
3. Spender kat luar, seluar kat dalam
4. Rantai, gelang, cincin etc
5. G String

Five favorite toys:
1. Toy Story
2. HP iPAQ PDA
3. Video Game Sponge Bob anak aku
4. MP3 Player
5. Laptop

Friday, January 20, 2006

Ramlah Ram vs Hantu Trompet

Assalamualaikum semua kawan-kawan. Terima kasih kerana masih lagi sudi menjenguk Blog aku walaupun aku sekarang dah tak update hari-hari macam bulan lepas. Terima kasih daun keladi.

Eh.. apasal kena ada 'daun keladi' pulak lepas ucap terima kasih ha? Adakah kita berterima kasih dekat daun keladi tu? Apa jasa daun keladi pada kita? Kalau dalam peribahasa, ada 'Seperti mencurah air di daun keladi'. Dalam lirik lagu kumpulan D'lloyd pun ada sebut daun keladi. Kenapa tak cakap terima kasih daun pisang ke, terima kasih daun ganja ke, terima kasih daun terup ke? Apa kelebihan daun keladi ni? Sapa boleh jawab? Aku boleh jawab. Tapi jawapan aku salah laa...

Sepertimana yang aku dah cerita hari tu, cikgu kelas aku bernama Puan Zabedah @ Cikgu Bedah. Walaupun nama dia Cikgu Bedah, tapi perangai dia tak sama macam perangai Cikgu Bedah dalam cerita Adik Manja lakonan Darma Harun dan Norkumalasari tu. Alaa.. cerita tahun 70 an pasal satu kolej yang student dia semua perempuan tu lah. Ok gak citer tu. Haa.. Cikgu Zabedah ni mengandung masa tu. Jadi, bila dia cuti bersalin, ada la Cikgu lain ganti. Nama Cikgu kelas aku yang baru tu ialah Cikgu Aishah.

Cikgu Aishah ni cun orangnya. Ranggi jugak la sebab pergi sekolah pakai skirt. Rambut pulak ala-ala Ramlah Ram masa nyanyi lagu Kau Kunci Cintaku dalam Juara Lagu 1988. Walaupun CIkgu Aishah ni ranggi, tapi dia seorang cikgu yang baik. Kadang-kadang dia bawak nasik lemak banyak-banyak dan bagi kitorang satu kelas sebungkus sorang. Ni tak termasuk la 'nasik lemak' 2 bungkus yang dia bawak hari hari tu. Kalau korang tak paham nasik lemak yang mana aku maksudkan ni, korang punya pasal lah ha ha ha ha ha.

CIkgu Aishah ni best sebab dia selalu cerita kat kitorang cerita-cerita Fairy Tales dari Walt Disney. Daripada mulut, lidah dan gigi dia la aku tahu cerita Snow White, Jack and The Bean Stalk, CInderella, Pinoccio, Rumpertseltskin, dan macam-macam lagi. Teknik dia bercerita tu pun best. Bila dia bercerita je aku boleh bayangkan kat muka dia tu ada TV. Macam tengok TV aje bila aku tengok muka dia masa bercerita. Tapi yang tak bestnya bila Cikgu Zabedah dah masuk sekolah balik. Perut dia yang hari tu mengelembung dah kempis balik. Bila dah tak mengandung tu baru la nampak dia macam hantu trompet dalam cerita Pendekat Bujang Lapok. Nasib baik bukan dia yang ajar aku tiup rekoder masa kelas muzik. Kalau tak, sure sebijik macam Hantu Trompet kalau dia tiup rekoder. Alamak... tak baik kutuk cikgu! Kira aku salah taip aje la. Tapi aku malas nak delete.

Sekarang ni agaknya kat mana la Cikgu Aishah, CIkgu Zabedah, Ustat Mat Nor, Cikgu Che' Ros semua tu. entah hidup entah mati. Kalau anda yang membaca ini adalah cikgu-cikgu tersebut, sila hubungi saya masa Hari Guru nanti. Saya nak bagi kad la. Kad aje dah la. Takkan nak 'Tovota VIOS 2006' pulak. Melampau la kalau macam tu!

Ini aje la hari ni ekk? aku nak gi semayang jumaat la. CHoW!

Wednesday, January 18, 2006

Mata Pejaran Kegemaran

Assalamualaikum.



