Tuesday, April 25, 2006

Sebab Tak Dapat Nombor 1

Aku rasa aku nak cerita perihal kat sekolah la pulak hari ni. Masa aku darjah 3 tu aku mengalami culture shock disebabkan sistem pembelajaran yang lain kat sekolah ni. Subjek-subjek lain aku boleh terima dengan baik jugak la. Tapi subjek English aku susah sikit nak terima. Teacher English aku masa tu Perempuan India. Nama dia aku tak ingat sangat tapi start dari huruf 'O'. Bukan Orangina, Otromen atau pun Osman. Aku tak ingatlah!

Dia ni kira tahap Minachi yang cun jugak la walaupun 'fade to black' sikit. Pakai pun ranggi sikit la seperti Skirt Pendek dan Skirt Panjang untuk menyerlahkan lagi keseksiannya yang sedikit pun tak membuatkan aku teruja. Nak skodeng pun aku tak selera. Kalau terskodeng pun tak nampak apa-apa. Kena taruk lampu baru nampak. Kadang-kadang dia kalerkan rambut dia warna blond sikit. Nak tiru kumpulan Roxxette agaknya.

Selingan: Lagu Too Phat dan Inul

Banyak orang billang diriku seksii
Seksi-seksi sekali
Dari hujung rambut hingga hujung kaki
Semua menatapku


Kita sambung balik cerita tadi. Haa... Teacher English aku ni mengajar macam la aku ni dah pandai speaking. Aku masa tu perlu pengisian vocab lagi. Setakat Noun, Pronoun, Verb tu aku ada la sikit-sikit. Apa yang dia cakap pun aku tak paham. Disebabkan aku tak paham, aku pun malas nak dengar, disebabkan aku malas nak dengar, aku pun tak paham, disebabkan aku tak paham, terus aku bengap Subjek English, disebabkan aku bengap subjek English, aku tak pernah dapat nombor satu masa sekolah rendah.

Masa peperiksaaan pertengahan tahun aku dapat nombor 7 je. Aku memang saja je pilih nombor 7 sebab tu David Beckham tiru aku. Lagipun banyak benda-benda yang 7 kat dunia ni. Contohnya Surah AlFatihah ada 7 ayat, Langit 7 lapis, Bumi 7 lapis, pelangi ada 7 warna dan macam-macam lagi la. Aku rasa jarak markah aku dengan nombor satu iaitu Radzilawatee dalam belasan markah aje. Tapi nombor 1 sampai nombor 6 punya English semua 90+. Aku je dalam 80 markah. Kalau English aku terel, kurang-kurang aku boleh dapat nombor 2 tau. Tapi diorang takleh kalahkan aku dalam Maths la.. Aku la the King of the Matematik kat sekolah tu dulu. Cikgu pun tabik dengan aku. Ha ha ha ha. Bongkak... bongkak..

Subjek Agama Islam pulak diajar oleh Ustazah Saputriwani. Aku boleh ingat nama dia sampai sekarang ni sebab aku bayangkan nama dia tu ada iras-iras sapu tangan putri wangi. Cakap pasal puteri wangi ni, aku teringat yang Mak suka beli sabun basuh cap Puteri Emas. Sabun ni kira tahap sabun cap ayam jugak la tapi kelebihan dia, kalau beli sepeket dapat percuma seutas pinggan. Mak beli sabun ni dah lama dah. Sampai sekarang, jumlah pinggan nasik kat rumah aku boleh buat kenduri kawin la banyaknya. Itu pun dah sedekah kat sedara mara. Kalau sepuluh tahun lagi Mak istiqomah beli sabun ni, boleh jadi jutawan pinggan punyalah. Aku pun pau pinggan mak ni dalam sepuluh ekor.

Berbalik kepada cerita Ustazah Saputriwani. Cun gak ustazah ni. Masa dia mengajar aku tu dia masih lagi anak dara. Tapi dia mengajar tak lama. Gossip-gossip mengatakan sebab dia ingin berkahwin dan menghabiskan zaman daranya. Siapalah teruna yang jadi laki dia aku pun tak tahu. Mungkin namanya Sarungkakimasam. Dia tak ajak pun aku pergi kenduri. Entah-entah sekarang ni anak dia pun dah jadi anak dara. Aku takde kontek number dia jadi jangan tanya aku macam mana nak jadi menantu dia. Kalau korang rajin, korang search la dekat google.

Kawan baik aku kat sekolah ni takde yang spesel. Semua aku kawan termasuklah 2 orang budak Orang Asli yang bernama Riminin dan Inyaris. Diorang ni Orang Asli yang duduk kat Batu 12 Gombak sana. Yang speselnya kat Riminin dengan Inyaris ni, dia tak masuk kelas Moral tapi belajar Agama Islam jugak. Terel jugak dia tulis alip ba ta. Tapi orang tulis dari kanan ke kiri, dia tulis dari kiri ke kanan. Dia terpaksa tunggu ustazah tulis huruf jawi tu sampai habis satu row, baru dia copy dari kanan ke kiri. Dah la tulis huruf ya macam itik je. Memang la hurup ya macam itik. Sebenarnya diorang ni jadi kawan baik aku masa aku darjah 4. Nanti la aku cerita.

Chow

8 comments:

Lily G said...

hahahahahahahahahahahhahahhahha

kelakar

saya pun ada classmate orang asli dulu tapi tak ingat nama

Anonymous said...

aku ingat cikgu india tu namanya OOOO...Nani!!..

Adu said...

Seriusla. Tak pernah la aku gelak camnih. Weh.. Aku link ko gak lah.

Anonymous said...

woi ko patut bayar aku tol nih.. trafik makin meningkat

gerberra said...

menceriakan hati yang gundah gulana.Teringat kat nenek sy yg sule kumpul pinggan2 free tu.

nadya.s said...

HAAHAHAHAHAHHAA!!!

born to be a joker who is good at math la kau nih.

Taiko said...

Rockerz: Kerja dari rumah apa menda ni? Ni skim piramid! Tak nak la aku masuk.

lily: orang asli banyak kelebihannya. Ada jugak yang cun.

faitty: siol lu.

Tina: aku benci dengar. Tapi kalau ada video clip dia, aku suka tengok. Gerudi.

Foxybabe: nanti aku link kau gak. Semua yang menyampuk kat sini aku link tanpa mintak izin.

Chi: Kau banned aku. Aku tak nak bayar.

Gerberra: Kim salam ngan nenek kau ye.

Nadya: Macam orang jahat Batman pulak kalau joker terel math

Anonymous said...

Excellent, love it! Anal fingers http://www.seroquelwithdrawal.info/Kolasalmonfishing.html Auto tire covers jeep wrangler dell precision 650 + cpu + compatible vs normal Lasik eye surgery bronx Alprazolam zocor Dom buspirone Does cholesterol in food cause high cholesterol Phone signals homevirtualsite10fstvarwwwhtmlresultscheap mp3 cd players Ebay square dance clothes zocor info