Today is Friday.The 6th day of the week. The chief of the days. Actually there are 9 days in a week. Sunday, Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Today, and Yesterday.
Ok gak English aku kan?
Haaa.. hari ni aku nak cerita pasal satu musim yang seronok gila dekat Kampung Setinggan tu. Musim yang aku nak cerita kan dekat sini bukanlah Musim Panas, Musim Bunga dan sebagainya tapi MUSIM IKAN SEMBILANG.
Orang Negeri Sembilan selalunya panggil ikan keli yang duduk dalam sungai tu sebagai ikan sembilang. Kalau ikan sembilang yang duduk dalam laut tu, Orang Negeri Sembilan panggil Ikan Sembilang Laut. Perkataan 'panggil' dekat sini bermaksud 'gelar' atau 'beri nama'. Bukannya panggil yang sama maksud dengan 'tegur', 'ajak' atau 'jemput'. Aku takut nanti korang salah paham pulak. Nanti korang ingat orang NS ni suka duduk tepi sungai dan panggil ikan tu "Ikan sembilang.. ooo ikan sembilang.. jom gi minum". Kalau macam tu dah jadi macam kes cerita Bawang Merah yang panggil mak dia yang dah jadi ikan kaloi dalam kolam tu.
Dekat sungai kawasan rumah aku tu memang banyak ikan sembilang. Senang aje nak memancingnya. Selalunya kitorang carik cacing sebagai umpan. Nak dapatkan cacing pun senang aje. Cangkul aje tanah, melambak-lambak la cacing keluar. Lepas masukkan cacing tu kat mata kail, kena ludah dan baca jampi:
Cing-cing-cing,
Budak jahat suka tekencing.
Baru boleh senang dapat ikan. Ini kalau aku tipu ni korang percaya aje la ye.
Cakap pasal cacing ni aku teringat pulak masa kekecik dulu aku pernah kena kecacingan. Mak aku bagi makan ubat yang bernama 'Combantrine' kat aku. Melambak-lambak cacing keluar kalau aku berak. Tapi aku takdela pakai cacing tu untuk buat umpan. Korang ingat aku ni pengotor ke apa? Mentang-mentanglah hari tu aku asyik cerita pasal bontot orang aje. Tapi kalau pagi-pagi aku berak dekat sungai tu, kadang-kadang berebut-rebut ikan-ikan sembilang nak makan taik aku. Aku tak tau la diorang nakkan taik aku ke atau cacing dalam taik aku. Korang tanyalah ikan tu sendiri. Itupun kalau korang tak segan.
Teknik memancing ikan sembilang ni senang aje sebab mereka suka duduk dekat air keruh. Bukan Ayer Keroh kat Melaka sana. Kan aku tulis huruf 'a' dengan 'k' tu pakai huruf kecik. Itu maksudnya kata nama am. Haa.. kitorang kocak-kocakkan air sungai dekat Hulu untuk bagi air sungai kat Hilir tu keruh. Ini aku main tibai aje tulis hulu dan hilir ni. Kalau salah, salahla. Lepas tu taruk aje mata pancing, tak sampai seminit, dapat la ikan. Aku selamba je pegang ikan sembilang tu pakai tangan. Tak pernah kena sengat pun. Kalau nasib tak baik dapat labi-labi.
Masa dulu sebelum aku dapat tengok rupa labi-labi yang sebenar, aku bayangkan yang 'labi labi' tu adalah makhluk berserban dan berjanggut. Korang nak tau kenapa? Sebab aku kompius antara labi-labi dengan nabi-nabi. Angah pernah takutkan aku supaya tak pergi dekat sungai sorang-sorang. Nanti labi-labi kejar. Aku yang tak tau rupa labi-labi pun terbayangkanlah macam rupa nabi walaupun aku tak tau rupa nabi tu macam mana. Mungkin sebab dekat tv ada cerita Arab pasal kisah Nabi Muhammad, aku bayangkanlah labi-labi tu macam orang Arab. Bila first time aku nampak rupa labi-labi, baru la aku tau yang rupanya macam kura-kura.
(psss.. ada tak agaknya orang Arab yang baca blog aku ni? Sori ye Osama Laden)
Kura-kura dalam perahu,
Labi-labi dalam bot,
Dalam sungai ada buaya,
Tiba-tiba je ikan jaws lalu.
Apa benda aku merepek ni?
Satu hari tu aku meredah sungai tanpa pakai kasut. Aku tak ikut nasihat "Puspa Wangi" dalam cerita Musang Berjanggut supaya pakai kasut dalam sungai. Jadi aku pun terpijaklah kaca. Patutlah sakit aje rasanya. Koyak ibu jari kaki kiri aku. Lebar jugaklah. Aku menangis bagai nak rak. Nasib baik ada sorang pakcik tu angkat aku bawak balik rumah. Diorang ikat betis aku dengan getah tayar. Nak bagi darah tak keluar banyak kot. Sakit siol. Nak pergi klinik bukannya dekat-dekat. Diorang taruk minyak dan balut aje la luka aku tu. Nasib baik tak habis darah aku keluar. Sampai sekarang ni ada lagi kesan luka tu. Kalau tak caya, nanti aku ambik gambar tapak kaki aku dan masukkan dalam ni. Sebelum ambik gambar tu aku nak make sure aku pakai stokin masam. Nanti bila korang bukak aje blog aku, keluar bau masam dekat speaker PC korang.
Sebenarnya lepas semayang jumaat tadi aku makan nasik dengan ikan sembilang sebab tu la aku cerita pasal ni. Sori kalau tak best. Selamat Tahun baru dan selamat bercuti.
Azam aku pada tahun baru ni ialah untuk mengurangkan berat badan sebanyak 3kg sebulan. Boleh percaya ke? Tengok la nanti..
Take care you all.. chow!
Friday, December 30, 2005
Thursday, December 29, 2005
Abah vs Anaconda
Aku tak buat mykad lagi laaaa.. pagi tadi sebelum pukul 7 aku dah sampai kat pejabat pendaftaran Puchong. Tapi orang yang beratur dah beratus orang kat luar pejabat tu. Tak jadi la aku nak buat. Ahhh.. aku bayar aje la nanti. Aku memang malas nak beratur. Kalau kat dewan makan sekolah dulu, kesian budak-budak junior sebab aku potong diorang beratur masa nak ambik makanan. Hmm.. Aku ingat aku nak buat mykid aje la.. senang. Tak payah amik gambar.
Hari ni genre cerita aku ialah bercorak action komedi. Kalau korang baca tajuk kat atas tu pun aku rasa korang dah boleh agak dah. Cerita kali ni lebih kurang macam cerita "Alien vs Predator" atau "Jason vs Freddy". Macam ni cerita dia:
Indahnya suasana rimbaa.. Mergastua berterbangan di pagi hari.
Aiseh! ini macam beginning cerita kartun Melayu bertajuk 'monyet makan cili' dekat TV tu. Ok start balik.
Pada satu pagi, aku pun makan bubur kacang hijau. Mak masak bubur kacang sehari sebelum kejadian ni berlaku. Jadi aku makan bubur kacang semalamlah. Aku tak minat sangat bubur kacang ni, tapi sebab Mak buat sedap, aku makan jugak la. Mak suruh aku suap Apis dekat ruang tamu rumah aku. Masa tu mak dekat dapur. Tengah syok-syok makan bubur kacang, TIBA-TIBA!! (aku harap korang terkejut bila aku tiba-tiba je tulis perkataan 'TIBA-TIBA' dengan 2 tanda seruan).
