Wednesday, April 26, 2006

Budak Gemuk Tak Sedar Diri

Kalau korang nak tau, aku bukanlah dilahirkan jadi budak gemuk. Badan aku kecik je masa kecik-kecik dulu. Maksud aku bukanlah kenit atau pun bantut, tapi tak gemuk la. Korang nak tau tak macam mana aku boleh jadi budak gemuk masa sekolah rendah dulu?

Ceritanya macam ni.

Setiap 6 bulan sekali, semua murid-murid kena timbang berat badan dan jugak ketinggian. Rekod berat dan tinggi ni akan dimasukkan ke dalam Report Card. Aku pun tak ingat masa tu berat aku berapa kati. Cis.. macam nak beli ikan kat pasar pulak. Masa tu orang beli barang masih lagi pakai unit ukuran kati. Ada jugak yang pakai Kilo. Cakap pasal kati dan kilo ni aku teringat satu cerita joke yang aku pernah baca kat email aku dulu.

Ceritanya macam ni (setelah diubahsuai).

Mak Kiah: Bro, kau bagi Makcik kacang panjang tu.
Peniaga Sayur: Makcik nak berapa kilo?
Mak Kiah: Ish!! kalau pakai KILO panjang sangat tu. Bagi 2 meter dah la.

Paham ke tak paham? kalau tak paham, abaikan aje la cerita ni.

Kita berbalik kepada cerita yang aku nak cerita sebenarnya. Haaa.. ada sorang klasmet aku bernama Hizzal. Dia ni takde la gemuk sangat tapi berisi jugak la orangnya. Isi kat sini tentulah lemak di badan. Tiap kali dia timbang, dia mesti lebih berat dari aku. Aku pun macam nak chalen je dia dalam bab timbang menimbang ni. Jadi aku saja je makan banyak banyak supaya berat badan aku makin bertambah selari dengan jumlah makanan yang aku makan. Sebab tu la aku jadi budak gemuk masa tu. takde la gemuk sangat, tapi gemuk jugak la. Kegemukan aku bertambah hari demi hari sampai la aku jadi budak gemuk betul.

Itu je la cerita aku macam mana aku boleh jadi gemuk. Sebab makan banyak la. Kalau makan sikit, mana boleh gemuk. Masa dulu aku aktif la jugak. Hari-hari mesti main bola. Walaupun aku gemuk, tapi aku terel main bola. Suruh la aku jadi golkeeper ke, defender ke, midfield ke, sterika ke.. semua aku boleh main. Main ping pong boleh, main takraw boleh, main-main boleh. Cuma main badminton je aku tak terel. Aku tak minat main badminton sebab aku tak terel. Aku tak terel sebab aku tak minat. Aku tak minat sebab aku tak terel. Dia pusing-pusing macam tu la.

kadang-kadang aku pelik tengok kengkawan aku, makan punyalah banyak. Kalah Badak air. Tapi badan cekeding aje. Kalah mentadak mentadu. Aku takleh makan lebih sikit. Mesti badan cepat naik. Bengang je. Korang tak dapat feel ke rintihan batin aku ni? So, sekarang ni aku tengah kontrol makan aku. Aku tak makan nasik dah. Makan lauk dengan sayur je. AKu rasa seluar aku dah longgar dah ni. Ok la tu kot? Setahun lagi jadi la aku macam Brad Pitt. Tak dapat Brad Pitt, Rosyam Noor pun jadi la....

18 comments:

Uda said...

Makan bnyk still kurus pasal metabolisma tinggi.... Itu ler yg doktor ckp kat aku.... Tapi bole jadi pasal cacing jugak ader dalam perut.... Haha....

p.s. Orang2 yg dah tua pon ader cacing lg ker?

lilyliverbird said...

waaaah..dah berapa lama tak makan nasi??? Tahniah..disiplin gitu...

Tenno Miyake said...

eh mana nak amik cacing haa?

Aku nak bela cacing dalam perut boleh tak? Senang aku nak kuros..

