Monday, April 24, 2006

Kereta, Muntah, Dan Rock Kapak

Tak silap aku Abah beli kereta baru tahun 1986 ni. Korang jangan terperanjat pulak kalau aku bagitau kereta apa yang Abah beli. Nak tau ke kereta apa?

HONDA CIVIC.

Jangan korang bayangkan Honda Civic Ferio, EK, atau Gen 8 punya. Ini 2nd generation punya. Ketot je kereta ni. Macam Katak. Kaler Biru. Nombor Plat WM3861. Abah jual motor Yamaha WW7397 tu. Dengan adanya kereta ni, Abah gi kerja naik kereta la pulak.

Kereta ni takde aircond. Nasib baik ada cassete player. Itu pun cap ayam punya. Bunyi pun tak sedap sebab takde tweeter dan subwoofer. Aku naik kereta ni selalunya time nak balik kampung. Masa dulu aku cukup tak suka naik kereta lama-lama. Tak kira la kereta jenis apa pun. Kalau kereta tu pasang air cond, pening kepala aku. Aircond dulu-dulu bau dia semacam la. Aku tak pasti la bau tu datang dari aircond ataupun sebab barang-barang dalam kereta tu yang membuatkan bau aircond tu macam tu. Sengit semacam je. Aku cukup prefer duduk dekat tepi tingkap supaya aku boleh sentiasa hirup udara segar kat luar. Terjulur je kepala aku kat luar. Kalau ada tiang kat tepi, sure benjol dahi aku yang luas ni kena tiang tu.

Kalau nak balik Kuala Pilah, kena lalu Bukit Putus. Aku peratikan Bukit tu takde pulak putus-putus. Bersambung je jalan raya tu. Apa yang putus entah. Mungkin sebab banyak kemalangan ngeri kat situ yang melibatkan bas putus, lori putus, kepala putus atau pun tali perut putus. Dia punya jalan macam ular. Bagi yang tak biasa lalu kat situ, mesti ngeri punya. Jalan dia betul-betul tepi gaung. Kalau terbabas sure jatuh bawah. Yelah, mana boleh jatuh atas. Kalau kita boleh jatuh atas, sure kita boleh naik bawah. Ini namanya teori kata berlawan seerti. Boleh jadi cikgu BM aku lepas ni.

Selalunya lepas pada Bukit Putus tu aku akan pening-pening lalat dan rasa nak muntah. Walaupun aku tak pernah tengok lalat yang pening tu muntah-muntah, tapi aku rasakan dunia ini umpama pusing-pusing seperti gasing di angkasa hingga membuatkan aku tak dapat menahan muntah. Bukan aku sorang saja, adik beradik aku yang lain pun muntah jugak. Muntah sebab bau muntah. Lepas muntah tu baru lah lega. Selepas lega tu barulah boleh layan lagu yang berkumandang kat cassete player.
Selalunya lagu yang dipasang ialah lagu-lagu irama 60 an seperti A.Rahman Hassan, Ahmad Jais, J. Kamisah, Jeffridin, M.Sharif dan sebagainya. Aku siap boleh hafal lirik lagu "Jandaku" nyanyian M. sharif yang tak best tu. Kalau pasang kaset Alleycats tu OK la jugak.

Masa tu lagu-lagu rock baru nak menambat hati para pendengar kat Malaysia. Kumpulan-kumpulan macam Search, Lefthanded, Burnmarks (Lagu: Secebis Rayuan), Putra (Lagu: Nazirah), SYJ, Sofea (Lagu: Bunga Padang Pasir) dan entah apa entah lagi baru nak muncul. Along selalu rakam lagu-lagu rock tru radio aje. Mak dengan Abah cukup tak suka dengan lagu-lagu rock ni masa tu. Diorang kata semua kumpulan rock tu Hisap Dadah sebab rambut panjang-panjang. Padahal yang isap dadah ialah Raja Pop Jamal Abdillah. Tapi aku tak kira.. rock tetap rock.

Antara bukti yang menunjukkan aku dah rock sejak darjah 3 ialah contengan yang aku buat kat beg sekolah aku. Antara contengan yang aku ingat ialah:

1. DIO
2. IRON MAIDEN
3. AC/DC

Semua tulisan-tulisan tu aku tiru macam yang Along tulis kat buku sekolah dia. Sebab tu la dia belajar bangang. Hahahahah...

Satu hari tu aku ikut Abah pergi pasar malam dekat Kem Wardiben dekat simpang 4 Wangsa Maju sana. Ada orang jual kaset. Disebabkan takde duit nak beli kaset, aku cilok la satu kaset Iron Maiden. Aku ingat tokeh kaset tu (india) tak perasan. Last-last dia tahan aku dan rampas balik kaset yang aku cilok tu sambil bagi warning "Lagi satu kali you curik, aku hantar kat Balai Polis". Gabra aku masa tu. Nasib baik Abah tak tau. Kalau tak, sure aku kena penampar. Melepas aku nak dengar Iron Maiden. Walaupun nama kumpulan ni Iron Maiden, tapi takde seorang pun yang berketurunan Mamak. Heh Heh heh..

Tapi, sekarang ni aku nengok abah dan mak dah boleh accept lagu-lagu rock ni. Bagus lah tu.. syukur. Mak pun dah rambut panjang dah. Boleh la ajak headbang. (kepala hotak engkau)

Chow. Nak balik dah.

8 comments:

SexxYyCat said...

Bro...u memang kelakar la...
serious kelakar..
terima kasih kerana menghilangkang my sleepiness di pagi hari selasa ini!

Izham Miyake said...

curik kaset aje? ko memang tak dilahirkan sebagai pencuri tu pasal kantoi..

Anonymous said...

hahahaha.... serious lawak...
nostalgia tuh... sampai skang aku still layan lagu2 rock kapak nih... sempoi... lagu ganas tapi lirik bapak jiwang tak hengat... artistic abiss...

rock never die... :D

Unknown said...

aircond kereta dulu-dulu mmg ada bau busuk yang memeningkan. maybe sebab banyak CFC agaknya.

Taiko said...

puteridanganum: kau ni salah seorang ahli puteri dangdut ke?

izham: masa tu baru belajar nak mencurik. AKu dah masuk sekolah menengah banyak aku dapat curik kaset. heh heh heh.

azq: CFC tu gas yang digunakan untuk buat bygone, ridsect etc kan? patut la pening-pening lalat.

izam: Balik ni tengok balik movie The Rock lakonan Sean Connery atau pun Rock arahan Mamat Khalid.

Anonymous said...

masa kecik abang aku ade baju iron maiden yang glow in the dark.. ada tengkorak yg berambut panjang ngan batu nisan.pastu malam2 dia gantung baju tu kat tiang umah..saje je nak takutkan org. Akhirnya baju tu omak aku buat selimut kucing yg baru branak..paadan muka abg aku.

Lily G said...

dulu2 balak2 suma ada kurang2 satu t-shirt iron maiden konsert ketat...betul tak?

Anonymous said...

Excellent, love it!
» »