Assalamualaikum semua kawan-kawan. Terima kasih kerana masih lagi sudi menjenguk Blog aku walaupun aku sekarang dah tak update hari-hari macam bulan lepas. Terima kasih daun keladi.
Eh.. apasal kena ada 'daun keladi' pulak lepas ucap terima kasih ha? Adakah kita berterima kasih dekat daun keladi tu? Apa jasa daun keladi pada kita? Kalau dalam peribahasa, ada 'Seperti mencurah air di daun keladi'. Dalam lirik lagu kumpulan D'lloyd pun ada sebut daun keladi. Kenapa tak cakap terima kasih daun pisang ke, terima kasih daun ganja ke, terima kasih daun terup ke? Apa kelebihan daun keladi ni? Sapa boleh jawab? Aku boleh jawab. Tapi jawapan aku salah laa...
Sepertimana yang aku dah cerita hari tu, cikgu kelas aku bernama Puan Zabedah @ Cikgu Bedah. Walaupun nama dia Cikgu Bedah, tapi perangai dia tak sama macam perangai Cikgu Bedah dalam cerita Adik Manja lakonan Darma Harun dan Norkumalasari tu. Alaa.. cerita tahun 70 an pasal satu kolej yang student dia semua perempuan tu lah. Ok gak citer tu. Haa.. Cikgu Zabedah ni mengandung masa tu. Jadi, bila dia cuti bersalin, ada la Cikgu lain ganti. Nama Cikgu kelas aku yang baru tu ialah Cikgu Aishah.
Cikgu Aishah ni cun orangnya. Ranggi jugak la sebab pergi sekolah pakai skirt. Rambut pulak ala-ala Ramlah Ram masa nyanyi lagu Kau Kunci Cintaku dalam Juara Lagu 1988. Walaupun CIkgu Aishah ni ranggi, tapi dia seorang cikgu yang baik. Kadang-kadang dia bawak nasik lemak banyak-banyak dan bagi kitorang satu kelas sebungkus sorang. Ni tak termasuk la 'nasik lemak' 2 bungkus yang dia bawak hari hari tu. Kalau korang tak paham nasik lemak yang mana aku maksudkan ni, korang punya pasal lah ha ha ha ha ha.
CIkgu Aishah ni best sebab dia selalu cerita kat kitorang cerita-cerita Fairy Tales dari Walt Disney. Daripada mulut, lidah dan gigi dia la aku tahu cerita Snow White, Jack and The Bean Stalk, CInderella, Pinoccio, Rumpertseltskin, dan macam-macam lagi. Teknik dia bercerita tu pun best. Bila dia bercerita je aku boleh bayangkan kat muka dia tu ada TV. Macam tengok TV aje bila aku tengok muka dia masa bercerita. Tapi yang tak bestnya bila Cikgu Zabedah dah masuk sekolah balik. Perut dia yang hari tu mengelembung dah kempis balik. Bila dah tak mengandung tu baru la nampak dia macam hantu trompet dalam cerita Pendekat Bujang Lapok. Nasib baik bukan dia yang ajar aku tiup rekoder masa kelas muzik. Kalau tak, sure sebijik macam Hantu Trompet kalau dia tiup rekoder. Alamak... tak baik kutuk cikgu! Kira aku salah taip aje la. Tapi aku malas nak delete.
Sekarang ni agaknya kat mana la Cikgu Aishah, CIkgu Zabedah, Ustat Mat Nor, Cikgu Che' Ros semua tu. entah hidup entah mati. Kalau anda yang membaca ini adalah cikgu-cikgu tersebut, sila hubungi saya masa Hari Guru nanti. Saya nak bagi kad la. Kad aje dah la. Takkan nak 'Tovota VIOS 2006' pulak. Melampau la kalau macam tu!
Ini aje la hari ni ekk? aku nak gi semayang jumaat la. CHoW!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
hahaaahaha! genetically, ko ni mmg dilahirkan kelakar la aku rasa.
cikgu bedah tu tak lawa sgt ke compare dgn ramlah ram?
Nadya: Memang aku dilahirkan kelakar sebab bidan tu geletek perut mak aku masa mak aku nak bersalinkan aku. Bila mak aku gelak terkekeh kekeh terus aku keluar dari perut mak aku
by the way, cikgu bedah memang tak lawa sangat macam cikgu Aishah. Tapi dia baik dan garang
dia ada pakai baju gaun merah yg ada hati lip lap lip lap tu tak? Itu baru true Ramlah Ram.
Cikgu Che Ros ni kalo x silap dia pindah sekolah kat tepi sekolah Polis Depot tu..S.R.K Jalan Padang Tembak 1 skrg dah tuka nama.jd Sekolah Rendah Padang Tembak 1 pulak..Kat sana pun dia jadi cikgu muzik gak..Tp latest news dia dah pencen dah..X tau kat mana skrg..
I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! How to disable safe mode in php cpanel Nu-life grover beach ca 1965-1968 volvo skin care Motorolawireless headsets
Post a Comment