Adakah kita sedar sejauh mana kemampuan diri kita sebenarnya? kalau diberi skala 1 hingga seratus, mungkin kita merasakan diri kita mampu sehingga 60, 70, 80, 90, dan ada yang 100.
Aku merasakan aku mampu membuat sesuatu sehingga 100. Tetapi apa yang aku kerjakan itu hasilnya orang lain yang dapat. Kalau dia makan nasi sepinggan, mungkin aku dapat makan remah-remah nasi dia saja. Still, dengan makan remah-remah dia saja pun aku rasa cukup selesa dan cukup kenyang. Bukan tidak bersyukur, tetapi rasanya tidak berbaloi. Sebab? ya.. sebab aku layak untuk ada pinggan sendiri dan nasi di dalamnya. Bukan setakat makan remah-remah. Aku manusia yang cukup sifat dan akal. Zalim kalau aku katakan aku tak mampu.
Persoalannya.. untuk mendapatkan sebiji pinggan bukannya mudah. Aku mungkin tak dapat makan remah-remah lagi yang dah biasa aku makan. Mungkin aku perlu ambik risiko yang tinggi dengan membuat pinggan sendiri. Mungkin tangan aku akan terluka. Mungkin pinggan yang aku buat itu pecah, dan aku terpaksa buat pinggan yang lain. Itu belum cerita nasi. Macam mana pulak aku nak dapatkan nasinya?
Yang pasti.. peluang untuk aku berjaya makan sepinggan nasi itu 50%. Bergantung kepada usaha, doa dan tawakal aku. Tapi kalau aku berjaya, aku boleh membantu ramai orang lain yang seagama dengan aku untuk ada pinggan sendiri. Itu impian aku. Dan yang pasti juga, jika aku meneruskan hidup dengan memakan remah, peluang untuk aku dapat sepinggan nasi sendiri itu hanya 0.1%. Itupun setelah kematu lidah aku menjilat bontot. Yaks!
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.
Aku telah merasa bahangnya!
Terima kasih kepada yang menyokong.
Huh! kalau aku serius.. memang serius. Tidak ada senyum langsung dibirku yang manis sebab ada taik lalat kat bawah bibir.
By the way.. kalau ada remah, kutip. Menangis nasik tu nanti. Kalau tak percaya, cuba cucuk earphone atau speaker kat nasik tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
mende ko mencarut ni
memang serius ler ko ni... and anak-anak aku yang kecik-kecik tu siap tanya, mulut nasik letak kat maner?
erk..
no komen..
aku xsgka ko jd serius maa
hahaha..nice
p/s: cmne nk cucuk speaker kalo nasik tu lg kecik.?
salam....
akak dah jawab survey pasal baju kerja tu...
aku pun (dengan seriousnya) menyokong usoho kau tu.
semoga berjaya. boleh aku belajar jugak cemana nak jual kain lepas ni ..
an2: takkan tak paham kot?
mak su: mulut nasik kat muka dia la. bawah misai, atas dagu.
ahmad: kekadang kelakar jugak kalau serius ni. ha ha ha. kena kepal2 la nasik tu jadi cam guli. jadi la besar.
alex: terima kasih kak.. tolong la war-warkan ya..
tenno: tengkiu dude. bila time cenggini aku rasa pelik.. orang yang tak kenal aku lagi senang nak tolong aku dari orang yang dah kenal. dunia dunia..
Selamat Berjaya beb!
semoga anak/cucu aku akan baca kisah ko dalam buku teks masa nak amek ijazah marketing ke, business ke, MBA ke, dan ada gamba blog ko yang ada link ke blog aku!
muahahaha...(gelak dalam hati. gelak kuat2 nanti setan suka, org gila pun suka.)
go on!
kalau tak di coba, mana tahu dalamnya laut itu
Along Puchong Perdana
remah remah tu apa? rumah ke?
saya paham..saya paham...maksud tersirat cerita ini..
nway ckp pasal nasik,i bengang if org amik banyak2 nasik..tp x habis..sian nasik tuh..kalau tau x bole habis..amik sikit sudah..la la la~
eh hari ni saya tak makan nasik lagik la..
agak-agak nasik tu menangis tak?
kira senyuman kau mahal la skrg?
err..do you mean to say if you work for someone else, he enjoys the profit but you only get a low salary?
pandai tak saya?
Entri dikira motivasi gak ni kan? :D
jap, aku nak tanya serius ni : REMAH tu ape? nape ko serius ni, takut aku, walau apa pun, aku akan tetap sokong ko!chaiyuk!chaiyuk!
lizzam: thanks beb! itu memang aku dah plan dah.. hihi
along: puchong perdana pun ada laut? hehehe.. btw, thanks for the support.
anonymous: remah tu kecik sikit dari khemah. kena memandu secara berhemah baru boleh paham.
peej: yaa.. sama la. aku pun tak suka membazir. amalan syaitan.
syazanateh: dia bergantung jugak kepada jenis nasik. kalau nasik lemak menangis, kalau nasik sejuk tak menangis, kalau nasik kandar meraung. macam tu la.
zetty: mahal oooo.. aku caj singgit setiap kali senyum.
lily: ya. pandai.. pandai.. anak sapa la agaknya ni.. (sambil tepuk kepala awak)
blackpurple: motivasi yang ada motif! hihi
terabot: remah secara seriusnya adalah nasik yang terjatuh atas lantai daripada pinggan kita dalam sebutir dua butir atau lebih (bergantung kepada kegelojohan).thanks 4 the support.
Taiko,
Macam tulah kehidupan..
Yang kenal ni kekadang lagi menyusahkan hidup adala..
Hahaha..
errr....ni taiko ker nih???
serius satu macam ajer nih....hahha
tenno: ye betul..
13may: heh heh
Post a Comment