Tiba-tiba aku terdengar bunyi desiran yang tak sama macam desiran ombak di tepi laut. "SssSSsss..SssssSSss..SSssSss" Aku ingat siapa la pulak yang buat bunyi "syy.." suruh aku senyap. Padahal aku tak bercakap pun masa tu. Mana boleh makan bubur kacang sambil bercakap. Makruh! Aku pandang sebelah kanan. TIBA-TIBA!! aku ternampak seekor ular besar sedang bergerak bawah lemari. AKu panik gila masa tu. Terus aku lari ke dapur sambil menjerit "Makkk!!!!". Apis pun ikut aku sekali. Mak tanya "apasal?". Aku tak boleh nak cakap apa-apa.
Mak cakap masa tu muka aku pucat gila. Aku cuma mampu tunjuk-tunjuk kat ruang tamu guna tangan aje (takkan guna kaki kot, biadap namanya tu). Mak aku pun tengok kat ruang tamu dan nampak ular tu bergerak mengahala ke TV lama rumah aku. TV tu dah rosak. Sedakar hiasan aje. Alaaa. TV yang jenis ada kaki 4, ada penutup skrin macam pintu shoplot. Selalunya orang buat akuarium pakai TV tu. Kalau korang tak tau TV yang mana satu lantak koranglah. Malas aku nak explain.
Hari tu kitorang duduk kat dapur aje. Tak berani nak gi ruang tamu. Mak nak tunggu Abah balik. Abah sampai dah nak dekat maghrib dah. Mak cerita la dekat Abah yang ada ular masuk rumah. Abah pun terus panggil kawan dia yang bernama Pakcik Sadana. Pakcik Sadana datang bawak banyak garam dengan buluh betung. Heheh.. bukanlah, buluh biasa je.
Malam tu berlakulah pertarungan antara Abah + Pakcik Sadana dengan ular tu. Kitorang yang lain duduk dalam bilik. Memang ular tu tengah syok-syok tidur dalam TV tu. Aku tak tau la apa masalah ular ni. Mungkin tengah bergaduh dengan bini dia la tu. Bini dia tak kasi masuk rumah kot? Tak pun, bini dia tengah period heheh.
Dari dalam bilik aku dengar la bunyik-bunyik pertarungan tu. Kalau dalam kartun Batman ada la bunyi "pow!", "bom!" dan sebagainya. Kalau dalam cerita Tamil, bunyi "gedebush!" aje lebih, tapi tumbuk tak kena pun. Along yang tak puas hati dengan sekadar mendengar audio pertarungan tu pun memanjat dinding untuk mengintai lintas langsung secara video pulak. Mak punya la marah. Tak pasal-pasal Along kena sebat dengan Hanger. Heheh..
Lebih kurang 15 minit berlalu. Pertarungan pun tamat.
Ladies and gentelman, the winner issss.... (bunyi drum)
ABAH dan PAKCIK SADANA!!! (tepuk tepuk tepuk)
Ular tu kalah dengan dengan K.O tanpa kiraan mata. Bila ular tu dah mati, baru lah kitorang dapat tengok rupa ular tu. Kaler dia hitam. Kepala dia dah pecah sebab kena pukul. Panjang jugak ular tu. Dalam 2 depa orang dewasa jugak la. Kesian pulak aku tengok ular tu. Tapi sebelum dia makan aku, lebih baik dia dibunuh dulu. Kalau aku kena makan dengan ular tu, sure aku dah mati dah. Tak dapat la aku berumahtangga. Tammat.
Aku dengar cerita orang tua-tua, Kalau ular masuk rumah, kemungkinan besar jugak ular tu Jin. Tak tau la betul ke tidak. Tapi, kalau yang masuk rumah kita tu perangai macam jin, jaga-jaga! Nanti di'belit'nya kita macam ular.
Kesimpulannya, jangan mengular masa kerja kalau tak nak dipukul dengan buluh. Dah!! pergi kerja!! orang lain buat kerja korang sibuk baca Blog! heheh chow.

Wednesday, December 28, 2005
Cekodok Milo
Kalau korang nak tau, malam tadi aku dengan wife tengok cerita ‘Baik Punya Cilok’ kat IOI Mall Puchong. Dah lama dah tak tengok wayang citer Melayu. Afdlin Shauki buat citer macam Quentin Tarantino punya style (Pulp Fiction, Kill Bill). OK jugak la cerita dia. Nak kata best sangat tu takde la. Nak kata tak best pun tak jugak. Boleh gelak jugak la tengok citer tu. Overall aku bagi rating 3.5 star lah. Aku harap lepas ni citer-citer Melayu akan improve lagi. Tapi, kenapa citer-citer P.Ramlee yang pakai screen itam putih tu quality dia lebih bagus dari citer-citer sekarang? Aku pun tak paham.. Kadang-kadang aku tengok Cerekarama dekat TV ada yang lagi bagus dari cerita kat wayang. So, sebelum aku berucap macam pengkritik filem, baik aku stop.
Hari ni aku masih lagi nak cerita pasal musim cuti sekolah tu. Lambat lagi nak habis cerita aku ni. Kalah cerita ‘Idaman’ atau ‘Mahligai Gading’ atau ‘Santa Barbara’ atau ‘Dallas’ atau ‘Baywatch’.
Satu hari tu Abah dengan Mak bawak Apis pergi klinik. Diorang pergi naik kereta Fiat tu la. Masa tu kereta tu belum kena jual lagi. Kalau dah kena jual macam mana la Abah nak bawak kereta tu ye tak? So, Aku empat beradik kena jaga rumah la. Masa tu punya la takut giller! Sepatutnya kitorang tak rasa takut pun. Tapi disebabkan idea Along lah yang buat kitorang takut. Ada ke dia ambik pisau, parang, banet dan yang seangkatan dengannya dekat dapur tu dan bagi kat kitorang sorang satu. Dia kata, kalau orang jahat masuk, kitorang kena tikam dengan pisau-pisau ni. Mak aiii… macam mana la kitorang tak takut? Aku punya senjata pisau potong sayur tu aje. Aku sentiasalah genggam pisau tu kuat-kuat. Kitorang berkurung dalam bilik Mak. Aku pun pelik, macam mana lah Along boleh pikir nanti orang jahat nak masuk?
Masa tu aku bayangkan orang jahat yang nak masuk tu sarung stoking dekat muka untuk culik kitorang. Perkataan yang mula-mula sekali orang jahat tu akan cakap ialak "Hensap!!!". Hensap = Hands up. Aku pun tak tau apa maksud hensap tu. Bila aku darjah 1, aku ada baca dalam buku teks BM cerita bertajuk "Budak yang insaf". Alaaa.. cerita pasal sorang budak tu merajuk dan menyorok dalam gua. Then, dia nampak ada air menitik-nitik dari atas gua tu kena kat atas batu. Lama-lama batu tu boleh lekuk. Terus budak tu insaf. Jadi aku ingatkan Hensap tu bermaksud 'insaf'. Kalau korang ni sebaya dengan aku, sure korang tau cerita ni. Kalau selak buku teks tu depan sikit lagi, boleh jumpa cerita 'Anjing dengan Bayang-bayang" pulak.