Wahh.. Finally aku dapat jugak curik masa untuk tulis blog ni. Gila penat aku punya kerja sejak 2 minggu lepas. Sebijik macam lembulah aku kena perah dengan Maxis. Aku rasa kalau aku ni lembu betina yang ada susu banyak tu, mau kering buah susu aku. Kering bukan sebab kena jemur kat ampaian, tapi sebab kena perah la. Apa taknya? siang malam kena perah. Lembu pun tau cuti.

Bila cakap pasal susu lembu ni aku teringat iklan susu kat tv masa dedulu. Bila lepas minum susu dalam gelas, budak yang minum susu tu ada misai kaler putih. Aku pun tak puas hati everytime aku try minum air tapi takde pun misai sebijik punya lawa macam dalam iklan tu. Aku ingat orang dalam iklan tu tipulah. Lepas minum, director iklan tu jerit "CUT!". Lepas tu diorang cat mulut budak tu dengan kapur kasut. Lepas tu barulah pura-pura sambung minum. Macam lah aku tak tau trick diorang shooting. Aku dulu pernah jugak belakon teater masa persembahan hari penyampaian hadiah kat sekolah.

Hah! hari tu aku janji nak sambung cerita pasal sekolah kan. Ni aku nak sambung la ni.

Style belajar kat sekolah aku ni memang best. Aku rasa best sebab time belajar teori apa-apa terutamanya teori huruf ABC, semuanya kena duduk bersila dekat lantai depan papan hitam. Ada la tikar dekat lantai tu. Kalau takde tikar, sejuk la bontot. Aku ingatkan aku la budak paling pandai kat kelas tu. Rupanya ada lagi budak yang pandai. Nama dia Afendi. Badan dia gemuk giler macam belon. Memang real punya gemuk la. Kalau nak compare antara aku dengan dia masa tu, cuba korang compare Brad Pit dengan Kuman (KU2). Tentulah aku jauh lebih tampan dari dia. Tapi dia la jadi ketua darjah. Mungkin sebab cikgu ingat dia tu kuat macam King Kong.

Matapelajaran yang aku paling suka masa tu ialah Agama Islam. Aku suka belajar Agama Islam sebab aku orang Islam. Ustaz yang mengajar aku bernama Ustaz Mat Nor. Aku la jadi anak murid kesayangan dia. Nak tau sebab apa? Sebab aku dah boleh baca Quran secara lancar dengan tajwid, makhraj serta Qolqolah yang betul (hehe.. exaggerate sikit). Padahal ramai bebudak lain yang tak kenal huruf pun. Tapi disebabkan ketereran aku mengaji, aku la kena ganti dia mengajar bebudak yang tak kenal huruf tu. Dia relek je duduk tekangkang kat kerusi sambil usha-usha aku dari jauh. Mungkin dalam hati dia berkata "Boleh buat menantu budak ni!".

Matapelajaran kedua yang aku suka ialah muzik. Aku masa time tu dah pandai main gitar karan dah. Hehhehe.. acah aje. Aku suka muzik sebab boleh nyanyi nyanyi dengan riang ria. Especially kalau kena nyanyi lagu:

"Kalau rasa gembira tepuk tangan" *prap prap*

Memang bergegarlah satu kelas bila nyanyi lagu tu. Cikgu muzik aku bernama Encik Che' Rose. nama dia sebijik macam nama bapak member aku Izham Che Rose. Anak pompuan dia satu kelas dengan aku jugak. Nama anak dia apa entah. Cun jugak budak tu.

Ada soghang budak lagi bernama Siti Fatimah. Dia ni memang pelat hughuf R. Kalau nyanyi ghamai-ghamai tu memang lah dia saje yang nyanyi bunyik lain. Bila aku ajar mengaji pun susah. Apa taknya. Aku suruh mengeja "Ro dia atas Ro", tapi dia sebut "Gho di atas Gho". Nasib baik cun. Kalau tak, sure dah lama aku lempang. Tapi cun lagi oghang ghumah aku. Hheheh kang aku kena tido luar pulak kang.

Matapelajaran yang aku paling tak suka ialah Bahasa Melayu. Sebab apa? Sebab budak lain ramai yang masih tak pandai baca. Boring la aku kalau cikgu tu asik ajar macam mana nak mengeja aje. Matapelajaran yang aku rasa terel ialah Ilmu Hisap. Eh.. silap taip pulak. Ilmu Hisab atau Matematik. Kacang jo! Tak payah pakai calculator pun aku boleh siap semua kerja rumah matematik.

