Assalamualaikum.
Kepada budak-budak sahabat lama aku yang masih lagi kerja dekat Celcom yang macam mana entah boleh tau kewujudan Blog aku ni, aku nak isytiharkan permusuhan. Pergi 'mam' la dengan 'This is Celcom Territory'. Menyemak aje signboard tu. Hidup Maxis! Hidup Anantha Krishnan! Weh.. korang tak boring ke kerja macam budak-budak sekolah kat sana? pukul 8.30 dah kena masuk opis. Kena sign attendance la. Berenti la woii.. Hari tu orang offer vss tak nak ambik. (Mesej ini terkecuali untuk Sifu aku iaitu Encik Khairil Rizal Bin Khalid dan rakan-rakan IN yang lain, dengan ucapan.. "bila nak gi karaoke singgit satu lagu?")
Haa.. sampai mana cerita hari tu? ooo.. cerita ikan sembilang ye? hari ni kita masuk bab lain la pulak.
Bila cuti sekolah dah habis. Tinggal la aku, bangcik dan Apis je sebagai adik-beradik kat KL. Along balik Perak untuk melanjutkan pelajarannya ke darjah 4, Angah pulak dapat sambung belajar ke darjah 3. Bangcik masuk darjah 2. Aku baru 6 tahun. So, masa bangcik pergi sekolah, aku pun meneruskan rutin harian aku sebagai tukang shopping barang-barang kitchen kat kedai Pakcik Leman Kartolo.
Adik aku Apis dah pandai berjalan. So, aku la bawak dia jalan-jalan makan angin sekitar kawasan rumah aku tu. Apasal la orang dulu-dulu ni buat simpulan bahasa pelik-pelik? Apa kena mengenanya makan angin dengan jalan-jalan? Mungkin ada musafir masa zaman dulu terlupa bawak bekal nasik tapi bawak gula-gula berangin masa jalan-jalan. Bila dah lebih 2 marhalah berjalan, barulah rasa lapar. Makan aje la gula-gula angin tu. Bila angin dah masuk dalam perut, barulah sedar yang diorang tu pergi jalan-jalan tanpa bawak bekal nasik. Nak singgah R&R mana ada. Apa lagi, diorang pun 'angin satu badan!' lah. Maka bermula hari itulah simpulan bahasa 'makan angin' pun diperkenalkan supaya orang tak lupa bawak bekal bila jalan-jalan.
Satu hari tu aku bawak Apis makan angin kat satu perigi yang tak berapa dalam. Kat kawasan perigi tu aku ada jumpa satu tin sardin cap ayam kosong. Aku ambik tin sardin tu dan aku campakkan ke dalam perigi tu. Entah macam mana entah Apis boleh minat kat tin sardin tu. Dia pergi terjun dalam perigi tu untuk ambik tin sardin tu. Aku punya la panik. Aku lari dan nampak mak, terus aku jerit panggil mak aku. Bila mak dengar aku menjerit, mak terus lari dekat aku.
Masa tu aku nampak Mak lari sebijik macam Bionic Woman. Cuma aku tak boleh tengok aksi gerak perlahan aje. Muzik soundtrack pun aku tak pasang masa Mak lari pecut tu. Kalau tak, sure real gila macam Bionic Woman. Aku yang panik tu terus tunjuk kat mak yang Apis ada dalam perigi. Aku tengok Apis tenggelam timbul dah. Mak aku lari dan dengan hikmat 'berani mati tak mati' mak aku berjaya mencapai tangan Apis untuk dibawak naik ke darat. Kuat jugak tangan Mak ni. Kalau lawan arm wrestling belum tentu korang menang lagi.
Nasib baik adik aku dapat diselamatkan. Kalau tidak, sure aku kena soal siasat kat balai. Silap-silap aku tidur dalam lokap malam tu. . Mana la tahu kot-kot diorang saspek aku nak bunuh adik aku sebab nak jadi serial killer ke apa ke. Apis pulak akan jadi hantu dalam cerita 'The Ring'. Habis satu kampung nanti Hantu Apis mengamuk.
So, Lepas tu aku pun menyesal dan jadi budak yang soleh.
Kesimpulannya, kita kena jaga stamina untuk menangani isu-isu kecemasan macam ni. Jom follow aku jogging!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
ko ni teruk betullah.. kan ke saya kt opis baru.. sapa suruh ko buat cite klaka2.. dah dorang usha semacam je.. tgk saya gelak sensorang.. abis lakonan saya sbg budak baik sepanjang zaman tergugat.. xdpt award lah camni..
nk tuntut ganti rugi kt sapa ni? :p
bai, tak patut la kau buat cam tu kat kengkwn lama...dia org sume minat same kau skrg...klau bole vote..dah lama afundi kau... aku tau kau benci same itu kacip.
kau buat la cite pasal kacip...aku tunggu...
Yeah... hidup Maxis!!! Mut dah datang balik ek??
Hehe.. sabar taiko.. ada musibah lagi ke?
Soryla semalam x sempat nak singgah. Aku sempat singgah di perhentian senawang aje, tido dan bangun untuk makan nasik lemak.
Best woo..!
hidup MAXIS..!! MAXIS..!! MAXIS..!!
sapa nak beli celcom x-pax RM8 sekeping, please contact me a.s.a.p. heh heh..
Sharida: Ajak aje labebudak opis kautu baca sekali. Habis cerita
Tualang: Saja je aku gegurau tu. Jangan ambik ati pulak. Eh.. bukan kau dengan kacip macam isi dengan kuku ke dulu?
Bluedynno: Staff maxis ke?
izham: kalau kau sempat singgah pun aku rasa aku tak sempat nak ngular lah semalam
Pink kaler: staff maxis ke?
azq: Staff celcom ke? heh heh
hmmmm.....
ceh! lagi mau tanya... kang org suruh beli xpax baru tau!
mak kau tak marah lak sebab bawak Apis makan angin di tempat bahaya.
Pergh kot aku laa mak kauu....siap!hahaha!
Very nice site! apple cartridges fed ex saturday delivery klonopin sexy yung teens fuck depakote ingredients Uk tramadol Hydrocodone tramadol buy tramadol now Black dicks white milf corporate executives2c insurance industry2c email lists Tramadol medication pain tramadal 2007 toyota tundra wallpaper Therater porn depakote sex drive Cialis cum generic us.com viagra viagra Dale earnhardt jr seat cover Divorce london
Best regards from NY! »
Post a Comment