Tuesday, April 18, 2006

Cara Balik Sekolah

Jarak antara Rumah aku dengan Sekolah Gombak Setia tu ada la lebih kurang 8 km. Kalau sekolah petang, aku masuk pukul 1 tengahari dan balik pukul 6.30 petang. Aku gerak daripada rumah dalam pukul 11.30 pagi. Selalunya aku naik Bas Mini Nombor 15 untuk ke sekolah. Masa tu tambang bas mini 50 sen je. Tak kira la turun kat Gombak atau pun kat Sentral Market, tetap 50 sen jugak. Lain dengan bas Sri Jaya atau Bas Len Seng. Kalau bas Sri Jaya dan Len Seng, dia punya tambang ikut jarak. Tapi walaupun tambang bas mini tu 50 sen, budak2 sekolah bayar 20 sen aje dan tak dapat tiket. Duit tambang kitorang tu mungkin konduktor bas dengan drebar bas tu agih-agihkan sesama sendiri. Kira macam Badan (Ajis Satar) dan Nyawa (S shamsudin) dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok la. Satu untuk kau, satu untuk aku, dua untuk kau, dua untuk aku, tiga untuk kau, tiga untuk aku. Eyyy lepas tiga apa da? (Bedal da!). Bedal da! untuk kau, Bedal da! untuk aku. Heyy.. dalam dunia mana ada hurup bedal da!. Hey.. dalam dunia mana ada hurup bedal da! untuk kau, Hey... dalam dunia mana ada hurup bedal da! untuk aku.

Sambung cerita.

Kalau balik pulak, selalunya jalan kaki. Boleh save doposen duit tambang tu. Kadang-kadang, naik bas jugak. Tapi bergayut kat tangga bas sebab bas dah penuh sebab ramai orang balik kerja. Mula-mula tu seram jugak nak naik bas gayut-gayut. Lama-lama best jugak. Rasa macam naik perahu layar je.Yang paling duduk bergayut ni kadang-kadang konduktor bas tak sempat nak mintak duit tambang. Dah la tak payah jalan kaki, dapat save doposen pulak. Boleh la beli air sirap. Eh.. selalunya kat depan sekolah kan ada usahawan kecil yang meniaga air, keropok dan sebagainya tu kan. Berebut-rebut budak beli makanan dan minuman kat diorang ni walaupun tak sedap. Antara menu yang aku ingat ialah:

1. Sengkuang potong nipis dan lebar, sapu dengan sos apa benda entah (warna merah) dan tabur serbuk kacang. Best
2. Mi dan mihun goreng masuk dalam plastik. Sesenduk aje dalam plastik tu. Tapi doposen. Makan pun direct terus dalam plastik aje. Kadang-kadang air liur pun merata-rata kat bibir plastik tu. Yek!
3. Keropok lekor nipis-nipis, seposen sekeping.

Ehh.. tadi aku cakap tak sedap, tapi lepas aku tulis menu ni terasa macam sedap la pulak. Patut la aku pun beli. Heh heh heh. (Sudah la.. engkau tu tolak taik dengan sampah je, lain semua kau bedal) <-- suara gema.

Sebenarnya ada alternatif lain untuk balik dari sekolah selain daripada jalan kaki atau pun naik bas. Korang nak tau apa? Jawapannya ialah "TUMPANG". Tak kira la tumpang lori atau pun kereta orang, atau pun motor orang. Janji boleh sampai Taman Melati. Lepak kat tepi jalan, lepas tu main tahan je apa kenderaan yang lalu. Cara tahan pun guna ibu jari macam tanda good. Nasib la. Kadang-kadang dapat, kadang-kadang tak dapat. Kalau dapat lori paling best. Sebab boleh naik ramai-ramai kat belakang lori tu. Syokk ooo naik belakang lori, angin kuat. Ada sekali tu aku dengan bangcik dapat tahan kereta BMW. Ni orang Melayu kaya ni. Dalam kereta tu siap dia Pakcik tu bagi ceramah lagi suruh belajar rajin-rajin dan lain-lain nasihat standard orang dewasa kat bebudak sekolah. Tak cukup dengan itu, dia bagi la pulak sorang 50 sen sebelum kitorang turun dari kereta tu. Masa dulu kalau dpat 50 sen rasa macam dapat 50 hinggit. Best giller oo.. Cayalah pakcik tu! Semoga Allah mencucuri rahmat kat engkau pakcik.