Haa.. hari ni aku cerita general lagi. Esok baru aku sambung kisah-kisah menarik yang berlaku dalam kelas aku. InsyaAllah. Akhir kata mari kita nyanyi ramai ramai lagu di bawah ni.

Ada seoghang kawan namanya Ah Mengggg
Dia juga berkawan namanya Muthuuuuu
Kami berkawan baik sama sedarjah
Belajar bersama main bersama
Hei hei hei hei hei hei
Tiga sekawaaannnnn...

Ulang chorus (lagu ni semuanya chorus)

chow!

Monday, January 16, 2006

Sori

Dah seminggu aku tak update blog. I'm veri sori to sesiapa yang cek blog aku tapi takde cerita baru. Aku memang bz gila. Dah la demam dan selsema dan kepala berdenyut-denyut. ESok aku try update.

Kalau takde cerita baru tu paham-paham aje la. Buat la revision cerita aku yang lepas-lepas. Catit point-point penting. Nanti masuk soalan exam. heheh

chow!

Monday, January 09, 2006

Jadi Budak Sekolah

Pada bulan Januari tahun 1984, aku start masuk darjah satu kat Sekolah Kebangsaan Polis Depot, Jalan Gurney, KL. Sekarang ni Jalan Gurney tu dah tukar nama jadi Jalan Semarak. Nama aje Jalan Gurney, tapi aku bukan budak Sekolah Henry Gurney. Kalau sekolah Thierry Henry (pemain bolasepak Arsenal) aku nak la masuk.

Pagi-pagi buta lagi aku dah kena bangun tido. Kalau rasa nak berak, kena pergi sungai. Masa ni la ikan sembilang dapat hadiah breakfast dari aku. Lepas berak aje terus pegi mandi kat perigi. Perghh,.. macam mandi air batu! Sejuk nak mampus. Aku punya gigi atas dengan gigi bawah boleh berlaga-laga la sebab menggigil. Aku tak semayang subuh pun masa tu sebab aku belum akil baligh lagi. Sementara menunggu Mak ironkan baju aku, aku mencangkung la kat dalam rumah dengan berbalutkan tuala. Seksi jugak kalau tengok dari angle depan. Nasib baik takde orang candid camera. Mak gosok baju pakai seterika arang. Berat gila seterika tu. Tapi sekali gosok aje hilang semua kedut.

Aku pakai baju sekolah lengan pendek warna putih jenama 'DON' dengan seluar pendek warna biru jenama apa pun aku tak ingat. Aku tak pakai spender pun masa tu sebab Abah takde budget nak beli spender. Lagi pun senang kalau nak kencing nanti bukak zip aje. Nasib baik benda tu tak pernah tersepit kat zip heheh. Pergi sekolah naik motor. Abah bawak aku dengan Bangcik sekali. Tiga orang naik motor tu. Masa tu aku belum gemuk lagi sebab tu muat naik tiga orang. Bangcik pun badan macam Osman Kering je. Jauh jugak dari rumah ke sekolah. Syok je pagi-pagi naik motor. Abah tak offer pun aku bawak motor sebab aku tak tau bawak lagi. Kalau aku tau bawak, sure aku dah jadi mat rempit masa tu.

Aku masuk kelas darjah 1 Kuning. Kelas lain adalah 1 Hijau, 1 Biru dan satu Merah. Kelas 1 Merah banyak budak india. Cikgu kelas aku bernama Cikgu Zabedah. Aku ingat lagi muka dia sebab dia pakai spek tebal dan gigi dia macam Mr Os. Macam hantu trompet dalam 'Pendekar Bujang Lapok' pun ada gak. Alamak! tak baik kutuk cikgu. Tarik balik slurrppp slurrpp.

Bila Abah dah siap register semua, aku pun dapatla tempat duduk. Anak sedara aku yang sebaya dengan aku iaitu Azrin yang aku panggil 'Abang' satu kelas dengan aku rupanya. Azrin ni Abang kepada Fina yang baru kawin bulan lepas tu. Budak yang duduk depan aku tu nama dia Zaki. Rambut dia tegak-tegak sikit. Kitorang ada pakai name tag kat poket baju. Bila aku nak baca nama si Zaki ni, aku boleh terbaca nama dia 'Ikan' pulak. Mungkin sebab aku dah biasa baca buku terbalik (sila lihat posting aku yang bertajuk 'The Genius In me' untuk maklumat lanjut). Aku memang ingatkan nama dia 'Ikan'. Sebab muka dia pun ada iras-iras ikan puyu. Macam ikan sepat masin pun ada jugak. Lalu, aku pun tanyalah dia "eh.. nama kau ikan ke?". Dia pun cakap "Nama aku zaki lah!". Ooo zakiii.. baru aku perasan yang aku tersilap baca. Nasib baik masa tu kekecik lagi. Kalau tak, sure dia tak puas hati dgn aku punya.