Berbalik kepada cerita orang jahat, Mak pernah cerita yang ada sindikit culik budak kecik untuk dijual. Mak aku kata, diorang nak ambik kepala budak-budak kecik untuk tanam dekat tempat construction. Contohnya kalau projek nak buat jambatan, untuk bagi jambatan tu kukuh, kena tanam banyak kepala budak kecik kat tiang konkrit tu. Kalau tak, nanti penunggu tempat tu robohkan jambatan tu. Orang jahat yang culik budak tu, Mak aku panggil ‘Genceh’. Mak kata lagi, orang India yang selalu bawak lembu makan rumput dekat tepi sungai tu pun salah sorang Genceh jugak. Mana dia tau pun aku tak tau. Sure aku kena kelentong buta-buta je. Aku cukup ngeri bila terserempak India tu. Satu hari tu, aku tengah berak dekat sungai, aku ternampak India tu atas bukit. Aku sorang-sorang je masa tu. Aku punyalah takut, aku menyorok dekat belakang batu sampailah India tu blah. Adalah dalam sejam aku menyorok sebalik batu tu. Sampai lupa nak basuh berak. Balik rumah baru aku basuh dekat perigi. Sekarang dah pecah tembelang aku. Cis! Apasal la aku boleh bagitau korang rahsia peribadi aku ni?
Berbalik kepada cerita jaga rumah. Along siap ajar lagi macam mana nak guna pisau untuk tikam orang. Mungkin dia belajar masa tengok cerita-cerita silat dekat TV. Lama-kelamaan, kitorang boring pulak berkurung dalam bilik tu. Along pun keluarlah ke dapur. Mulalah menggatal tangan nak memasak pulak. Habis kitorang selongkar dapur tu. Jumpalah tepung gandum. Along bancuh tepung gandum tu dengan air. Lepas tu taruk milo. Perghh… nak buat cekodok Milo la pulak. Tak pernah dibuat dek oghang! Then, panaskan minyak dalam kuali. Belum sempat panas lagi dah masukkan tepung yang dibancuh dalam milo tu. Lembik la jadinya cekodok tu. Berminyak-minyak pulak tu. Bila tak puas hati dengan cekodok lembik, Along besarkan lagi api dapur tu. Sampai berasap-asap pulak minyak. Hangus pulak cekodok tu. Macam kulit Pakcik Karim pulak kaler dia. Hahahah.. tapi sedap jugak rasa dia. Aku tengok Along bangga je bila kitorang melahap cekodok hasil air tangan dia. Sampai lupa la nanti ada orang jahat nak datang rumah.
Belum habis masak pun lagi, Abah dah balik. Alamakk.. kelam kabut padamkan api dapur. Ada la sikit lagi tepung yang tak sempat goreng. Masuk-masuk rumah aje Abah dengan Mak Tanya “Apa yang berasap ni??” Kitorang senyap aje. Takuttt.. Along sengih-sengih je. Abah cek dapur, terjumpa la cekodok milo kitorang. Dia pun makan la cekodok tu sikit. Aku tengok sedap aje dia makan. Nasib baik Abah tak marah. Mak dengan Abah pun gelak aje la. Apa yang kelakar pun aku tak tau lah. Selalunya kalau Along buat benda-benda pelik macam ni mesti kena marah punya. Tapi kali ni OK pulak. Mungkin sebab cekodok tu sedap kot dan boleh dikomersialkan. Korang try la sendiri kat rumah. Orait jugakk!
Kesimpulannya.. jangan tinggalkan anak-anak anda kelaparan di rumah. Seperti kata pepatah:
Anak kera di hutan disusukan pakai susu ibu,
Anak sendiri kat rumah pakai susu Dumex.
Ada ke patut?

Tuesday, December 27, 2005
Hanger Baju Serba Guna
Assalamualaikum
Weekend lepas aku dan family sebelah wife aku gi picnic dekat Port Dickson. Dah lama dah tak mandi laut. Aku ingatkan malas nak mandi laut. Last-last aku teruja jugak tengok sepupu-sepapan wife aku beserta pakcik makcik wife aku tu berendam dalam laut. Langsung, aku pun terkesima untuk terjun dalam laut jugak. Nasib baik takde Tsunami. Alhamdulillah syukur nikmat.
Hari ni dah masuk kerja. So, untuk menjana kecerdasan otak aku bekerja hari ni, aku mulakan dengan cek Blog aku. Terima kasih kepada sesiapa yang berani komen. Aku ingatkan tak ramai yang berani komen. Tapi aku ingat nanti kalau dah ramai gila orang nak komen, aku nak caj setiap komen singgit la. Kalau sehari ada sejuta orang komen, aku boleh jadi millionaire dalam masa sehari! Tak pun macam ni la. Korang marketkan blog aku ni macam Multilevel Marketing. nanti ada la persen yang aku bagi untuk each level. Heheheh.. gurau ajo!
So… ahh.. tak bestlah pakai perkataan ‘so’.
Furthermore, today I want to story you a story about my experience when I small-small dulu.
Memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah, aku nak cerita masa musim cuti sekolah tahun 1982 dulu la. Seingat aku, Along dengan Angah ada datang ke KL. Aku tak ingat macammana diorang datang. Sebab Along kat Perak, Angah dekat NS. Tapi tetiba aje diorang ada kat KL. Entah-entah diorang pakai ‘Pintu Suka Hati’ yang Doraemon pakai tu. Alaaa.. yang kita boleh pilih nak pergi mana dengan masuk pintu tu. Takkan korang tak pernah tengok Doraemon kot? Kalau aku ada pintu tu kan best. Boleh travel around the world dengan sesuka hati. Kalau tak dapat pintu tu pun, dapat kipas helikopter kecik yang taruk dekat kepala tu pun jadi la. Tak payah la aku nak mengharung trafik jem masa nak gi kerja. Tapi kalau kat Malaysia ni aku pakai kipas helikopter kecik tu malam-malam sure orang ingat aku ni hantu penanggal pulak.
Haaa.. bila Along dengan Angah dah ada, meriah la sikit rumah aku. Bertambah lagi la aktiviti kitorang. Antara aktiviti yang ditunggu-tunggu ialah ‘Mandi Hujan’. Syok ooo… Masa tu, rasa macam best giller bila dapat mandi hujan. Ada satu hari tu, Along dengan Angah bawak aku dengan Bangcik mandi hujan jauh sikit daripada rumah. Siap main gelongsor dekat bukit. Maksud aku, bukannya ada papan gelongsor dekat bukit tu. Tapi, kitorang jadikan bukit tu macam papan gelongsor. Bukit tu tanah merah. Jadi, bila hujan, cerun bukit tu licin la. Dekat cerun bukit tu la kitorang gelongsor dari atas bukit sampai bawah. Lepas tu naik balik, gelongsor balik. Tinggi jugak bukit tu. Aku rasa ada la dalam tinggi rumah 2 tingkat. Habis seluar baju merah-merah kena lecak. Nasib baik tak rabak bontot masing-masing. Kalau tak, sure perkataan ‘bontot koyak’ yang aku introduce tu menjadi kenyataan.
