Thursday, January 05, 2006

Cara Nak Tahan Berak

Bertemu kita lagi hari ni. Walaupun hari ni aku bz gila babi, ditambah lagi dengan bebanan kerja yang ada, aku gagahkan jugak untuk merehatkan minda aku dengan menulis kat Blog aku ni. Alamak.. korang tunggu sat. Aku rasa nak terkincit la. Ni betul ni! Aku gi berak dulu la.. tunggu sat.. saaattt je!

15 minit berlalu.. lega siot!

Alangkah siksanya masa duduk setinggan dulu apabila tiba-tiba aje rasa nak terkincit di waktu malam. Maklumlah, masa tu berak dekat sungai aje. Dekat kawasan rumah setinggan yang aku duduk tu memang ada aura-aura seram jugak la. Ada satu malam tu aku rasa memang nak terkincit betul lah. Aku rasa najis mukhaffafah tu dah sampai kat kawasan rektum dah. Kalau tak tau 'rektum' tu apa, korang cek buku biologi. Aku cakap la dekat Abah yang aku nak terberak. Aku ingatkan dia nak la bawak aku gi berak kat sungai sana. Tetapi tidak.

Abah punya solution yang tersendiri untuk menangani masalah anak yang rasa nak terkincit di waktu malam. Aku kena tonggeng bontot, lepas tu Abah pun tepuk-tepuk la bontot aku sambil nyanyi lagu yang dia reka sendiri lirik dia. Kadang-kadang Abah menggunakan lagu yang sudah popular dan menjadi siulan anak muda, cuma lirik saja yang diubah. Lirik yang dinyanyikan jugak selalunya berunsurkan mesej 'nak halau taik supaya masuk dalam perut balik'. Aku yang leka dengar Abah nyanyi tu rasa hilang pulak rasa nak berak. Bila dah letih menepuk bontot, abah akan tanya "Ada rasa nak berak lagi tak?". Aku pun cakap la takde.

Tapi solution itu cuma bertahan tak lama. Bila aku rasa nak berak balik, aku dah tak berani nak cakap kat Abah. Aku tahan aje la sampai pagi. NAsib baik tak terkincit dalam seluar. Aku rasa Abah malas nak keluar rumah dan temankan aku berak kat sungai.

Ada sorang abang sedara aku cakap pulak (Bangri), kalau kita nak tahan berak, kena baca jampi seperti di bawah:

Bontot kat atas, kepala kat bawah..
Bontot kat atas, kepala kat bawah..
Bontot kat atas, kepala kat bawah..
Bontot kat atas, kepala kat bawah..

Kena baca banyak-banyak kali sampaila rasa nak berak tu hilang. Aku pernah try jugak masa rasa nak terkincit dalam bas. Berjaya jugak. Ye la.. kalau bontot kat atas, kepala kat bawah, sure la taik tu akan masuk balik dalam perut. Kan prinsip tarikan graviti tu! Betul tak? Korang try la kalau tak caya.

Kan.. tak pasal-pasal cerita pasal berak pulak.

Aku ingatkan nak cerita pasal hari pertama aku masuk sekolah. Ye lah.. kan bebudak dah start sekolah dah sekarang kan. Esok je la. Malas aku nak menaip. Buat kerja lagi bagus. terima kasih kerana membaca bahan bacaan yang tak senonoh daripada aku hari ni. Hah ha ha ha ha hah haa..

8 comments:

Unknown said...

hahahahhaahhaha.... apa punye post la... memang lawak giler.... hahahahhahaha.... aduih la.... penat gelak....

deynarashid said...

bahan bacaan yg tidak sihat utk kanak2..haha..

Unknown said...

hehehehhe.... baca kali ke-2 pon masih rasa nak gelak guling2 sampai keluar airmata... hahahahhaha... abah nyanyi lagu bot.. bot.. bot.. bunyi motobot ke?? tapi tu lagu apis kan??? hehehehehehhe.....

Anonymous said...

Hahaha..ko memang gile le taiko..dah la mencaci celcom pastu menaikan nama keling ananda krisnan..

Huhuuhuu sakit perot aku baca konya blog..ko dok mana nanti reraya ku nak datang borak...

Ko ingat tak kita main carrom kat vista dulu, ngan amin jalin, bob unt, kent, dan lelain...

yang kita main siap jerit jerit tu... cuba ko buat cite kasi kelako

Anonymous said...

Tambahan lagi ..

aku teringat aku pernah kena marah ngan ko.. masa tu ada lawan bola...SE lawan TE kot... ko pegi shoot masuk gol... tendang dengan gagah dan kuat..ala ala david bekam... Tpi ko shoot gol sendiri..kira bangap le,.. akhirnya kelas aku menang.disebabkan kaki ko yang tak bedong...

Patu tah camana aku terjumpa ko kat dalam lif

Mohen : wahhhh power le ko taiko score sial
Taiko : WOI DIAM LA!!!!!!!!!!!!!!
(ko menjerit macam godzilla, sekarang ni musim kingkong)

muka ko macam nangka busuk aku teringat lagi

Izham Miyake said...

Kah kah kah... kena kutuk dengan mohens plak.. aku baru je kutuk kau dalam blog melayu aku..

EH kau score gol sendiri eh? Aku tak ingatla.. cemana la aku boleh terlupa event besar2 macam tu? Hahahaha!

Aku nak riak ni.. Ingat tak masa skuad harimau kumbang aku 'ter'score dua bijik dengan jayanya..

Masa tu KANDOS jadik keeper!

Zetty said...

eh, makcik aku pun ajar benda yg sama tapi lirik dah summarize sikit la...

Kepala bontot
Kepala bontot
Kepala bontot

ulang tuh jek la. Mujarab ketika tgh meeting.

Taiko said...

Deyna: Lepas ni aku nak taruk rating kat blog aku. 18 tahun ke atas je boleh baca. Suruh TMNet X Blocker block Blog aku ni. hehe

mohen: kau kalau aku cerita pasal diri kau (taik), seronok kau ya. Cerita kat vista tu lambat lagi la.. tahun depan baru aku cerita. Weii.. yang aku score gol sendiri tu TE lawan EE lah. SE mana ada masuk semifinal! Aku dah la panas je masa tu. dah la kalah 2-1. Kalau aku tak score gol sendiri tu sure seri. Tapi, cun jugak aku score tu.

izham: Balah la lu.. kaki ada parut burger pun nak main bola. KAndos yang bongok tak reti tangkap bola. kih kih kih.. Tapi, kalau kau tak score masa tu, tak menang la.. heheh.

Zetty: Yang itu dah simplify punya jampi. Cuba kau cakap ayat ni laju laju banyak banyak kali:

"bas datang aku naik"