Sebelah Zaki pulak ada sorang budak pompuan bernama Zuraini. Minah ni aku pun tak paham. Bau dia busuk sikitlah. Dia pergi sekolah memang tak mandi. Kepala pun ada kutu. Lepas tu bila cikgu ajar macam tak masuk je kat telinga dia. Entah-entah Zuraini tu sekarang ni dah cun gila dan dah jadi top model. Sapa tau? Masa kekecik buruk, dah besar cun gila. Ada jugak yang masa kekecik cun, dah besar tak cun. Ada jugak yang dari kecik sampai besar maintain macho aje (aku la tu).

Bila time rehat, aku pun berkumpullah dengan sedara mara yang sekolah situ jugak. Oh ya! aku lupa nak cakap yang Along dah pindah sekolah KL. Dia duduk rumah Makmbong dekat berek polis Jalan Gurney tu. Along (darjah 5) satu kelas dengan Bangri (anak mambong) dan satu kelas jugak dengan penyanyi Haleeda. Haleeda tu memang dari sekolah dah cun dah. Bangcik (darjah 3) satu kelas dengan Banglan (adik Bangri). Aku satu kelas dengan Azrin (cucu Makmbong). Angah masih lagi sekolah kat kampung sebagai anak dara pingitan.

Balik sekolah pun Abah jemput naik motor. Mungkin Abah mengular waktu kerja. Sebab lepas dia hantar aku dengan Bangcik, dia sempat mandi dan makan nasik lagi kat rumah. Lepas semayang baru dia gi kerja balik. Kos petrol pun meningkatla. Patutla kalau Abah beli burger kena kerat 4 untuk share suku sorang. Bila first time aku tengok orang makan burger seketul sorang, terperanjat gila aku! Budak yang makan burger tu kurus aje tapi makan makanan untuk 4 orang sensorang dia aje!

Itu jelah hari ni. Hari ni adalah intro untuk episod baru dalam hidup aku iaitu sebagai seorang budak sekolah. Esok-esok punya cerita baru best dan detail sikit. Tungguuu...

Saturday, January 07, 2006

Pantun Lapar

Hari Sabtu banyak kelebihannya. Hari sabtu pun banyak kekurangannya. Hari Sabtu jugak banyak lebih kurangnya. Kalau ikut penaakulan mantik, bila aku gabungkan ayat-ayat tadi, kesimpulannya hari Sabtu takda apa-apa yang special pun. Hari Sabtu minggu ni aje la.. sebab aku kena kerja.. hari Sabtu yang lain-lain selalunya dapat layan TV. Gi breakfast roti canai dengan anak bini. Jalan-jalan bawak anak aku main gelongsor kat Giant Bandar Puteri Puchong dan lain-lain lagi. Rumah aku kat Bandar Puteri tu la. Malam pulak selalunya ada Live Match English Premiere League. Bestnya hari Sabtu...

Bukan Senang mau senang,
Senang-senang datang le ke rumah.

Pisang emas di bawak belayar,
Masak sebijik di atas peti,
Nak makan goreng pisang pegi la bayar,
Kalau nak free masak la sendiri.

Nasik Lemak buah bidara,
Anak sembilang di tapak tangan,
Nasik Lemak dulu 50 sen je,
Nak makan kena pakai tangan kanan.

Gendang gendut tali kecapi,
Perut dah gendut pun nak makan banyak lagi.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Kalau tak suruh makan pun aku nak gi makan,
Sapa nak belanja aku?

Aku dah lapar... nak gi makan. Chow!

Friday, January 06, 2006

Festival Ghost

Aku ingat aku nak bela hantu raya lah. Kerja banyak gila. Kalau aku ada 3 ekor hantu raya, akan kusuruh sorang kerja kat Maxis, sorang Meniaga, sorang teman aku main terup declair kat rumah.