Balik aje dekat rumah, kitorang nampak Mak dah standby dengan hanger baju. Hanger baju dulu-dulu korang tahu je lah kan. Semuanya made from steel. Mak Siap cekak pinggang lagi. Macam Arwah Siti Tanjung Perak dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah pulak. Korang tau ke Siti Tanjung Perak yang mana satu? Ala.. dalam cerita Bujang Lapok, dia jadi Mak kepada Zaiton. Yang cakap "Ayuuuuu.. go to play.. ahh!! tidurlahh!!"
Bila Along nampak aje Mak dah standby, Along terus lari ke perigi untuk mandi. Angah la yang terkantoi. Angah kena sebat dengan hanger. Aku tak ingat Bangcik kena sebat ke tidak. Tapi yang aku ingat, Aku tak kena sebat. Mungkin sebab aku yang paling kecik dalam aktiviti gelongsor bukit tu. Aku tumpang nangis je bila Angah menangis kena sebat dengan Mak. Mungkin jugak aku tak kena sebat sebab aku dah nangis dulu (taktik biasa). Aku memang nampak Mak naik syeikh (naik syeikh ke.. naik syeh? Belasah aje la) masa tu. Along ingat lepas mandi buangkan lumpur tu dia selamat la. Last-last kena sebat lagi teruk bila dia balik dari perigi. Heheheheh..
Masa tu perasaan aku rasa macam bengang aje dengan Mak. Masa tu aku ingatkan yang Mak marah kitorang sebab benci kitorang. Budak-budak.. mana lah tau.
Satu lagi aktiviti kitorang ialah main masak-masak. Kitorang ambik tin sardin kosong dan rebus daun ubi kayu dalam tu. Pandai-pandai la kitorang nyalakan api. Along dengan selamba je ketuk rumah Makcik Jason untuk pinjam minyak tanah. Lupa pulak aku nak cakap. Makcik Jason (baca dalam bahasa baku, bukan macam nama Jason dalam English) ni ialah bini Pakcik Ramli yang bontot belang-belang hari tu. Nasib baik Makcik Jason baik. Kalau Makcik Jason tak baik, mestilah dia jahat. Kalau Makcik Jason jahat, mesti dia tak nak bagi pinjam minyak tanah. Kalau dia tak nak bagi pinjam minyak tanah, macam mana kitorang nak make sure api menyala dengan lama untuk masak pucuk ubi? Cuba korang bagi idea sikit!
Fisrt time aku tengok air menggelegak atas usaha sendiri. Syok wooo.. macam makan aiskrim Sundae kon dengan choco top dekat McD rasanya. Bila dah masak tu, Along suruh makan pucuk ubi tu. Aku pun rasa la sikit.. mak aiiii… pahit! Siol je.. Ingatkan sedap. Tapi, aku rasa kalau kitorang taruk santan, serbuk kunyit, cili api dan garam, sure jadi masak lemak cili api pucuk ubi. Taruk pulak ikan bilis dengan tempoyak sikit. Perrghhh.. melelah air liur!
Itu aje la activity outdoor yang aku nak cerita hari ni. Nanti korang boring pulak baca. Aku tau sebab aku pun boring bila menulis ni. Mungkin otak masih lembab sebab cuti 3 hari. Heheheh..
Kesimpulannya, apa yang mak bapak kita tak bagi kita buat tu mesti ada sebab. Apa yang kerajaan tak bagi kita buat pun sure ada sebab. Begitu jugak dengan apa yang Allah tak bagi kita buat, sure ada sebab. Sebab-sebab tu mestilah untuk kebaikan kita jugak. Cuma kadang-kadang kita tak perasan pun apa sebabnya. Begitu jugak dengan Blog ni. Aku menulis ni pun bukan sebab setakat nak buang masa dan buat kelakar aje. Ada sebab aku buat ni.. Salah satu sebabnya ialah untuk menghabiskan masa orang yang membaca.. Kalau korang dapat release tension, aku pun tumpang suka. Kalau korang tak dapat apa-apa faedah langsung, PADAN MUKA KORANG!!
Hahahahahahha…

Friday, December 23, 2005
Terjebak dalam vandalisme
Yahu! hari ni hari Jumaat.
Alhamdulillah syukur nikmat
Malaysia maju rakyat selamat
yahuu yahuuu yahuu yahuuu
yahuu yahuu ya Allah yahuu...
Korang pernah tengok tak iklan lagu tu kat TV1 dulu? Pokok-pokok bunga yang menyanyi. Aku rasa iklan tu dah kena ban sebab perkataan 'yahu' lah. Mungkin sebab 'yahoo.com' dah trademark perkataan yahu.
Sempena hari Jumaat ni, aku tak nak sambung cerita pasal bontot. Tak senonoh pulak rasanya. Kalau ada award 'Blog Terkotor' aku rasa nanti aku boleh menang. So, hari ni aku nak sambung cerita pasal aktiviti aku, Bangcik dan Sham dekat Kampung Setinggan tu.
Pada satu ketika, hobi kitorang ialah 'menconteng dinding rumah dengan menggunakan arang'. Panjang sungguh tajuk hobi kitorang tu. Selalunya kitorang akan merayau untuk carik rumah setinggan kosong untuk diconteng. Aku rasa kitorang terpengaruh dengan cerita Ali Baba Bujang Lapok la. Mula-mula tu setakat tanda pangkah (X) dekat pintu aje. Last-last sampai conteng lukis-lukis kartun. Habis penuh dinding luar rumah kosong tu kena conteng.
Seingat aku, antara gambar yang selalu kitorang lukis ialah gambar robot, dan gambar anggota badan manusia. Di antara anggota badan manusia yang kitorang pandai lukis ialah bontot. Senang aje.. macam tulis huruf 'W' je.. Tak silap aku, Sham ada lukis gambar bontot Pakcik Ramli sebelah hitam sebelah putih tu. Aku dah cakap dah, mamat ni memang tak senonoh sikit. Eh! terlepas cakap pulak perkataan bontot. Aku tarik balik la.. slurrpp! slurrppp! (bunyi sedut perkataan untuk tarik balik).
Dalam satu hari habis sebijik rumah kitorang conteng. Sampailah kitorang tak jumpa dah rumah untuk diconteng. Bila dah takde rumah untuk diconteng, mulalah rasa gian. Aku rasa Mat gian pun tak gian macam kitorang gian. Lalu, kitorang pun nekad (bukan naked) untuk conteng rumah orang yang ada orang duduk pulak. Rumah pertama yang kitorang target ialah rumah Pakcik Karim.
Rumah Pakcik Karim ni betul-betul sebelah rumah aku. Pakcik Karim pulak masa tu takde kat rumah. Yang ada bini dia aje yang kitorang gelar Makcik Karim sebab kitorang tak tau nama dia apa. Nak tanya "what is your name" dekat dia pun tak berani. Nanti dituduh kacau bini orang pulak. Makcik Karim tak perasan pun kitorang conteng rumah dia. Siap tulis kutuk-kutuk Pakcik Karim lagi. Mentang-mentang la kulit Pakcik Karim tu hitam berkilat, kitorang tulis la "Karim Hitam", "Karim Keling". Lukis bontot kaler hitam dan tunjuk pakai anak panah perkataan "bontot Pakcik Karim". Tarik balik.. Slurrppp!! slurrppp!!
