Wednesday, January 18, 2006

Mata Pejaran Kegemaran

Assalamualaikum.



Wahh.. Finally aku dapat jugak curik masa untuk tulis blog ni. Gila penat aku punya kerja sejak 2 minggu lepas. Sebijik macam lembulah aku kena perah dengan Maxis. Aku rasa kalau aku ni lembu betina yang ada susu banyak tu, mau kering buah susu aku. Kering bukan sebab kena jemur kat ampaian, tapi sebab kena perah la. Apa taknya? siang malam kena perah. Lembu pun tau cuti.

Bila cakap pasal susu lembu ni aku teringat iklan susu kat tv masa dedulu. Bila lepas minum susu dalam gelas, budak yang minum susu tu ada misai kaler putih. Aku pun tak puas hati everytime aku try minum air tapi takde pun misai sebijik punya lawa macam dalam iklan tu. Aku ingat orang dalam iklan tu tipulah. Lepas minum, director iklan tu jerit "CUT!". Lepas tu diorang cat mulut budak tu dengan kapur kasut. Lepas tu barulah pura-pura sambung minum. Macam lah aku tak tau trick diorang shooting. Aku dulu pernah jugak belakon teater masa persembahan hari penyampaian hadiah kat sekolah.

Hah! hari tu aku janji nak sambung cerita pasal sekolah kan. Ni aku nak sambung la ni.

Style belajar kat sekolah aku ni memang best. Aku rasa best sebab time belajar teori apa-apa terutamanya teori huruf ABC, semuanya kena duduk bersila dekat lantai depan papan hitam. Ada la tikar dekat lantai tu. Kalau takde tikar, sejuk la bontot. Aku ingatkan aku la budak paling pandai kat kelas tu. Rupanya ada lagi budak yang pandai. Nama dia Afendi. Badan dia gemuk giler macam belon. Memang real punya gemuk la. Kalau nak compare antara aku dengan dia masa tu, cuba korang compare Brad Pit dengan Kuman (KU2). Tentulah aku jauh lebih tampan dari dia. Tapi dia la jadi ketua darjah. Mungkin sebab cikgu ingat dia tu kuat macam King Kong.

Matapelajaran yang aku paling suka masa tu ialah Agama Islam. Aku suka belajar Agama Islam sebab aku orang Islam. Ustaz yang mengajar aku bernama Ustaz Mat Nor. Aku la jadi anak murid kesayangan dia. Nak tau sebab apa? Sebab aku dah boleh baca Quran secara lancar dengan tajwid, makhraj serta Qolqolah yang betul (hehe.. exaggerate sikit). Padahal ramai bebudak lain yang tak kenal huruf pun. Tapi disebabkan ketereran aku mengaji, aku la kena ganti dia mengajar bebudak yang tak kenal huruf tu. Dia relek je duduk tekangkang kat kerusi sambil usha-usha aku dari jauh. Mungkin dalam hati dia berkata "Boleh buat menantu budak ni!".

Matapelajaran kedua yang aku suka ialah muzik. Aku masa time tu dah pandai main gitar karan dah. Hehhehe.. acah aje. Aku suka muzik sebab boleh nyanyi nyanyi dengan riang ria. Especially kalau kena nyanyi lagu:

"Kalau rasa gembira tepuk tangan" *prap prap*

Memang bergegarlah satu kelas bila nyanyi lagu tu. Cikgu muzik aku bernama Encik Che' Rose. nama dia sebijik macam nama bapak member aku Izham Che Rose. Anak pompuan dia satu kelas dengan aku jugak. Nama anak dia apa entah. Cun jugak budak tu.

Ada soghang budak lagi bernama Siti Fatimah. Dia ni memang pelat hughuf R. Kalau nyanyi ghamai-ghamai tu memang lah dia saje yang nyanyi bunyik lain. Bila aku ajar mengaji pun susah. Apa taknya. Aku suruh mengeja "Ro dia atas Ro", tapi dia sebut "Gho di atas Gho". Nasib baik cun. Kalau tak, sure dah lama aku lempang. Tapi cun lagi oghang ghumah aku. Hheheh kang aku kena tido luar pulak kang.

Matapelajaran yang aku paling tak suka ialah Bahasa Melayu. Sebab apa? Sebab budak lain ramai yang masih tak pandai baca. Boring la aku kalau cikgu tu asik ajar macam mana nak mengeja aje. Matapelajaran yang aku rasa terel ialah Ilmu Hisap. Eh.. silap taip pulak. Ilmu Hisab atau Matematik. Kacang jo! Tak payah pakai calculator pun aku boleh siap semua kerja rumah matematik.

Haa.. hari ni aku cerita general lagi. Esok baru aku sambung kisah-kisah menarik yang berlaku dalam kelas aku. InsyaAllah. Akhir kata mari kita nyanyi ramai ramai lagu di bawah ni.

Ada seoghang kawan namanya Ah Mengggg
Dia juga berkawan namanya Muthuuuuu
Kami berkawan baik sama sedarjah
Belajar bersama main bersama
Hei hei hei hei hei hei
Tiga sekawaaannnnn...

Ulang chorus (lagu ni semuanya chorus)

chow!

9 comments:

Tenno Miyake said...

Taiko,

Disebabkan kau dah lama tak update, aku rasa ramai yang tak menghadirkan diri ke blog kau hari ni..

Anyway, BAPAKKK aku punya nama CHE ROS. Jangan kau memandai nak tambah 'E' kat belakang eh tu..

Tak salah aku, itu lah lagu yang paling first belajar kan? Ke Ais Kacang eh?

sofea said...

semua subjek pakcik taiko dah pandai, takyah ar gi skolah.

tina hussain said...

hey izham..i think the first one was ice kacang..i like that one!! hahaha..

tina hussain said...

btw taiko, you are SO funny!!!

Zetty said...

Lagu burung tiung pun ngam gak.

Aku burung...burung tiung..sunggu pandai menyaaanyyiiiii..

*cue tiup rekoder*

sharida said...

eh sama lah lagu tu.. saya pun blaja lagu tu.. bila saya nk blaja ngeja pun duduk kt tikar kt depan papan hitam.. eh sama lah.. kte satu skolah ke?.. tpi saya skolah kt Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Sentul 2.. awk pun,eh? (hhahahaha)..
** weh tipu.. chorus lagu tu.. hei hei hei hei.. tiga sekawan.. repeat smpi penat..

Taiko said...

Izham: Aku tulis in ENglish masa tulis Rose tu. Sama la maksud dia. Lagu ais kacang aku tak ingat lah. Lagu ice ice baby aku hafal la.

Deyna: Masa sekolah je pandai. Lepas SPM je terus bangang

Tina: Selamat menjadi tetamu Blog aku

Sharida: Guru Besar sekolah kau dengan sekolah aku adik beradik. Sebab tu sama
Zetty: Lagu burung tiung pun sedap jugak. Yang tak best ialah lagu burung belatuk

tok tok tok tok tok
bunyinya si belatuk
ada berjambul merahhh

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it
» »

Anonymous said...

Very nice site! permission based email marketing didrex+online+pharmacy Mass divorce courts Dr karen canella and us patent office How do i shoot up klonopin http://www.driver-software-for-canon-digital-camera.info/Huron-meridia.html adio skateboard backpack with speakers Online american roulette Home mortgage refinancing rates us celexa anxiety