Friday, April 21, 2006

Ikan Sepat Dari Loji Najis

Korang pernah makan ikan sepat? Err.. sebelum tu baik aku tanya korang kenal ke ikan sepat yang mana satu? Kelakar jugak nama ikan ni. SEPAT. Apsal nama-nama ikan macam kelaka aje ha? Ada ikan nyok-nyok, ikan tongkol (bukan kontol), ikan puyu (bukan poyo), ikan kaloi, ikan senohong, ikan lampam, ikan jenahak.. macam-macam nama la. Siapa yang bagi nama-nama ikan tu aku pun tak tau. Suka hati diorang je nak bagi nama ikan tu macam la diorang yang melahirkan ikan tu. Bagi la nama sedap-sedap sikit. Kecik ati ikan-ikan tu sebab manusia namakan dengan nama tak sedap. Cuba kalau korang punya nama ditukar menjadi Sepat Bin Puyu, Talapia Binti Kaloi, Haji Buntal Bin Haji Tongkol, apa perasaan korang? Sure malu korang nak pegi Jabatan Pendaftaran buat Mykad tahun lepas. Alamak, Mykad aku dah siap tapi tak ambik lagi la. Next week aje la. Last week aku cakap "next week" jugak yang bermakna this week. Teruk betul aku ni. Procrastinational.

Haa.. sebenarnya aku nak cerita pasal ikan sepat aje. Terkonar kat tempat lain pulak.

Apa kena mengena ikan sepat dalam riwayat hidup aku pulak? Sebenarnya ini riwayat hidup Bangcik. Tapi sebab cerita ni quite OK, aku tulis jugak la. Macam ni cerita dia:

Bangcik ada seorang kawan yang dipanggil Eloi. Eloi adalah seorang budak yang suka menjala ikan. Mana dia cilok jala tu aku pun tak tau (ayat standard aku). Eloi suka praktis menjala dekat sungai. Tapi sebab kat sungai susah nak dapat ikan, maka Eloi pun nekad untuk pergi menjala dekat Loji Taik kat Flat DBKL berdekatan dengan Sekolah Gombak Setia tu. Dengan menjala dekat loji tu, dia mendapat hasil yang lumayan. Banyak dapat ikan sepat kat sana.

Loji taik tu daripada dulu sampai sekarang ada orang bukak warung makan kat sebelah dia. Aku pun pelik apasal la diorang tergamak nak bukak kedai makan kat situ. Sebab kalau aku drive tru kat situ, selalu terbau busuk macam bau taik orang (memang bau taik orang pun). Aku tulis 'terbau' kat situ bermaksud aku tak sengaja bau. Takkan la aku ni sewel sangat untuk jalan-jalan carik bau. Yang peliknya lagi, ada pulak sambutan dari pelanggan. Apa ilmu tokeh warung tu pakai aku pun tak tau la. Mungkin ilmu geografi.

Satu hari, Eloi telah berjaya mengajak Bangcik untuk escort dia pergi menjala kat loji taik tu. Memang banyak jugak dapat ikan sepat. Aku tak dapat bayangkan macam mana diorang boleh tak geli geleman bila menjala kat Loji taik yang sudah semestinya ada banyak taik orang termasuklah taik keluarga aku jugak. Masa tu Loji Taik Taman Melati takde lagi. Jadi, semua taik-taik orang Taman Melati akan dihalakan ke loji taik tu. Sebab tu aku konfirm bahawa taik-taik family aku tu ada kat dalam loji yang Eloi dan Bangcik jala ikan sepat tu walaupun kat taik tu takde name tag atau label.

Setelah penat menjala, Bangcik pun bawak la balik ikan-ikan sepat tu kat rumah dengan harapan Mak akan gembira untuk menggoreng atau memasak lomak cili api kegomaran family aku. Bangcik dah siap basuh ikan tu bersih-bersih. Tapi mak tanya "Mano kau dapek ikan ni?". Bangcik pun cakap la dia jala. Bila mak aku tanya kat mana dia jala, nasib baik la Bangcik jujur cakap dia jala kat loji taik sana. Hi hi hi. Mak aku suruh buang je ikan tu. Nasib baik la mak aku tak masak lomak cili api. Kalau tak sure tak payah taruk kunyit pun kuah boleh jadi kaler kuning. Uwek!!