Tengah syok-syok menconteng Tetiba je Pakcik Karim balik. Tak perasan pulak bunyi motor dia tadi. Ingatkan bunyi motor orang lain. Apa lagiii.. cabuttttt... Pakcik Karim nampak kitorang cabut. Bukan cabut pokok, tapi berambus la. Tapi aku rasa masa tu dia tak nampak lagi rumah dia kena conteng sebab kitorang conteng dinding sebelah tepi. Kitorang pun balik la rumah. Sham balik rumah dia. Gabra jugak aku masa tu.
Then, Abah pun balik kerja. Tak lama lepas tu tetiba je Pakcik Karim datang ketuk rumah aku. Dia bagitau Abah yang kitorang conteng Rumah dia. Habissss... Muka dia bengang je. Apa laa.. dah tua-tua pun nak mengadu ke? Dia suruh kitorang basuh balik dinding rumah dia sampai bersih. Terpaksa la aku dengan Bangcik basuh. Sham la terselamat. Kitorang basuh pakai sabut kelapa yang direndam dalam air. Masa tu mana ada Axion. Kalau ada axion senang je, secolek je.. habis semua bersih.
Balik rumah kena marah dengan Abah lagi. Sudah jatuh ditimpa tangga. Yalah, masa dulu mana ada pakai escalator, sebab tu la peribahasa tu bunyik macam tu. Heheh heh..
Kesimpulannya dekat sini, Sediakan kelengkapan menconteng untuk anak-anak atau adik-adik anda yang kecik-kecik tu. Budak-budak ni kadang-kadang nak release tension atau nak menunjuk bakat. Kalau takde kelengkapan, itulah padahnya! Aku sendiri pun sampai sekarang, kalau ada pen dan kertas kosong, penuh aku conteng kertas tu.
Heheh.. ada satu hari tu, aku balik kerja, terperanjat aku tengok dinding rumah aku kena conteng dengan kaler krayon. Banyak pulak tu!! Anak-anak aku la yang conteng. Nak marah pun tak boleh.. sebab bapaknya pun macam tu jugak! chow.

Thursday, December 22, 2005
Bontot Belang-belang
Cis! bila aku bukak Blog aku hari ni, tetiba je aku terbaca tajuk topik semalam iaitu 'Bontot Koyak'. Terus aku teringat satu peristiwa lagi yang melibatkan bontot jugak. Bukannya aku suka cerita benda yang kotor-kotor ni. Tapi peristiwa-peristiwa yang melibatkan perkataan 'bontot' ni memang senang terlekat dalam memori. Kalau peristiwa-peristiwa yang melibatkan perkataan seperti 'baju', 'meja', 'senduk' dan yang lain-lain tu memang susah nak ingat. Bengap je rasa otak untuk mengingati peristiwa yang berkaitan dengan perkataan-perkataan tersebut.
Haa.. entah macam mana entah aku dengan Bangcik boleh dapat satu member ni. Budak ni sebaya dengan Angah (3 tahun lagi tua dari aku, 1 tahun lagi tua dari Bangcik). Kitorang panggil nama dia 'Sham'. Sham ni perangai dia tak senonoh sikit. Macam-macam aktiviti pelik dia ajak aku dengan Bangcik join.
Selalunya kitorang akan menjelajah kampung setinggan tu dari pukul 3 petang sampai 5 petang sebab pukul 5 kartun dah start kat TV.
Satu hari tu kitorang bercadang nak main air sungai. Sungai tu cetek aje. Air dia setakat paras betis aje. Nak pergi ke sungai kena meredah semak samun dulu. Bila sampai aje dekat tepi sungai, kitorang ternampak seorang lelaki dewasa sedang mencangkung membelakangi kitorang untuk berak dalam sungai tu. Jarak antara kitorang dengan orang dewasa tu ada la lebih kurang 30 meter. Orang dewasa itu bernama Pakcik Ramli. Kitorang cabutlah patah balik dan masuk dalam semak. Tapi Sham yang tak betul sikit tu pergi skodeng Pakcik Ramli tengah berak. Lepas 2 minit dia lari patah balik dekat kitorang sambil gelak terkekeh-kekeh.
Aku: Apasal kau gelak?
Sham: AKu nampak bontot Pakcik ramli..
AKu: Apasal dengan bontot dia?
Sham: Bontot dia kaler belang-belang... hihihi
Masa tu aku bayangkan yang bontot Pakcik Ramli kaler dia belang-belang macam kuda belang la. Jadi, untuk memuaskan hati aku, aku dengan Bangcik pun pergi mengintai jugak. Rupanya bukannya belang-belang macam kuda belang, tapi bontot dia sebelah hitam, sebelah putih. Maksud aku, yang sebelah kanan gelap, yang sebelah kiri tu cerah sikit. Bukannya totally black and white macam bendera Pahang tu.
Aku pun pelik, macam mana la pulak bontot dia boleh jadi macam tu? Kecacatan kekal ke? Bila aku dah besar sikit dan teringat kisah ni, baru aku terpikir, mungkin bontot dia yang cerah tu terkena sinar matahari. Yang sebelah lagi tu dekat tempat redup. Mungkin betul jugak teori aku ni. Cuba la korang test sendiri kalau nak tau.
Balik rumah petang tu, aku cerita la kat Mak dengan Abah yang kitorang nampak bontot Pakcik Ramli belang-belang. Diorang punyalah gelak besar. Aku rasa mungkin diorang imagine yang bontot Pakcik Ramli macam kuda belang. Kadang-kadang bila aku nak beli daging Ramly burger, teringat aku dekat Pakcik Ramli. Sampai sekarang dia tak tau yang kitorang dah pernah nampak bontot dia. Nasib baik la tak kena ketumbit atau katarak.
Kesimpulannya, bayarlah bil Indah Water anda. Bayangkan kalau takde sistem perjambanan dekat negara kita ni? Korang kena la berak dekat sungai. Nanti sure korang pulak yang akan diskodeng oleh kanak-kanak di kawasan sekitar rumah korang. Ehh.. aku pun tak pernah bayar bil Indah Water la! Kantoi la pulak!
Kisah ini adalah benar belaka, tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka.
yang Benar,
taiko.

Wednesday, December 21, 2005
Bontot Koyak
Apa khabar orang yang membaca? Aku harap korang sihat la hari ni. Bila nak belanja aku makan? Aku dengar ada yang dapat gaji cepat bulan ni sebab Krismas. Aku tak dapat gaji lagi la. Aku bukan permanent staff dekat Maxis. Aku contract aje. Selalunya dalam 1hb baru aku dapat gaji. Nasib baik aku pandai berjimat (tipu la lu taiko!).
Semalam Birthday Abah yang ke 58. Dah tua jugak Abah ye. Tapi aku nengok macam orang muda lagi. Nak kawin lagi satu pun aku rasa mampu lagi kot. Harharhar.. Kalau Mak baca sure Mak aku cop aku Si Tanggang ni!
Aku tak tau nak bagi hadiah apa. So, semalam aku call Mak untuk tanya Abah ada jam tangan tak? Mak cakap takde. Terus aku pergi kedai jam dekat Giant Bandar Puteri Puchong. Aku beli jam SEIKO yang mekanikal punya. Tak payah pakai bateri. Lawa pulak jam tu aku tengok. Rabak la jugak RM224. Harga asal dia RM299. Nasib baik ada discount. Aku pikir pun, kalau compare RM224 dengan pengorbanan Abah selama ni, tak ternilai harganya. I Love You dad!
