Aku cukup tak sabar nak masuk Sekolah Gombak Setia tu. Macam mana nama sekolah tu boleh jadi Gombak Setia aku pun tak tau. Seingat aku masa dulu ada cerita Hikayat Hang Setia lakonan Hamid Gurkha, Yahya Sulong, Wazata Zain, Param dan sebagainya. Tak kelakar pun citer tu. Buang karan je tengok. Nasib baik Bil Api aku tak bayar.
Berbalik kepada cerita sekolah, ketidaksabaran aku masuk sekolah tu adalah kerana terlalu percayakan cerita Sham pasal sekolah tu. Tapi, apa yang aku angankan itu semuanya fatamorgana belaka. Takde pun perang-perang seperti yang digembar-gemburkan. Bila aku tanya kat Sham pasal perang-perang tu dia boleh kata "sekarang dah takde dah". Ek elllehhh.. buta-buta je aku kena kencing. Cakap pasal kenceing ni aku teringat satu hari tu aku pernah mimpi kena kencing dengan orang. Aku dekat bawah bangunan, orang tu dekat atas atap bangunan. Aku tak nampak wajah orang yang kencing aku tu. Aku lari ke kiri, ke kanan, depan dan belakang, tetap dia tujukan kencing dia tu kat aku. Abis basah badan aku kena kencing. Cilakak betul! Kalau korang ni ahlil nujum marang perapu kepundien maran skeper, aku nak tanya apa maknanya mimpi aku tu? Adakah aku akan dikencing seumur hidup? Hopefully not.
Berbalik kepada cerita sekolah baru. Sekolah ni ada 2 sessi. Enam bulan yang pertama sekolah petang. Enam bulan yang berikutnya sekolah pagi pulak. Mungkin Guru besar tu mahu mengadakan sistem keadilan berpoligami. Guru Besar sekolah tu pendek je orangnya dan tak hensem. Nama dia pun aku tak ingat. Yang aku ingat ada Cikgu Penolong Kanan bernama Cikgu Anwari. Cikgu ni memang kelakar. Satu hari tu masa dia tengah berucap kat depan semasa perhimpunan hari Isnin, dia boleh announce "Cukupla ucapan saya ni. Saya dah sakit perut. Nak pegi terberak kejap". Semua cikgu dan murid-murid gelak beramai-ramai.
Masa mula-mula aku masuk tu, sekolah petang. Punya la ngantuk gila. Aku masuk kelas darjah 3A2. Cikgu kelas aku ialah Cikgu Maimon. Walaupun nama dia Maimon tapi dia takde kena mengena dengan Doraemon, Pokemon atau pun Digimon. Dia ni oghe Kelate. Comel lote gak orangnya tapi dah kawin. Tak jadi la aku nak tekel. Cara belajar kat sekolah ni pun tak best. Sebab takde style duduk bersila ramai-ramai kat depan papan itam. Bagi aku teknik duduk ramai-ramai kat papan itam tu memang berkesan dalam pembelajaran instead of duduk jauh-jauh kat meja masing-masing. Jangan korang ingat aku ni pekak pulak. Aku tau la badan aku dah macam badak sekarang. Tapi aku tak la pekak badak. Eh.. apasal orang cakap 'pekak badak' ha? Memang badak tu betul-betul pekak ke? Diorang dah buat eksperiman ke kat badak? atau badak memang takde gegendang telinga, koklea, dan salur separuh bulat dalam telinga mereka?
Bosan giller masa memula tukar sekolah tu. Ye laa.. kawan pun tak ramai lagi masa tu.
Haa.. aku ingat! masa hari pertama masuk sekolah tu, aku tak dapat tempat duduk sendiri. Aku kongsi satu bangku dan satu meja dengan sorang budak baru jugak yang bernama Muhammad Fauzli. Kerusi tu diduduki oleh bontot sebelah kanan aku dan bontot sebelah kiri Fauzli. Lenguh jugak bontot aku bila kongsi kerusi tu. Tapi sebelum balik tu, aku rasa apasal la basah seluar aku ni. Rupa-rupanya si Fauzli ni kencing!!! hampeh tebu betul la.. Kalau nak kencing pegi la jamban. AKu menyumpah-nyumpah dalam hati. Dia muka selamba je mintak maaf kat aku. Maaf maaf jugak. Abis seluar aku ni sapa nak ganti? Terpaksa la aku pakai jugak seluar yang dah kena kencing tu sampai balik.
Haa.. memandang aku asik cerita pasal kencing je hari ni, apa kata aku bagi tajuk entry aku kali ni ada perkataan 'kencing'. Aku ni bukannya carik tajuk dulu sebelum tulis. Aku tulis dulu, baru aku pikir tajuk apa yang sesuai.