Anonymous said...

jgn lupa ambik karbohidrat.nanti takde bahan bakar.Lemak tak terbakar.Jgn mkn mlm.Sure kudud nanti,:)

azq said...

izham> hahahahha.... gilos! kalau ada cacing mmg le kurus, tapi perut buncit, berak sembelit dan taik mata banyak (ni tanda2 kecacingan pada budak2 la) - tak semegah betul!

yup, mari amalkan diet yang betul..

CaZa said...

kalau dalam perot ada cacing, nanti kene makan obat cacing, pehtu bile ko berak dia kuar. eeeeeeiikkk..

popo said...

wahhh taiko... teringat masa ko diet zaman2 sekolah dulu... heeheh.. adakah kau masih ingat?

Foxybabe said...

Ingatkan aku sorang je yang diet.. tetengok ko pon sama gak!

Kite sekapal.. Makan lebih sikit, cepat je naik. Nak turun sikit la punye susah.

Taiko said...

Uda: Macam mana nak naikkan metabolisma? Kalau dah besar, bukan cacing ada dalam perut aje. Dalam paru-paru pun ada.

lily: baru sebulan. aku rsa dah turun dalam 4 kilo lebih dah.

anonymous: pagi aku makan roti. Petang aku makan karipap sebijik. Malam tak makan.

Izham: cangkul aje la kat belakang rumah kau tu.

stoned: kalau dalam perut ada nyamuk, kena makan ubat nyamuk ke?
kalau dalam perut ada gigi? makan ubat gigi?

popo: mana boleh tak ingat. Kan dulu aku tough jugak.

foxybabe: cakap aje la kau pun gemuk. ha ha ha ha

tina hussain said...

Mak Kiah: Bro, kau bagi Makcik kacang panjang tu.
Peniaga Sayur: Makcik nak berapa kilo?
Mak Kiah: Ish!! kalau pakai KILO panjang sangat tu. Bagi 2 meter dah la.


TAK PAHAM!!!!!!!

mohenz said...

Hahahahh tak yah kurus lah taiko... ko nak kurus rule of the thumb sennag je.. kalau ko CHECK TANGAN KO DAH LURUS dah tak macam kingkong tu kira ok la....

hhhahah...kot ko tak faham? kalau tak faham abaikan je la

Zetty said...

perh, giller denial cerita asal-usul gemuk kau ni..kahkahkahkah!

Karl Hiunzm said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Taiko said...

tina: isk.. nak kena explain jugak. Makcik tu kan nak beli kacang panjang. Kalau pakai unit Kilo, imagine berapa panjang kacang panjang tu nanti. Contohnya 1 kilometer, 3 kilometer etc. Sebab tu makcik tu mintak 2 meter je. Takde la panjang sangat.

Mohen: aku dah kurus nanti kau tau la...

zetty: cis!

karl: aku dah lawwat, tapi aku tak nak masuk. Orang lain nak masuk, terpulang la.

Anonymous said...

best regards, nice info http://www.prozac-soma.info/Garage-storage-cabinet-system.html free coffee maker Loss lexapro gain weight High blood pressure prevention naturally 3d blackjack trainer zdjcia aston martin db9 Does jennifer love hewitt have breast implants 1991 chrysler lebaron fusebox free cam software Zithromax counter indications dealer crown chrysler 4600 national rd e richmond purple xanax pills Zocor no perscription Vendo isuzu amigo 4x4 2000 topamax prescripton Otc valtrex Concert commercial insurance companies Consumer opinion best thermogenic weight loss pill

Anonymous said...

Keep up the good work » » »

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Cheap internet appliance Association body building figure fitness Ultram narcotic external hard drive neurontin cost neurontin identification Ulp surveillance privacy union electronic communication Wellsfargo merchant account Offers affiliate marketing tips neurontin sid effects Tropical+sofas Antidepressant pexava 401k employee limit Mercedes strip fuse usps Mitsubishi rebuilt engine penis+pills+lawsuits battery publication Area collection legend rugs

Anonymous said...

umor aku dekat 40 dahh...dah raser asam garam jadi gemuk. kini gemuk gak. Seluar pun saiz 44. Sihat gak lagi. ...cuba pikir gemuk tapi sihat !