So, Malam tadi, Abah belanja makan kat restoran Pha Pha Tom Yam dekat Kampung Simpang Tiga Gombak. The whole family was there. Aku makan dengan sesuka hatinya. Memang favourite aku kalau ikan siakap masak stim. 'Stim' dekat sini bermaksud 'kukus'. Bukan ikan tu dimasak masa ikan tu tengah stim atau pun tukang masak tu tengah stim masa masak ikan tu. Tapi aku tengok ikan tu mata dia stimm je. Heheheh..
Aku tengok Abah happy je. Angah bagi hadiah 'Smart Tag' untuk pakai dekat kereta. Bernas jugak idea Angah tu. Bangcik sampai lambat sikit. Dia selamba je nyanyi lagu happy birthday kuat-kuat dalam restoran tu masa dia sampai. Aku tengok Bangcik bawak hadiah dalam kotak. Kotak tu size macam kotak kasut. tapi Bangcik tak bagi bukak dulu. Dah habis makan dan bayar, Bangcik blah, baru Abah bukak. Saspen je.. Korang nak tau apa Bangcik bagi???
Jawapan: Gula sekilo + Garam halus sepeket.
Abah gelak je. Abah tau Bangcik takde income tetap. Tapi aku cukup respect kat Bangcik. Aku tau dia sayang Abah. Tapi bila dia bagi garam dengan gula tu aku terasa macam aku ni Biras si Syawal dalam cerita Ahmad Albab pulak. Hehhehe takdelah! Aku tau Abah faham situasi anak-anak dia. Yang penting dia tahu kitorang adik beradik sayang kat dia.
Ok.. enough pasal cerita besday Abah. Hari ni aku nak cerita sikit je pasal zaman dedulu. Aku tak ingat peristiwa ni pada tahun berapa. Masa tu family aku bertandang dekat rumah Makmbong dekat Tampin. Haa.. cerita ni kira aku flashback balik la. Masa ni Bangcik pun tak sekolah lagi. Tapi tetiba je pulak aku teringat pasal cerita ni. Kalau aku tak cerita hari ni, takut terlupa pulak. Ia adalah peristiwa penting dalam hidup aku.
Hari tu adalah hari Kemerdekaan. Semua orang cuti. Biasalah, pagi-pagi dekat TV adalah tunjuk perbarisan dekat Stadium Merdeka. Kalau askar tu berbaris, komanden dia jerit lah "Baarrrisss.. sediapp!!". Tapi korang tau tak apa yang aku dengar?
Mestilah korang tak tau sebab aku belum cerita lagi. Aku dengar komanden tu cakap "Bontooottttttt koyak!!" Aku pun dengan selamba jeritlah "bontooottttt koyakk!!" sambil jalan keliling rumah Makmbong. Kakak sedara aku 2-3 orang gelak je. Aku tak rasa kelakar pun masa tu. Memang aku serius masa tu! Aku memang ingat apa yang aku cakap tu betul. Berulang-ulang kali aku jerit 'bontot koyak' sambil keliling rumah macam perbarisan. Bangcik pulak follow belakang aku dan ikut jerit 'bontot koyak'.
Makmbong marah. Dia kata kalau aku cakap lagi bontot koyak, dia nak cili mulut aku. Kebetulan pulak masa tu dia tengah nak memasak kat dapur. Tapi aku ni jenis 'yang dilarang tu lah yang aku nak buat'. Aku pun saje je pergi dekat dapur, panggil Makmbong aku, terus jerit kuat-kuat "BooOOonNNntTttooooOtttttTt KOYAKK!!!". Apa lagi, Makmbong terus capai cili dan kejar aku dengan Bangcik. Aku dapat melarikan diri. Tapi aku tak perasan yang bangcik tak ikut aku lari. Bila dah jauh baru aku dengar bangcik nangis. Rupanya Bangcik dah kena cili dekat mulut. Hhehehe... *evil*
Sebab pulut santan binasa,
Sebab Mulut aku, Mulut orang lain yang Binasa
Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut, Habis pulut kena makan
Anak aku yang nombor 2 ikut perangai aku la. Apa yang orang larang, itulah yang dia nak. Apa yang suruh, dia tak nak! Lepas tu kalau jalan, sukati je langgar orang, dinding, pintu dan sebagainya. Padan muka aku!

Tuesday, December 20, 2005
Kerana 50 sen
Malam tadi aku kerja malam kat Nilai. Ni dah pukul 2pm lebih baru aku masuk kerja. Badan rasa tak best je. Mungkin aku perlu mulakan balik aktiviti jogging yang aku lakukan dengan sungguh-sungguh masa aku duduk kampus Cyberjaya dulu. Masa tu at least aku jogging 5km sehari including weekend. Balik jogging buat sit up and pumping pulak. ‘Malaysia Cergas’ pulak rasanya masa tu. Berat badan pun dalam 70kg aje. Sekarang ni dah 100+ kg. Mungkin sebab aku suka minum air 100plus oren. Tapi takpe.. aku dah beli sepasang kasut jogging Nike berharga RM229 (before discount hehe). Untuk tahun 2006, aku target nak reducekan 3 kg per month. Thus, by the end of the year berat aku akan jadi 70+kg which is the optimum weight of my body. InsyaAllah.. Aku bukan apa, kalau hensem-hensem sangat nanti takut ada awek usha pulak. Marah pulak wife aku nanti.
Hmmm.. tahun 1982 Bangcik dah masuk darjah satu dekat Sekolah Kebangsaan Polis Depot, Jalan Gurney, KL (sekarang ni Jalan Semarak). Jauh jugak sekolah dari rumah. Abah hantar Bangcik dekat sekolah tu sebab anak-anak Makmbong (Kakcik, Bangri, dan Banglan) pun sekolah kat situ. Bangcik dapat satu kelas dengan Banglan. Aku la boring dekat rumah. Adik aku Apis kecik lagi masa tu. Aku la kena pergi kedai Pakcik Megat sorang-sorang. Mula-mula tu hubungan keluarga aku dengan Pakcik Megat ok sebab kitorang regular customer. Sampailah satu peristiwa salah paham yang aku pun tak paham macam mana boleh terjadinya salah paham. Masa tu pahaman yang menjadi isu Negara adalah pahaman Guru Yahya. Sampai ada satu cerita TV pasal kisah Guru Yahya masa tu. Pengikut Guru Yahya ramai-ramai berzikir “Guru Yahya! Guru Yahya! Guru Yahya!” Aku pun ikut sekali berzikir ‘Guru Yahya’ masa time kenduri doa selamat. Orang lain baca ‘Lailahaillallah’. Bengang je Mak dengar.
Berbalik kepada cerita salah paham dengan Pakcik Megat. Satu hari tu mak suruh aku beli tepung. Masa tu tepung sekilo cuma 50 sen je. Pakcik Megat takde dekat kedai masa tu. Anak dia la yang entertain aku. Aku rasa aku dah bayar dah 50 sen sebab aku tak bawak balik pun duit 50 sen tu. Aku cuma bawak balik tepung je. Aku memang ingat aku dah bagi duit tu dekat anak Pakcik Megat tu. Petang tu Pakcik Megat datang kat rumah, dia kata aku tak bayar duit tepung. Siot je. Aku rasa anak dia yang cilok duit tu la. Tak pasal-pasal mak aku bergaduh dengan Pakcik Megat. Mak aku grip leher pakcik Megat. Kemudian, angkat badan Pakcik Megat. Hempas kat lantai. Then, mak aku lari kat tali tepi gelanggang, melantun balik, lompat dan hentak muka Pakcik Megat dengan siku. Pakcik Megat terkulai lemah. Mak buat tindihan. Aku sebagai pengadil pun tepuk lantai untuk countdown. Satu!! Dua!! Nak masuk yang ketiga aje tetiba Pakcik Megat angkat satu tangan.. Cis! Susahnya nak kalah. Macam Hulk Hogan pulak!
