Monday, March 20, 2006

Duduk Rumah Makmbong

Masa darjah dua dulu aku, Bangcik dan Along duduk kat rumah Makmbong (Maklong) kat berek (bukan berak) polis kat Jalan Semarak (dulu Jalan Gurney). Bahmbong (Paklong) aku adalah seorang Polis sebab tu la dia duduk situ. Best ke jadi Polis ni? Aku rasa tak best, sebab masa main polis sentri, jadi pencurik lagi best. Tak payah kejar orang dan sep (touch) sampai 3 kali untuk tangkap pencurik. Macam main rugby touch pulak. Seingat aku, cita-cita aku masa darjah satu dulu ialah untuk jadi askar sebab macam best je tengok Badul jadi askar dalam cerita Prebet Lapok. Boleh nyanyi-nyanyi dalam lori askar ramai-ramai. Masa darjah 2 pulak, cita-cita aku ialah nak jadi pemain bola sepak sebab main bola best. Jadi, cita-cita aku tak tercapai la. Nak jadi polis, perut dah boroi. Nak jadi footballer, kaki dah jadi bangku pulak.

Aku tak pasti kenapa Abah hantar aku dengan Bangcik duduk situ. Sebelum ni Along je duduk situ. Mungkin sebab nak save budget petrol untuk hantar kitorang pergi sekolah. Ye la, kalau naik motor sekali 3 orang, sure kuat pakai petrol. Kalau masa tu harga petrol dah RM 1.92 seliter, sure Abah jalan kaki aje pergi kerja.

Kat rumah Makmbong aku tu, aku duduk la dengan sepupu aku iaitu Bangri, Banglan, Azrin dan jugak kakak sedara aku yang lain yang dah kerja. Kakcik dah masuk Sekolah Seri Puteri (SSP) kat KL sana. Pergi sekolah kitorang jalan kaki ramai-ramai sebab berjalan memang pakai kaki. Kalau berjalan pakai tangan, kitorang jalan tangan la pergi sekolah. Dalam 15 minit jugak la nak sampai ke sekolah. Balik rumah pun jalan kaki jugak. Walaupun jarak pergi sekolah dengan balik sekolah tu sama aje, tapi time yang di ambil untuk balik sekolah panjang sikit la. Sebab dalam perjalanan balik tu mungkin kitorang singgah mana-mana seperti kutip buah cermai ataupun pergi kedai beli eskrem. Ada sekali tu, aku tertinggal untuk balik sensorang. Aku tak jumpa jalan balik. Berpusing-pusing aku tak jumpa jalan jugak. Aku memang susah nak ingat jalan walaupun dah hari-hari pakai jalan tu untuk balik rumah. Aku pun tak ingat macam mana aku boleh sampai rumah ikut jalan lain. Jauh jugak aku mengembara masa tu. Masa sesat tu aku terpikir jugak nak bakar unggun api kat tepi jalan, tapi takde mancis pulak. Kalau ada mancis sure satu berek polis tu terbakar. Kalau terbakar, aku cakap la Bahmbong aku yang bakar sebab nama dia Abu Bakar.

Lepas maghrib pulak kitorang belajar mengaji ramai-ramai. Makmbong adalah cikgu ajar mengaji yang tersohor kat berek polis tu. Penuh jugak la rumah tu sebab budak datang mengaji. Aku cakap 'penuh' kat sini jangan la korang imagine sampai ke atas siling pulak orang duduk untuk mengaji. Paham-paham sendiri la. Mana boleh duduk atas siling sebab ada tarikan graviti. Lepas mengaji tu barulah boleh main dan buat kerja rumah. Kalau weekend kitorang boleh pergi tengok wayang yang khas di tayangkan untuk anak-anak polis. Selalunya citer omputeh la. Tak paham pun kalau tengok. Nasib baik free.

Peristiwa yang aku tak dapat nak lupakan masa aku duk situ ialah aku telah membaling buah belimbing besi yang busuk kat rumah orang. Kena dinding rumah orang tu dan kotor la. Off coz la kotor. Takkan la kena buah belimbing busuk boleh jadi bersih pulak. Tuan rumah tu mengadu la kat Makmbong. Makmbong pun mengadu la kat mak. Mak pun mengadu la kat aku secara sebatan yang sakit sampai aku nangis masa aku balik bercuti. Padan muka aku.

