Wednesday, January 25, 2006

Aku yang Terel Sukan

Hai kawan-kawan.

Aku baru je lepas edit Blog aku ni. Ada pertambahan sikit dekat ruangan 'Tukang Sampuk'. Bagi aku, comment dalam Blog aku adalah satu tanda 'shake hand'. Tapi aku nampak banyak pompuan yang berani komen. Tak kisah la laki ke pompuan. Janji aku tak melakukan sumbang mahram, atau pun bersekedudukan dengan mereka semua.

Ehhh.. kenapa diorang pakai perkataan 'bersekedudukan' ha? Adakah sebab terkantoi semasa sedang duduk? Tapi tak logik lah pulak kalau taruk 'bersekeberdirian'. Ahhh.. lantak la malas aku nak pikir.

Kalau korang nak tau sebenarnya aku tengah kerja ni. Now ni dah pukul 11 malam lebih. Penat jugak. Tapi siap la aku punya claim nanti.

Dari aku buat kerja lebih baik aku update Blog.

Haaa.. hari tu cerita pasal Cikgu Aishah ye. Hari ni aku nak cerita pasal hari sukan dekat sekolah aku dulu. Aku dimasukkan ke dalam sebuah rumah sukan yang bernama Rumah Hijau. Sebab rumah aku rumah hijaulah baju sukan aku kaler hijau. Takkanlah Rumah Hijau nak pakai baju oren pulak. Apalah diorang ni, nama aje RUMAH SUKAN! Tapi sebijik rumah pun aku tak nampak masa sukan tu. Sekolah ada la. Ye tak ye jugak, kan acara sukan tu kat sekolah. Mesti la ada sekolah. Kalau acara tu diadakan dekat rumah, sure setiap pasukan dijadikan 'sekolah sukan'. Apa yang aku tulis ni pun aku tak paham. Macam nak uji IQ pulak.

Rumah Hijau adalah Rumah yang paling terel tahun 1984 tu. Semuanya sebab akulah. Kalau korang tak caya tanyalah aku. Aku berjaya memenangi acara-acara berikut:

1. Kepit bola celah kangkang dan lari/lompat dari sini ke sana.
2. Tolak gelung rotan dari sini ke sinun
3. Bawak bola ping pong dalam sudu dari sini ke situ.

Walaupun ini adalah acara berpasukan, tetapi tanpa kehebatan individu seperti kehebatan aku, pasukan itu memang tak mampu meraih kemenangan berganda. Terutamanya dalam acara nombor 1 di atas. Ianya memerlukan kuda-kuda yang kuat, betis yang mantap dan dan anu yang tahan lasak. Tapi bila aku tengok member aku terlompat-lompat kepit bola tu, sekor-sekor sebijik macam beruk. Macam member aku yang bernama Muhammad Romdzi pun ada jugak.

Dengan kemenangan yang aku perolehi, aku berjaya mendapat hadiah berupa pensel kaler, buku tulis, pensel bok, pembaris, pensel kaler, dan pensel kaler. Tak ikhlas langsung bagi hadiah. Bagi la hadiah lain-lain. Ini semua pensel kaler aje! Mungkin urusetia bahagian hadiah tu tak terpikir nanti ada orang yang boileh menang 3 acara sekaligus. Aku lah orangnya itu. Ha ha ha.. belagak gila aku. Bongkak, ujub dan takabbur semua sekali ada. Ha ha ha

Acara yang paling ditunggu-tunggu ialah acara tiup belon sampai meletup dan lari dari tempat ni ke tempat hujung sana. Bangcik masuk acara ni. Tapi tak menang. Yang menang ialah seorang budak gemuk darjah berapa ntah. Budak ni main tipu sebab dia pakai jarum. Tapi aku tengok dia tiup belon pun laju jugak. Dia transferkan semua angin dalam perut dia yang macam belon tu ke dalam belon. Memang lah meletup belon tu. Tak acilah. Eh.. memang la macam tu rule dia. Tapi sebab Bangcik tak menang, aku kena kutuk jugak budak tu. Mintak-mintak la dia dapat hadiah belon je.

Sebelum aku merepek lagi dan korang tak paham baik aku stop kat sini. Macam takde point je citer aku hari ni. Ah! kalau nak ada point, pergi buat Power Point!

10 comments:

terabot said...

umah sukan kita sama ah..panggil saya "bie," bukan perabot..

Unknown said...

yey! rumah hijau gak!

Anonymous said...

rumah hijau kat ITTM nama ape ek??
cun giler nama tu, bleh lupe lak..adehh..

Izham Miyake said...

bank chik kau kalah? hek elleh..

deynarashid said...

rumah hijau mantap! yay!

nnn said...

kamu ni memang kelakar laaaa... dah la tu ghajin pulak mengimbau-ngimbau kisah silam dari zaman tadika sampailah sekarang...

ekekekekekeke
bagus!

nadya.s said...

bang!
tolong update blog bang.tolonglah. lama giller dah tunggu ni.. boleh kena sawan babi macam ni punya lama tunggu... :P

Anonymous said...

ok la citermu 2

Taiko said...

Terabot, Deyna, Azq: bila aku cakap aku rumah ijau je.. dan dan korang ngaku rumah ijau pulak. cet!

Nina: The best things in life are shared (iklan carlsberg)

Nadya: Ye laa.. ye laa.. aku update la lepas ni.

Anonymous said...

What a great site Amateur worn face sitting ass worship Sexy redhair babes ice cream machine recipies mango spank bare ass Little blonds big tits