Itulah dia cerita Bangcik aku menjala ikan sepat.

Lepas ni baik korang hati-hati kalau beli ikan sepat masin. Mana la tau kot-kot diorang jala kat loji taik jugak. Apa? Korang baru lepas makan tengahari tadi? Muntahkan! Muntahkan!

Haaa.. bila cakap pasal ikan ni, aku pun teringat masa kekecik dulu Angah pernah cakap yang ikan sardin dalam tin tu ada campur dengan siput babi. Betul ke tidak aku pun tak pasti. Tapi disebabkan Mak masak sambal ikan sardin memang sedap giler, aku belasah jugak makan. Kadang-kadang sampai 2 pinggan. Memang sedap betul sambal sardin mak buat. Ni yang buat aku nak tepon mak untuk mintak masak sardin je weekend ni. Aku masak pun sedap jugak. Tak caya tanya la wife aku. Sampai dia menjilat kuali kalau aku masak. He he he.

Akhir kata, sila baca pantun di bawah:

Ikan kekek mak iloi iloi,
Ikan gelama mak ilai ilai,
Jangan pergi menjala dengan Eloi,
Sebab ikan tu takleh buat gulai.

Siakap senohong,
Gelama Ikan duri,
Bercakap bohong,
Lama-lama boleh Jadi Menteri. (sapa makan cili dia rasa pedas)

10 comments:

Anonymous said...

Ikan paling glamer kat hostel seluruh SBP di M'sia ini ialah.... Jeng, jeng, jeng..... Ikan Jaket... HAHAHA!!!

AKULAH MASTURA.. said...

ikan sepat masin goreng sedap betul ek..ala..nak carik ikan sepat..carik la kat sawah..banyak bleh dapat..terutamanye sawah nenek aku..ade ke carik kat loji..mestilah sepat tu gedabak gemuk sbb cukup nutrisis dan makanan berkhasiat yg dia bedal..huhe

Unknown said...

takdelah sampai menjilat kuali - walaupun mmg sedap. cuma, ambik roti, lap-lap kuali dengan roti tu, makan macam sandwich sardin. tak baik membazir..

Anonymous said...

Terkincit aku baca citer ni. Ape le punye obses ko ngan bahan buangan manusia ni. Tak silap aku kat Negri 9 ada tempat nama PENAJIS. Tiap kali lalu aku imagine aroma tempat tu , landskap & interior design umah diorang berkaitan najis..ehh..jgn kecik ati penduduk PENAJIS ek..aku budak baru blajar.

Taiko said...

uda: ikan jaket sebenarnya sedap. Tapi cara masak kat dewan makan tu yang tak sedap. Bau hanyir je ikan tu. Kalau bagi aku masak lagi sedap.

mastura: ye sedap dan ramai orang makan. sebab tu aku saje je bagi orang geli bila nak makan ikan sepat lepas ni. ha ha ha

azq: exaggerate sekali sekala.

joyce: Kampung Penajis tu kat Melaka la.. Malu aku kalau orang offer aku jadi ketua kampung tu. Nama tempat kat Melaka memang tak sedap.

Izham Miyake said...

eh, penajis tu bukan kat N9 ke. Ikut jalan lama senawang-tampin kan. aku pun dah lupa da..

aku rasa bukan azerque yang jilat kuali. Kau kot taiko? Kau bukan setakat jilat dapur dan lantai lepas memasak, lepas basuh pinggan mangkuk pun kau jilat singki kan? Hahaha..

jom pegi steamboat!

Taiko said...

aku rasa macam kat Melaka aje. On the way balik dari RUmah Arwah Paklong kau. Ke... aku salah tempat?

Anonymous said...

PENAJIH kat N9 la..Mlaka mane de bau kumbahan..hanhanhann

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. golf packages myrtle beach Buy wax hair removal canada Windshields for bmw bmw e38 jack bmw san francisco Consumer reports for dishwashers Dell photo printer 720 color print problem Seroquel publication Subaru forester rear bearings School culinary Free scrabble play online bmw r1200c stainless steel http://www.purwaterfilters2.info/Whitestrips-blend-a--med.html

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Recovery point objective data application backup encryption Refinancing auto from a bank after bankruptcy 2006 toyota avalon tires Multi trip insurance panama Native american & lawsuit illinois Levitra ibuprofen interaction taking Calories burned running