Satu hari tu, aku nak try panjat pokok jambu batu kat tepi rumah. Aku panjat punya panjat tapi tak lepas-lepas jugak. Korang tau aje la kan, pokok jambu batu punya kulit kan licin sikit walau pun tak dikikis dengan kertas pasir. Ke korang tak tau? Kalau korang tak tau, sure korang ni orang Metropolitan yang tau-tau aje buah jambu tu dah kena kupas dan taruk serbuk asam boi untuk dimakan. Tengah-tengah aku syok-syok nak panjat, aku terasa macam ada kingkong ataupun bigfoot yang menangkap aku dan mengangkat aku masuk ke dalam rumah. Rupanya yang angkat aku tu ialah Bahmbong. Macam mana dia boleh kantoi aku entah. Sure dia nampak aku panjat pokok tu melalui tingkap yang terbukak. Kalau tingkap tu tertutup, sure dia tak nampak. Cara dia bawak aku masuk dalam rumah tu ialah dengan memegang perut aku supaya badan aku jadi seperti kain yang disidai. Maksud aku ialah, kaki aku terjuntai ke lantai dan kepala aku pun terjuntai ke lantai jugak. Masa dia bawak aku ke dalam rumah tu, kaki aku tersadung la dekat dia punya air teh o kat atas lantai tu.

Guess what?? Aku dituduh menendang air teh o tu sebab tak puas hati aku kena kantoi panjat pokok jambu. Aku tak boleh nak defend diri aku sebab pokok jambu aje yang dapat menyaksikan peristiwa itu (selain Allah). Aku sungguh sedih dan terharu sebab aku dituduh tanpa ada 4 orang saksi yang adil. Lepas tu aku takde mood duduk kat rumah Makmbong. Tapi tak lama pun aku duduk rumah Makmbong sebab family aku kena pindah kat rumah baru sebab rumah setinggan kitorang dah nak kena roboh.

Kalau Roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa Hamba Dirikan,
Kalau jahat masuk neraka,
Tak kira la kau ni Jawa ke atau bukan. (termasuk la Mawi)

Itu dia pantut nasihat dari aku pada petang yang mulia ini.



Chow.

17 comments:

Anonymous said...

nakal giler ko masa kecik-kecik taiko..penangan makan semut la ni ek..;-)
erkk..ada tak gaya-gaya cam Siti Tanjung Perak makmbong ko tuh..mas dia tarik ko turun dari pokok jambu..kalau ada iras2 tu, hoho..simpang!!kecut teloq..

Taiko said...

Faitty: Yang angkat aku tu bukan Makmbong tapi Bahmbong. Dia Macam A.Galak yang tak kurus dan takde misai. Heheheh kalau tak kurus dan takde misai, tak macam A.Galak la kan? he he

deynarashid said...

patut ah..kecik2 pun gile taiko..haha..dah besar pun lebeyh kurg je. hehe..

Anonymous said...

muhhhahahaha

ok lah lawak kali ni menghiburkan aku..hehehe sebenarnya biasa je..Taiko bukan ke ko memang jalan pakai tangan?
Ko kan pelik sikit ada species Bighand sedara big foot

Anonymous said...

ahh..kalau tak kurus dan takda misai, tu A.Gelak..

Anonymous said...

taiko, citer pasal panjat pokok jambu batu dulu2 mmg licin dan tinggi pokok tu tak mcm pokok jambu batu sekrg rendah je. itu pun bebudak skrg takut nak panjat kan. teringat auntie dulu panjat pokok jambu batu kat sekolah masa darjah 2 kut pastu ayah auntie cikgu kat sekolah yang sama lalu kat bawah nasib baik dia tak pandang ke atas kalau tak tak tau apa jadi. member2 kat bawah pun kow team bagus punya buat2 tengok kat lain tak pandang atas langsung. auntie dah menggigigil giler kat atas tu. kecik2 dulu auntie terror panjat pokok, pokok langsat, manggis rambutan u name it sume dah panjat. pokok kelapa tak ar...