Bila mak aku tau, aku selalu tumpang orang bila balik sekolah, mak dah tak galakkan aku tumpang orang dah. Mak kata ada sindiket curik budak sekolah untuk jadi tukang mintak sedekah (which is true). Aku pun tak berani sangat nak tumpang orang kecuali kalau naik lori ramai-ramai sebab kalau kena culik ramai-ramai, takdelah menyesal sangat. Mungkin kalau kanak-kanak bersatu, boleh mengalahkan sindiket jahat macam geng drama Cili Padi yang ada sorang budak gemuk tu. Tak silap aku nama budak gemuk dalam cerita Cili Padi tu ialah Syafiq. Nasib baik nama aku bukan Syafiq. Kalau tak, sure orang ingat aku la pelakon cerita Cili Padi tu heh heh.

Satu hari tu, aku tengah tunggu bas dengan Bangcik untuk balik rumah. Tetiba je ada sorang mamat tu berhenti dan offer kiorang untuk tumpang dia naik motor. Mamat tu pakai spek itam. Aku dengan Bangchik cakap tak naka tumpang, tapi dia still jugak nak tolong hantar kitoang balik. AKu dah cuak jugak masa tu sebab aku memang saspek mamat tu ketua sindiket culik budak kat Gombak tu. Last-last Mamat tu blah jugak. Nasib baik dia tak culik kitorang bebetul. Kalau tak, sure dah kena liwat atau pun kena jadi pemintak sedekah. Syukur Alhamdulillah.

Bila pikir-pikir pasal safety ni, aku menyokong jugak yang bebudak sekolah ni kena ada handphone. Bagi aku, tak kisahla isu negatif apa pun yang orang cakap akan terjadi kalau bebudak sekolah ada handphone tapi bagi aku.. SAFETY FIRST. Safety issue akan eliminate segala perkara negatif tentang 'handphone untuk budak sekolah'. Tinggal responsible mak bapak untuk educate anak-anak masing-masing. The word is simple: EDUCATE, but yet, hard to implement.

Bak kata pepatah, melentur bulu biarlah dari rebung, jangan jadi seperti angkat batang, keluar cacing gelang-gelang. Saya taiko melaporkan..

10 comments:

AKULAH MASTURA.. said...

dulu heboh gak isu potong kepala nak wat jambatan kan..seram gak..mak aku kate nanti dia culik bebudak dan orgnye bawak karung itam sebab nk taruk kepala.then diorg campak kat tapak nk wat jambatan..tak silap aku waktu pembinaan jambatan pulau pinang tu la..sbb katenye kat laut ade penunggu, kalo takde dapat kepala org,nk wat jambatan pon takleh sbb kene kacau.tah betul tah idak..itu time aku kecik la, seram giler...time aku kecik lagi,taiko sure dah besar kan..

azq said...

itulah... jangan asyik mengharap, nanti lama-lama tertiarap..

Joyce said...

err..ape maksud "jangan jd seperti angkat batang, keluar cacing gelang-gelang.."..? blur la..

wan said...

ya setuju bebudak patut blh bawak henfon utk keselamatan.

masalahnya cikgu pulak yg takut.. tu kensel tu.. ishk

Uda said...

Taiko, 'Badan' ngan 'Nyawa' citer Nujum Pak Belalang ler....

p.s. "eiiii untuk kau, eiiii untuk aku..."

Rockerz said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kerja dari rumah. Peluang kerja dari rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Taiko said...

mastura: Mak kau punya teori pun sama dengan mak aku la. Aku dah cerita pasal benda ni dulu dalam entry aku bulan December tahun lepas yang bertajuk "Cekodok Milo". Cuba korek balik entry aku yg lepas-lepas.

azq: umpama janggut pulang ke dagu

joyce: aku pun tak tau apa maksud
dia. Karam singh waliya yang cakap macam tu.

wan: cikgu sebagai pendidik pun boleh takut. Umpama angkat batang keluar cacing gelang-gelang betullah!

Uda: He he.. camana aku boleh silap entah.. sori.

rockerz: kalau nak suruh aku masuk menda alah tu pun tak payah la cakap blog aku hebat! nampak sangat tak ikhlas.

shell said...

wei tipulah sekolah gombak ngan taman melati 8 km..

*aku budak gombak gak*

Taiko said...

shell: aku agak-agak aje la. Nombor lapan kan senang disebut, jadi aku pilih la nombor lapan

Anonymous said...

Sengkuang potong nipis dan lebar, sapu dengan sos apa benda entah (warna merah) dan tabur serbuk kacang....weiiii!!!aku ingat tu!aku ingat!!!sedap wooo!!!best giler!!!(mana nak carik skrg aa??)