Heheh.. yang tadi fantasi aku je. Yang sebenarnya Mak bergaduh mulut aje. Bukannya mulut bertemu mulut. Marah pulak Abah karang. Ala.. gaduh-gaduh cakap la. 'Bertikam lidah' kalau dalam simpulan bahasanya. Hish! Susah la nak explain! Yang sebenarnya aku tau korang dah paham dah maksud aku, tapi saje je nak detailkan lagi. Tapi yang peliknya, pasal 50 sen pun nak gaduh! Kalau aku dah besar masa tu sure aku hulur $50 kat Pakcik Megat dan suruh dia main jauh-jauh. Mak aku ni pun satu, bagi aje la 50 sen kan senang. Tapi aku rasa, Mak aku bukannya kedekut 50 sen. Mak aku cuma nak defense aku daripada digelar pencuri atau pencopet atau jenayah kolar putih. Thank you Mak!
Sejak hari tu, Mak dah tak jadi customer Pakcik Megat lagi. Mak suruh aku pegi kedai Pakcik Leman pulak yang terletak lebih 1km dari rumah aku. Aku la balik yang jadi mangsa. Letih tau jalan kaki sorang-sorang pergi kedai. Tapi takpe, dapat pahala. Tapi dulu ustat cakap kalau masa sebelum akil baligh, kalau kita buat baik, pahala tu Mak Bapak kita yang dapat. Patutla Mak suruh aku pergi kedai. Mak nak dapat pahala rupanya heheheh..
Kesimpulannya dekat sini, masing-masing kena ada PDA (personal digital assistance). Nanti senang untuk record transaction jual beli. Siap boleh ambik gambar lagi untuk bukti pembayaran. Tapi kena pakai PDA yang ada digital camera la. Kalau ada GPS (Global Positioning System) lagi bagus. Macam aku punya handphone HP iPAQ la. Ada touch screen tau. Boleh tekan tekan kat screen pakai stylus pen. Belagaknya aku. Hahahahhaa..

Monday, December 19, 2005
Anak-anak Taiko
Saje je aku selingkan Gambor anak-anak aku.
Ni gambar anak sulong aku. Iman Hariz. Aku kejutkan dia yang baru tidor. Muka bengang je dekat aku heheheh.
Ni gambar anak aku nombor 2. Iqbal Hadi @ Adik. Like father like son. hehehe
Iqbal lagi. Balik kenduri kawin.. penat!
Anak aku nombor 3. Ayu Humairah. Tengah makan gelang getah. Tak mampu nak bagi makan nasik.

Kereta Pertama Abah
Satu pagi tu aku terperanjat bila bangun tidur. Aku keluar tengok dekat luar rumah ada kereta sebijik. Rupanya Abah beli kereta!!! Yaaahooooo!! Terasa macam orang kaya pulak. Kembang jugaklah hidung Mak. Kalau ukur dengan jangka sudut, akau rasa adalah 1cm jejari lubang hidung Mak aku.
Kalau nak kira luas, kena lah guna formula: Pai x j x j. (Notes: j = jejari bulatan).
Kalau nak kira perimeter, kena guna formula: 2 x Pai x j.
Kalau nak kira berapa helai bulu hidung, kena la kira isipadu pulak! (formula tak ingat!!)
Abah beli kereta Fiat. Bukan Fiat Punto. Fiat apa entah. Macam kotak sabun je kereta tu. Kereta second hand la. Aku tak tau la berapa ringgit Abah beli. Kereta tu warna hijau. Itulah kereta pertama yang Abah beli. Mungkin Abah dah serik bawak kitorang balik kampung naik bas.
Walaupun dah ada kereta, tapi Abah still pergi kerja naik motor. Kalau nak bawak family pergi mana-mana barulah bawak kereta. Banyak jugak problem dengan kereta ni. Aku ingat lagi ada sekali kitorang balik kampung, bila enjin mati je, kena mintak tolong orang tolak kereta. Banyak kali pulak tu! Aircond pun takde. Macam duduk dalam oven je rasanya. Biasala.. nak beli kereta yang elok, tak mampu.. Tapi kalau problem macam tu, mesti sebab bateri kong kan? Entah-entah bateri kereta tu Abah pakai untuk power up lampu rumah kot. Kalau la aku berduit masa tu, sure aku make up kereta tu lawa-lawa punya. Siap pasang turbo lagi.
Aku tak ingat berapa lama Abah pakai kereta tu. Lama jugak kereta tu tersadai aje dekat rumah. Nak start pun tak boleh kot. Aku dengan Bangchik la yang buat kereta tu macam bapak kitorang punya kereta (memang pun). Sukati je main kereta tu hari-hari. Main teksi-teksi la.. racing-racing la.. Tapi kereta tu tak bergerak pun. Setakat pusing stereng dengan tekan hon aje la heheheheh. Siap nyanyi lagu:
Bapakku pulang dari kota,
Bapakku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Bolehku bawak ke sekolah,
Pon pon pon pon pon pon pon pon pon,
Kereta kecilku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Bolehku bawak jumpa nenek.
p/s: nostalgia sungguh lagu ni!
Satu hari tu, ramai orang datang kat rumah aku, tolong tolakkan kereta. Lepas kereta tu jalan, kereta tu tak datang lagi dah. Aku tak tau la berapa ringgit Abah jual kereta tu. Entah-entah kira timbang kati je. Aku rasa ada la gambar kereta tu. Nanti aku try carik gambar dia kat rumah Mak, scan, dan masuk dalam Blog ni.
Sekarang ni Abah dah pakai Proton Waja yang OIC punya dulu. Kalau korang nampak Proton Waja kaler hitam nombor plat X OIC 544, tu kereta bapak aku la tu. Kalau korang nampak Nissan Sentra kaler hijau WCC8368, kereta aku lah tu hehe hehheh..

Friday, December 16, 2005
"Meninggal"???
Assalamualaikum.
Semalam aku busy gila. Tak sempat nak menulis. Pagi aku kena gi Nilai. Tengahari tu aku kena gi Rawang. Tapi takpe! claim mileage dekat Maxis sungguh memuaskan hati. Buleh buat duit ooo..
Hmm.. hari ni cerita sedih pulak la. Asyik cerita kelakar pun tak kelakar pulak kan? Kadang-kadang kelakar jugak kalau baca cerita sedih ni. Apa aku melalut ni?
Pada bulan Disember tahun 1981 tu aku sekeluarga balik ke kampung Negeri Sembilan. Kitorang naik bas aje. Aku tak ingat berapa bijik bas yang kitorang turun naik. Lama jugak nak sampai kampung. Padahal hari ni kalau drive dari KL tak sampai 2 jam pun. Aku rasa kitorang naik bas dari KL-Kajang-Seremban-Kuala Pilah-Batu Kikir-Kampung Jerjak. Eh.. kalau kira, ada 5 buah bas la tak? Hehehe.. Mungkin Bas Transnasional belum wujud lagi masa tu.