Anonymous said...

autie pakai suar ker kain jer masa panjat pokok..wohh..zasss..sambung taiko..jgn tak sambung..ahaks

l4dibird said...

er..ku rase ada ikan nama ikan mabong..macam ikan kembong. makmbong tu ikan jugak ke? eh..

deynarashid said...

khas utk auntie anonymous: kewl gile auntie panjat pokok. bleh jadik ironlady. pokok cili bleh panjat jugak? pergh..lagi taiko dari encik taiko ni. tergugat encik taiko kerana tercabar dengan ketaikoannye. heh

Anonymous said...

faitty: dulu2 gi skolah pakai pleated skirt yg keras sbb kene kanji sebelum di gosok dgn sterika arang tu, tapi kat dlm pakai shorts sbb tu confident je panjat. zaman dulu semua pakai skirt pendek so nampak betis dan peha tu cam takde ape2 ar...

Taiko said...

Deyna: Dulu aku suka baca majalah Gila-Gila. Itu pasal la..

Mohenz: Kaulah lelaki jawa terakhir..

auntie: bagus... kalau kekecik dah boleh panjat pokok. Dah besar ni sure boleh panjat klcc pulak.

faitty: jangan jaga tepi kain orang. Tepi kain dalam orang takpe.

l4dibird: Makmbong takde kena mengena dengan ikan atau pun judi Mahjong. Eh.. korang tau tak ada species ikan macam ikan kembung yang mata besar lagi. Mak aku cakap tu ikan Uji Rashid. Aku rasa kalau ikan uji rashid beranak, keluar ikan Cico (anak uji rashid) la pulak.

Deyna: Taiko tak kisah... taiko ada kawan, nama dia amir, dia keciikkk ajer. Bila jalan dia selalu penat.. taiko tak kisah

Auntie: Dulu kat sekolah pakai seksi tapi takde la pulak dengar kes rogol kanak-kanak. ?????

Izham Miyake said...

Aku nak menyampuk secara lucah tapi tak sampai hati pulak..

Pasal ada auntie baca blog nih.. hehe..

Lepas kes tersadung air teh tu, apa hukumannya pulak?

Aku dulu panjat pokok rambutan, manggis, kedondong, ceri (yeke pokok ceri?), langsat, mangga, duku dan semualah..

Teka teki: Kenapa aku tak panjat pokok durian?

Unknown said...

izham: apesal kau tak panjat pokok durian? (aku tanya kau balik) - aku bab2 panjat pokok mmg tak reti, almaklumla, anak metropolitan - panjat grill pintu, panjat tangga, panjat tingkap beranda kat rumah atuk aku dulu pernah le... panjat pokok tak suka sebab banyak semut dan kerengge, bila kena gigit jadik bintat-bintat kat badan.. punyalah gatal, asyik nak menggaru jek..

Taiko said...

Izham: Don worry. Kalau melucah pun tak kena caj sexual harassment. Taiko tak kisah kalau melucah. Aku rasa kau tak panjat pokok durian sebab kau takde dusun durian heh heh. Betul ke? atau pun, sebab orang gila je panjat pokok durian. Durian kan otomatik gugur kalau dah masak.

azq: kalau nak gatal lagi, panjat la pokok jagung atau pook tebu.

Taiko said...

Izham: Don worry. Kalau melucah pun tak kena caj sexual harassment. Taiko tak kisah kalau melucah. Aku rasa kau tak panjat pokok durian sebab kau takde dusun durian heh heh. Betul ke? atau pun, sebab orang gila je panjat pokok durian. Durian kan otomatik gugur kalau dah masak.

azq: kalau nak gatal lagi, panjat la pokok jagung atau pook tebu.

Izham Miyake said...

hehe.. ko jugak yang terel taiko.. buat penat aje panjat.. bukan boleh petik pun..

Unknown said...

ada orang itu malam pegi tengok V tak ajak pun. :|
cissss...