Thursday, April 13, 2006

Ridikeles!!

Hari Selasa lepas aku gi Melaka kejap. On the way balik ke KL tu aku singgah kat R&R Ayer Keroh sebab aku nak gi toilet. Aku bukannya suka sangat masuk toilet awam ni melainkan kalau dah sampai perintah darurat. Bila sampai aje kat luar toilet tu aku terperanjat bila ternampak signboard seperti di bawah:

Gambar ni tak clear sangat sebab aku ambik pakai camera phone. Kawasan tu pun gelap sikit. Biar aku clearkan dekat sini apa yang dia tulis kat situ.

1. Tutup Paip.... Jimatkan Air
2. Ke Arah yang Tepat..............
3. Duduk dengan Selesa ........
4. Jangan Lupa..... Hanya Tarik
5. Hargai Kemudahan.........
6. Pastikan Kering dan Bersih

Dekat sebelah kiri nasihat-nasihat tu adalah ilustrasi yang berkaitan supaya orang yang membacanya lebih mudah paham mesej yang cuba disampaikan. Nasihat nombor 1,3,4,5,6 tu aku tak kisah sangat lah. Tapi nasihat yang nombor 2 tu memang menarik minat aku untuk mengabadikan gambar signboard tu.

Amaran "Ke arah yang tepat..." tu aku rasa sesuai untuk kanak-kanak bawah umur ataupun yang belum sunat lagi. Jangan salahkan orang yang buat signboard tu. Kalau takde kes-kes salah target dekat jamban tu, takkan la orang tu terpikir nak buat amaran/nasihat macam tu. Tapi memang betul. Kebanyakan tandas awam yang aku masuk, banyak kali aku jumpa kesan-kesan kesilapan manusia semasa kencing. Even dekat opis aku kat Maxis ni yang semuanya orang-orang yang educated pun masih lagi tak tahu prinsip-prinsip kencing yang betul. Ridikeles betul!! Aku kecewa! Sebab anak aku yang umur baru nak masuk 4 tahun pun pandai tuju 'ke arah yang tepat' semasa kencing.

Ok Fine lah kalau memang tak tau nak tuju ke arah yang tepat. Tapi, tak reti ke nak bersih kan sendiri? Ridikeles betul!! Bayangkan kalau pelancong-pelancong asing datang ke Tandas tu and nampak sign board tu. Mana moral rakyat Malaysia ni nak diletakkan? Adakah rakyat Malaysia ni terlalu bangang sampai prinsip-prinsip kencing pun harus di taruk dalam sign board? Cuba korang tengok Imej yang lebih dekat lagi tentang nasihat nombor 2 tu:


See? Gamba sebelah kiri tu ada tulis "MELENCONG". Gambar sebelah kanan pulak ada tulis "TEPAT PADA SASARAN". Kalau korang nak lebih clear lagi, korang pergi lah snediri kat sana.

Aku bukannya nak buat lawak atau nak mempersembahkan dirty joke or toilet humor or what ever. Tapi sebagai tanggungjawab sosial, aku nak nasihatkan dekat pembaca blog aku, kencinglah ke arah yang tepat..

Ridikeles!!

12 comments:

AKULAH MASTURA.. said...

kadang2 pelik kan.kenape tandas awam kite selalu jadik isu.tapi pasal isu tepat2 ni mesti lebih pada lelaki ni..nk bagi kesedaran sivik pada kaum adam supaya lebih insaf dan sayangkan toilet awam..

Anonymous said...

series laa taiko..ko memang jinius bab2 bagi kesedaran nih..buleh jadi wartawan 'buka mata buka minda' TV1..ok lah kengkawan....marilah kita meng'hala' ke arah yang tepat..

Anonymous said...

Ko tanak berpantun cam Karam Sing Walia ke? Sambil skali skala angkat tangan. Misti ramai yg menggelabah.

Pegi pasar beli ketupat,
Lain kali sasar biar tepat.. eaywahh!

Izham Miyake said...

Patutnya kat sekolah2 ada benda alah ni.. Kat sekolah dulu bukan setakat kencing aje, dengan berak pun boleh salah target.

Masa aku sekolah dulu, selalu aku jumpa mohens eh tahi/nais berteraburan di atas lantai, atau di tepian mangkuk tandas.

Ada satu hari tu, masa berak aku sandar kat pam tandas duduk tu. Keluar2 aje member aku cakap ada taik kat baju aku.

Aku check balik, ada taik rupanya kat pam tu. Macam mana la orang boleh berak sampai kat tangki pam tuh.. ridikeles betul.

Ridikeles. Ni lagi ridikeles.

AKULAH MASTURA.. said...

geli plak rasenye topik ari ni..kang tak lalu makn plak..

Unknown said...

hahhahahahha.... memang ridikeles...

Taiko said...

mastura: Amaran ini untuk yang pandai kencing berdiri sahaja. Tu la.. kencing tak ikut sunnah. Kalau orang pempuan kencing berdiri, lagi susah nak tepat pada sasaran.

faitty: kau pun jinius jugak. Tqvm

joyce:

Tanam serai rapat-rapat,
Buah jambu tiga serangkai,
Kalau kencing pun tak tepat,
Buang je anu tu sebab dah takleh pakai!

Izham: Menag ridikeles pengalaman busuk kau tu. Kau tak cek dulu ke kat pam jamban tu sebelum gunakan jamban? Hina siall... boleh buat 'hall of shame' kalau kalah main declare ni!

Mastura: Kalau nak kurangkan makan, sila baca blog aku dulu sebelum makan. InsyaAllah nanti body akan solid.

deynarashid said...

alaa x semestinya utk kanak2..org tua pun lebeyh kurg je kot..sian kanak2 dipersalahkan

nnn said...

bagus jugak sign sign begini diletakkan di toilet2 awam. bukan apa.... ramai manusia yg tak reti bahasa dan yg tak reti hargai kemudahan awam dan tak reti jaga kebersihan. dah la kemudahan disediakan gunakanlah dgn sebaiknya, jgn main belasah jer..... aku setuju jer dgn sign sign macam ni, biar reti bahasa sket!

Anonymous said...

Agaknye masa diaorang kencing tu tgh kesejukan. So, mengigil2 dan mengempar2 le bende alah tu. hehe..

Taiko said...

deyna: bila pulak aku menyalahkan kanak2. Aku menyalahkan orang tua la.

Nina: memang bagus la ada sign board tu utk menyedarkan orang. Sebab tu aku timbulkan isu kat sini. Pelik sungguh dah besar2 pun tak reti nak kencing sampai kena ada sign board utk ajar cara kencing yang betul.

anonymous: tak kisah la tergigil ke, tsunami ke, tergedik-gedik ke, tapi tak reti ke nak bersihkan?

Izham Miyake said...

Taiko,

aku rasa la.. sebab2 diorang tak bersihkan adalah seperti,

1. Takde paip.
2. Kalau ada paip takde getah paip.
3. Kalau ada getah paip pun dah jatuh ke lantai. Bila dah jatuh ke lantai ada 2 sebab pulak lagi.

i. Geli nak pegang sebab kotor la konon.
ii. Malas nak tunduk kalau kencing berdiri.

Tu pasal aku selalu lama dalam tandas sebab jadi toilet cleaner volunteer. Hehehe.. Korang selalu ingat bende lain..