Monday, January 09, 2006

Jadi Budak Sekolah

Pada bulan Januari tahun 1984, aku start masuk darjah satu kat Sekolah Kebangsaan Polis Depot, Jalan Gurney, KL. Sekarang ni Jalan Gurney tu dah tukar nama jadi Jalan Semarak. Nama aje Jalan Gurney, tapi aku bukan budak Sekolah Henry Gurney. Kalau sekolah Thierry Henry (pemain bolasepak Arsenal) aku nak la masuk.

Pagi-pagi buta lagi aku dah kena bangun tido. Kalau rasa nak berak, kena pergi sungai. Masa ni la ikan sembilang dapat hadiah breakfast dari aku. Lepas berak aje terus pegi mandi kat perigi. Perghh,.. macam mandi air batu! Sejuk nak mampus. Aku punya gigi atas dengan gigi bawah boleh berlaga-laga la sebab menggigil. Aku tak semayang subuh pun masa tu sebab aku belum akil baligh lagi. Sementara menunggu Mak ironkan baju aku, aku mencangkung la kat dalam rumah dengan berbalutkan tuala. Seksi jugak kalau tengok dari angle depan. Nasib baik takde orang candid camera. Mak gosok baju pakai seterika arang. Berat gila seterika tu. Tapi sekali gosok aje hilang semua kedut.

Aku pakai baju sekolah lengan pendek warna putih jenama 'DON' dengan seluar pendek warna biru jenama apa pun aku tak ingat. Aku tak pakai spender pun masa tu sebab Abah takde budget nak beli spender. Lagi pun senang kalau nak kencing nanti bukak zip aje. Nasib baik benda tu tak pernah tersepit kat zip heheh. Pergi sekolah naik motor. Abah bawak aku dengan Bangcik sekali. Tiga orang naik motor tu. Masa tu aku belum gemuk lagi sebab tu muat naik tiga orang. Bangcik pun badan macam Osman Kering je. Jauh jugak dari rumah ke sekolah. Syok je pagi-pagi naik motor. Abah tak offer pun aku bawak motor sebab aku tak tau bawak lagi. Kalau aku tau bawak, sure aku dah jadi mat rempit masa tu.

Aku masuk kelas darjah 1 Kuning. Kelas lain adalah 1 Hijau, 1 Biru dan satu Merah. Kelas 1 Merah banyak budak india. Cikgu kelas aku bernama Cikgu Zabedah. Aku ingat lagi muka dia sebab dia pakai spek tebal dan gigi dia macam Mr Os. Macam hantu trompet dalam 'Pendekar Bujang Lapok' pun ada gak. Alamak! tak baik kutuk cikgu. Tarik balik slurrppp slurrpp.

Bila Abah dah siap register semua, aku pun dapatla tempat duduk. Anak sedara aku yang sebaya dengan aku iaitu Azrin yang aku panggil 'Abang' satu kelas dengan aku rupanya. Azrin ni Abang kepada Fina yang baru kawin bulan lepas tu. Budak yang duduk depan aku tu nama dia Zaki. Rambut dia tegak-tegak sikit. Kitorang ada pakai name tag kat poket baju. Bila aku nak baca nama si Zaki ni, aku boleh terbaca nama dia 'Ikan' pulak. Mungkin sebab aku dah biasa baca buku terbalik (sila lihat posting aku yang bertajuk 'The Genius In me' untuk maklumat lanjut). Aku memang ingatkan nama dia 'Ikan'. Sebab muka dia pun ada iras-iras ikan puyu. Macam ikan sepat masin pun ada jugak. Lalu, aku pun tanyalah dia "eh.. nama kau ikan ke?". Dia pun cakap "Nama aku zaki lah!". Ooo zakiii.. baru aku perasan yang aku tersilap baca. Nasib baik masa tu kekecik lagi. Kalau tak, sure dia tak puas hati dgn aku punya.

Sebelah Zaki pulak ada sorang budak pompuan bernama Zuraini. Minah ni aku pun tak paham. Bau dia busuk sikitlah. Dia pergi sekolah memang tak mandi. Kepala pun ada kutu. Lepas tu bila cikgu ajar macam tak masuk je kat telinga dia. Entah-entah Zuraini tu sekarang ni dah cun gila dan dah jadi top model. Sapa tau? Masa kekecik buruk, dah besar cun gila. Ada jugak yang masa kekecik cun, dah besar tak cun. Ada jugak yang dari kecik sampai besar maintain macho aje (aku la tu).

Bila time rehat, aku pun berkumpullah dengan sedara mara yang sekolah situ jugak. Oh ya! aku lupa nak cakap yang Along dah pindah sekolah KL. Dia duduk rumah Makmbong dekat berek polis Jalan Gurney tu. Along (darjah 5) satu kelas dengan Bangri (anak mambong) dan satu kelas jugak dengan penyanyi Haleeda. Haleeda tu memang dari sekolah dah cun dah. Bangcik (darjah 3) satu kelas dengan Banglan (adik Bangri). Aku satu kelas dengan Azrin (cucu Makmbong). Angah masih lagi sekolah kat kampung sebagai anak dara pingitan.

Balik sekolah pun Abah jemput naik motor. Mungkin Abah mengular waktu kerja. Sebab lepas dia hantar aku dengan Bangcik, dia sempat mandi dan makan nasik lagi kat rumah. Lepas semayang baru dia gi kerja balik. Kos petrol pun meningkatla. Patutla kalau Abah beli burger kena kerat 4 untuk share suku sorang. Bila first time aku tengok orang makan burger seketul sorang, terperanjat gila aku! Budak yang makan burger tu kurus aje tapi makan makanan untuk 4 orang sensorang dia aje!

Itu jelah hari ni. Hari ni adalah intro untuk episod baru dalam hidup aku iaitu sebagai seorang budak sekolah. Esok-esok punya cerita baru best dan detail sikit. Tungguuu...

8 comments:

deynarashid said...

uiks. hari ni hari isnin ke? oooow, senang eh dah post hari ni, esok takyah post lagi. huhu.. besar btol family. syok ah satu skolah. heh..

Taiko said...

kau kecoh lah.. hari ni hari ahad tapi aku terpaksa kerja. esok aku nak ngular takut tak sempat nak tulih. jadi aku post la awal2. Jangan bagitau orang lain tau. Kau sorang je tau ni

Unknown said...

gila lah...berak nye berak dalam sungai, bih tu kita makan balik ikan semilang tu kan...patut la sedap bila buat gulai masak lemak cili api tu...

Anonymous said...

ceh ceh ceh!!!!

Unknown said...

first day sekolah? bising sebab ramai budak-budak menangis... teringat ada sorang budak tu sampai berlari keluar kelas.. last last cikgu pasang selak pintu yang belah atas tu.. heh heh...

nnn said...

84 darjah satu? sama nih.... apa-apa pun idup maxis! idup!

Izham Miyake said...

Masa aku darjah satu lagik best.

Pagi2 buta kelas aku dah berbau busuk.

Ada budak berak dalam seluar.

Nama budak tu Rahim, mata dia bulat terjojol.

Tu jela sekali dia pegi sekolah. Lepas2 tu tak pegi dah. Aku rasa dia malu tak nak pegi sekolah atau pun bunuh diri terus..

nadya.s said...

weiih.. cerita lalagi weihh.. lama gilller aku tunggu episode budak skolah siri 2 nih... hehehehe