Kenapa aku cakap macam ni? sebab kerja aku banyak. Aku boleh jadi takde idea nak menulih hari ni.

Tapi.. bela hantu raya berdosa tau. Nanti masa nak mati nanti susah ooo.. Kalau kita dah mati, tapi, badan kita hidup lagi. Makan banyak pulak tu. Rupanya hantu raya yang ada dalam badan kita tu yang nak makan nasik. Untung kalau bawak hantu raya makan buffet.

Ni nak raya haji ni. Hantu raya ada ke pergi Haji? mana la aku tau.. ahh.. minggu depan la aku sambung cerita dengan harapan kerja aku boleh siap.

Selamat bercuti. Aku tak cuti weekend ni. Kena siapkan before isnin. Chow!

Thursday, January 05, 2006

Cara Nak Tahan Berak

Bertemu kita lagi hari ni. Walaupun hari ni aku bz gila babi, ditambah lagi dengan bebanan kerja yang ada, aku gagahkan jugak untuk merehatkan minda aku dengan menulis kat Blog aku ni. Alamak.. korang tunggu sat. Aku rasa nak terkincit la. Ni betul ni! Aku gi berak dulu la.. tunggu sat.. saaattt je!

15 minit berlalu.. lega siot!

Alangkah siksanya masa duduk setinggan dulu apabila tiba-tiba aje rasa nak terkincit di waktu malam. Maklumlah, masa tu berak dekat sungai aje. Dekat kawasan rumah setinggan yang aku duduk tu memang ada aura-aura seram jugak la. Ada satu malam tu aku rasa memang nak terkincit betul lah. Aku rasa najis mukhaffafah tu dah sampai kat kawasan rektum dah. Kalau tak tau 'rektum' tu apa, korang cek buku biologi. Aku cakap la dekat Abah yang aku nak terberak. Aku ingatkan dia nak la bawak aku gi berak kat sungai sana. Tetapi tidak.

Abah punya solution yang tersendiri untuk menangani masalah anak yang rasa nak terkincit di waktu malam. Aku kena tonggeng bontot, lepas tu Abah pun tepuk-tepuk la bontot aku sambil nyanyi lagu yang dia reka sendiri lirik dia. Kadang-kadang Abah menggunakan lagu yang sudah popular dan menjadi siulan anak muda, cuma lirik saja yang diubah. Lirik yang dinyanyikan jugak selalunya berunsurkan mesej 'nak halau taik supaya masuk dalam perut balik'. Aku yang leka dengar Abah nyanyi tu rasa hilang pulak rasa nak berak. Bila dah letih menepuk bontot, abah akan tanya "Ada rasa nak berak lagi tak?". Aku pun cakap la takde.

Tapi solution itu cuma bertahan tak lama. Bila aku rasa nak berak balik, aku dah tak berani nak cakap kat Abah. Aku tahan aje la sampai pagi. NAsib baik tak terkincit dalam seluar. Aku rasa Abah malas nak keluar rumah dan temankan aku berak kat sungai.

Ada sorang abang sedara aku cakap pulak (Bangri), kalau kita nak tahan berak, kena baca jampi seperti di bawah:

Bontot kat atas, kepala kat bawah..
Bontot kat atas, kepala kat bawah..
Bontot kat atas, kepala kat bawah..
Bontot kat atas, kepala kat bawah..

Kena baca banyak-banyak kali sampaila rasa nak berak tu hilang. Aku pernah try jugak masa rasa nak terkincit dalam bas. Berjaya jugak. Ye la.. kalau bontot kat atas, kepala kat bawah, sure la taik tu akan masuk balik dalam perut. Kan prinsip tarikan graviti tu! Betul tak? Korang try la kalau tak caya.

Kan.. tak pasal-pasal cerita pasal berak pulak.

Aku ingatkan nak cerita pasal hari pertama aku masuk sekolah. Ye lah.. kan bebudak dah start sekolah dah sekarang kan. Esok je la. Malas aku nak menaip. Buat kerja lagi bagus. terima kasih kerana membaca bahan bacaan yang tak senonoh daripada aku hari ni. Hah ha ha ha ha hah haa..

Wednesday, January 04, 2006

Mak Jadi Bionic Woman

Assalamualaikum.