Berbalik kepada cerita sekolah baru, ketua kelas aku perempuan. Nama dia Radzilawatee atau lebih glamer lagi orang panggil Atee. Dia ni memang budak pandai. Bebudak lain yang aku ingat lagi satu kelas dengan aku ialah Ahmad Nurilham (macam Mr Bean), Zainul Faizal, Rizalluddin (Boyak), Shahnazri (macam panda Cina), Hizzal, Hasni, Tarmizi (selalu korek idung dalam kelas) dan lain-lain lagi. Yang awek-awek pulak ialah seperti Salwa Hana, Murni, Norfazeena, Astrid Juliana dan lain-lain. Semuanya masih hidup lagi dan ada jugak yang aku dah jumpa masa dah dewasa ni. Diorang semuanya OK dan baik-baik belaka orangnya.
Yang tak bestnya kantin kat sekolah ni makanan dia tak sedap. Dah la tak sedap, kebersihan pun tak jaga. Nasik lemak dalam piring tu dibiarkan aje lalat-lalat singgah macam singgah kat R&R. Tak tau la lalat tu berak, makan, atau buat maksiat kat atas nasik lemak tu. Tak selera aku nak beli. Tapi bila dah lama duk sekolah tu dan takde makanan lain untuk dimakan, terpaksa la aku beli jugak. Time-time kebulur, benda tak sedap pun jadi sedap. Time kenyang, benda sedap pun jadi tak sedap.
Ahh.. cukuplah entry aku hari ni. Aku nak gi berak la (pinjam kata2 Cikgu Anwari).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
muahahahah... giler best aa cikgu anwari ko tuh.. super selamba...
sebab tajuk ko ari nih kencing kan.. meh kita berperibahasa "guru kencing berdiri, murid kencing berlari"
aku kurang paham la maksud peribahasa nih... boleh ke kencing berlari?
Wakakakakakaka.. ko masih lawak seperti dulu
ape punye tak senonoh tajuk entry ari ni..ni kira 18 PL nih..huhu..ade org kate kalo mimpi kene kencing maknenye..bakal kencing malam ni..so, sblm tido make sure gi bilik air dulu..
wei Taiko, aku respek la sama ko, kuat sungguh daya ingatan ko... apa petua? aku haram tak ingat pasal darjah 1..
taiko,
dunia ni mmg kecil tol.
shahnazri tu sepupu aku. masa mrsm dieorg panggil dia panda. hahaha..
atee pulak jadik loyer kan skrang ni?
dunia dunia..
Pekak badak pasal badak telinga kechik... So org budget dier takleh dgr clear... Tak caya? cuba tgk telinga badak BlueHyppo tuh... Hehehehe....
aku dulu mimpi nak ludah mlalui tingkap..punye le susah..pat lima nam kali aku ber'ptui..tapi tak kuar gak..last aku tarik khaiiikk ptuihh..!! baru lepas.sedar2..bantal aku penuh air liur basi.heheks..gile ah mimpi.. err..ko kencing ke lepas mimpi tu?
ish ish taiko..bahan bacaan yg tak sesuai untuk kanak2 bawah umur..seb baek aku dah cukup umur ;p
Izam: Boleh.. cuba kau pergi kacau anjing gila dan lari bila dia kejar. Mudah-mudahan impian kencing sambil berlari tu jadi kenyataan.
Chi: Aku memang tidak pernah berubah. Kecuali tang perut tu je.
Mastura: Aku bukan mimpi aku kencing. Aku mimpi orang kencing kat aku. Sepatutnya orang yang kencing kat aku tu yang pergi tandas sebelum tidur.
Langsuir: Orang lembab memang macam tu.
Stoned: Ooo.. dia masuk MRSM ke? seingat aku masa form 1 dia masuk sekolah agama mana entah. Kat Kajang kot? Lepas darjah 6 aku dah tak jumpa dia lagi dah. Kirim salam aku kat dia kalau kau jumpa dia. Itu pun kalau dia ingat lagi kat aku la.
Atee tu memang jadi loyer. Last sekali aku jumpa dia tahun 1999 sebab ada reunion kecil-kecilan.
Uda: OOo... aku tak perasan pulak telinga badak tu kecik. Mungkin betul la teori kau tu.
Joyce: Aku tak kencing la lepas mimpi tu. Lain kali sebelum tidur ludah banyak-banyak supaya takde air liur yang basi keluar.
Deyna: ehh.. ada unsur2 seks dan ganas ke entry aku ni?
ler..name pon ramalan mimpi.ko jugak yg kate ko tak tau sape yg kencing kat ko.so, camne nk suruh dia kencing sebelum tido.baru terperasan, ko suke guna istilah kencing dalam entry ek..dasat gak.ahaks
Joyce punya cerita pasal meludah ni mengingatkan aku pada sorang budak rumah kitala taiko. Aku tak ingat sape la.
Dia naik motor. Pakai helmet. Pastu helmet ada visor pulak tu.
Masa naik motor tu, tanpa angkat visor, dia meludah. Tau-tau dah "Siaaaaaaal" je. Pasal mudah kena muka sendiri.
Sape ha?
Izham: heh heh.. lambat lagi cerita pasal tu.
Woitt Hazril...
Ni Aku Shanazri....cousin aku bagitau pasal nama aku dalam blog ko....contact aku wei andrepanda77@yahoo.com
tu tu..
hehe..
jejak kasih tul la.
Oh kau lah rupanya yer.. hahahahaha...
(aku nak gelak guling2)..
Post a Comment