Kepada budak-budak sahabat lama aku yang masih lagi kerja dekat Celcom yang macam mana entah boleh tau kewujudan Blog aku ni, aku nak isytiharkan permusuhan. Pergi 'mam' la dengan 'This is Celcom Territory'. Menyemak aje signboard tu. Hidup Maxis! Hidup Anantha Krishnan! Weh.. korang tak boring ke kerja macam budak-budak sekolah kat sana? pukul 8.30 dah kena masuk opis. Kena sign attendance la. Berenti la woii.. Hari tu orang offer vss tak nak ambik. (Mesej ini terkecuali untuk Sifu aku iaitu Encik Khairil Rizal Bin Khalid dan rakan-rakan IN yang lain, dengan ucapan.. "bila nak gi karaoke singgit satu lagu?")

Haa.. sampai mana cerita hari tu? ooo.. cerita ikan sembilang ye? hari ni kita masuk bab lain la pulak.

Bila cuti sekolah dah habis. Tinggal la aku, bangcik dan Apis je sebagai adik-beradik kat KL. Along balik Perak untuk melanjutkan pelajarannya ke darjah 4, Angah pulak dapat sambung belajar ke darjah 3. Bangcik masuk darjah 2. Aku baru 6 tahun. So, masa bangcik pergi sekolah, aku pun meneruskan rutin harian aku sebagai tukang shopping barang-barang kitchen kat kedai Pakcik Leman Kartolo.

Adik aku Apis dah pandai berjalan. So, aku la bawak dia jalan-jalan makan angin sekitar kawasan rumah aku tu. Apasal la orang dulu-dulu ni buat simpulan bahasa pelik-pelik? Apa kena mengenanya makan angin dengan jalan-jalan? Mungkin ada musafir masa zaman dulu terlupa bawak bekal nasik tapi bawak gula-gula berangin masa jalan-jalan. Bila dah lebih 2 marhalah berjalan, barulah rasa lapar. Makan aje la gula-gula angin tu. Bila angin dah masuk dalam perut, barulah sedar yang diorang tu pergi jalan-jalan tanpa bawak bekal nasik. Nak singgah R&R mana ada. Apa lagi, diorang pun 'angin satu badan!' lah. Maka bermula hari itulah simpulan bahasa 'makan angin' pun diperkenalkan supaya orang tak lupa bawak bekal bila jalan-jalan.

Satu hari tu aku bawak Apis makan angin kat satu perigi yang tak berapa dalam. Kat kawasan perigi tu aku ada jumpa satu tin sardin cap ayam kosong. Aku ambik tin sardin tu dan aku campakkan ke dalam perigi tu. Entah macam mana entah Apis boleh minat kat tin sardin tu. Dia pergi terjun dalam perigi tu untuk ambik tin sardin tu. Aku punya la panik. Aku lari dan nampak mak, terus aku jerit panggil mak aku. Bila mak dengar aku menjerit, mak terus lari dekat aku.

Masa tu aku nampak Mak lari sebijik macam Bionic Woman. Cuma aku tak boleh tengok aksi gerak perlahan aje. Muzik soundtrack pun aku tak pasang masa Mak lari pecut tu. Kalau tak, sure real gila macam Bionic Woman. Aku yang panik tu terus tunjuk kat mak yang Apis ada dalam perigi. Aku tengok Apis tenggelam timbul dah. Mak aku lari dan dengan hikmat 'berani mati tak mati' mak aku berjaya mencapai tangan Apis untuk dibawak naik ke darat. Kuat jugak tangan Mak ni. Kalau lawan arm wrestling belum tentu korang menang lagi.

Nasib baik adik aku dapat diselamatkan. Kalau tidak, sure aku kena soal siasat kat balai. Silap-silap aku tidur dalam lokap malam tu. . Mana la tahu kot-kot diorang saspek aku nak bunuh adik aku sebab nak jadi serial killer ke apa ke. Apis pulak akan jadi hantu dalam cerita 'The Ring'. Habis satu kampung nanti Hantu Apis mengamuk.

So, Lepas tu aku pun menyesal dan jadi budak yang soleh.

Kesimpulannya, kita kena jaga stamina untuk menangani isu-isu kecemasan macam ni. Jom follow aku jogging!

Tuesday, January 03, 2006

Takde Mut

assalamualaikum.

Aku takde mut nak cerita hari ni. Tetiba aje pulak banyak musibah yang melanda. Kalau aku bercerita pun aku rasa stress je nanti bunyi cerita aku. Esok-esok la aku sambung balik.

chow.