Aku tak tau apa sebenarnya tujuan Abah bawak kitorang balik kampung tanpa notis 24 jam pun. Rupa-rupanya sebab Atuk aku sakit. Nama atuk aku ialah Ujang Bin Hassan. Dekat kampung aku tu ada surau kecik yang dia jaga. Budak-budak kecik kat kampung aku tu semua belajar mengaji AlQuran dengan Atuk termasuklah Angah. Angah memang duduk kampung pun masa tu (darjah 1). Sekarang ni surau tu masih ada lagi. Tapi dah besar sikit la.
Sesampai je dekat kampung, ramai sedara-mara aku yang dah ada. Atuk aku sakit terbaring je. Entah berapa hari aku duduk kampung pun aku tak ingat. Cuma ada satu malam tu (aku rasa dah pagi lah.. dalam pukul 2-3 pagi) aku terkejut dari tidur sebab dengar suara orang menangis. Aku bangun tengok Makmbong, Makteh, Abah, Mak, Adang, Acu, Maksu dan lain-lain semuanya nangis. Believe me.. masa tu aku rasa pelik gila. First time aku tengok orang dewasa menangis macam budak-budak termasuk la Abah. Dalam hati aku, aku pikir tak malu ke diorang ni?? Ini bukan rencah nak bagi cerita ni kelakar ye.. Tapi memang macam tu lah yang aku pikir masa tu.
Aku tanya Angah.. angah kata "Atuk dah meninggal". Apa pulak "meninggal" tu?? Langsung tak paham! Lepas tu Mak suruh aku cium pipi Atuk. Aku nampak Atuk macam tidor aje. Semua sepupu-sepapan aku pun cium pipi Atuk. Masa tu aku rasa umur Atuk pun dah 60+ dah.
Esoknya tu ramai orang datang rumah. Barulah aku tau yang atuk dah mati. Kalau cakap 'mati' barulah aku paham. Aku tak ingat siapa yang bagitahu aku nanti Atuk kena tanam. Ooo.. orang mati kena tanam ke? Aku dengan sepupu-sepapan aku yang baya-baya aku pun melompat-lompat kat tanah bersorak "yey yey.. atuk kena tanam! atuk kena tanam!" Tah hapa hapa tah.. Tapi masa nak pegi tanam tu aku dan sepupu-sepapan tak dibenarkan follow. Bengang je kitorang sebab tak dapat tengok Atuk kena tanam.
Bila aku dah besar sikit barulah ada orang cerita kat aku yang Atuk ada buang tebiat jugak sebelum dia meninggal tu. Salah-satunya dia rotan Angah teruk-teruk tanpa sebab. Seorang pun tak tahu kenapa dia pukul Angah tak pasal-pasal. Sebelum tu, sejentik pun dia tak pernah bagi kat Angah. Tapi dia rotan Angah macam rasa lepas tu dia tak akan dapat pukul Angah lagi.
Sebelum dia meninggal tu pun, dia ada pesan kat Abah untuk take care family, solat jangan tinggal, jangan berjudi dan sebagainya. Abah adalah anak lelaki paling tua. Turutan dia macam ni:
1. Makmbong (Duduk kat Taman Koperasi Polis, Gombak)
2. Makteh (duduk kat kampung)
3. Abah (duduk kat Taman Melati, KL)
4. Mak Induk (duduk kat kampung)
5. Adang (duduk kat Seremban)
6. Acu (duduk kat Kepong)
7. Maksu (duduk kat Seri Gombak)
Sekarang ni Uwan (grandmother) aku hidup lagi. Uwan aku pernah cerita kat aku yang Atuk pernah cakap dekat dia bahawa umur Uwan panjang. Sekarang ni aku rasa umur Uwan dah nak 90 tahun dah. Masin mulut atuk aku. Mungkin Uwan masak lauk pakai garam kasar. Lepas makan Atuk lupa nak basuh mulut, terus cakap dekat Uwan macam tu.
Kesimpulannya, everyone must die. You can't escape from it. Taiko pun must die.. jadi, ambiklah takaful sebagai perlindungan untuk keluarga anda kalau anda mati nanti. Hehhehe.. macam la aku ni agen takaful. Chow..

Wednesday, December 14, 2005
Pecah Rumah
Malam tadi aku kena buat kerja test call kat area Gombak. Jadi aku and wife pegi la rumah Mak dekat Taman Melati. Dalam pukul 1.20 AM baru aku sampai. Sampai-sampai je wife aku terus tidor. Aku je sensorang buat kerja. Mak rajin pulak buatkan aku air teh. Aku kalau pergi minum dekat gerai, memang tak pernah order teh tarik. Tak sodap! Kalau air teh yang Mak buat, baru aku minum. Ada ummmpphh! Lepas tu aku nampak pulak gulai tempoyak daun-daun kampung (Negeri Sembilan style) dengan masak lomak cili api ikan tenggiri. Terpaksalah aku makan nasik heheheheh (oh my god.. I am fat enough to eat these things).. Lepas subuh baru kitorang gerak balik Puchong. Sesampai je kat rumah aku nampak anak aku yang first (Iman) dan second (Iqbal) masih tidur lagi. Anak aku yang nombor 3 (Ayu) dah bangun dah.
Sekarang ni aku baru masuk kerja dekat Nilai dan sedang menaip. Apa aku nak cerita hari ni haa?? OK! sambung cerita semalam la.
Haaa.. kitorang sampai dari Perak kat bungalow kitorang masa tu dah nak maghrib dah. Apa yang kitorang tengok masa tu sungguh memeranjatkan. Bungalow kitorang kena pecah masuk. Walaupun aku bukan salah seorang anggota C.S.I, tapi aku boleh tau, mesti pencurik yang masuk. Tak mungkin yang masuk tu seorang fisherman atau rubber tapper. Bila kitorang masuk je rumah, TV dah takde. Waaaaa... tak dapatlah aku tengok kartun!!! radio pun dah takde. Tak dapat la Mak pasang kaset Herman Tino ulang-ulang lagi. Aku pun boleh naik hafal satu kaset Herman Tino punya lagu masa tu. Sekarang ni entah mana entah Herman Tino tu.
Cis!! mengapa Herman Tino pulak yang jadi topik perbualan hari ni?
Haa.. sambung balik cerita pecah rumah. Bangchik punya beg Tadika pun kena curik (padan muka heheh). Aku tak tau la kenapa beg itu yang menjadi sasaran. Mungkin sebab nak buat bekas barang-barang curian kot. tension je Bangchik. Sejak beg tu hilang, Bangchik dah tak pergi Tadika dah. Belajar kat rumah aje. Tak payah bawak beg. Abah pun tensen jugak sebab rumah dah kena pecah masuk. Mak pun tensen. Kesimpulannya, semuanya merasa tensen kecuali adik aku yang baru umur 2 bulan tu hehehe..
Pecah Kaca Pecah Gelas,
Pecah Rumah nanti Allah balass!!
Aku pun tak tahu lah bila la kes-kes jenayah macam ni nak selesai kat Malaysia ni. Mesti ada jalan penyelesaian. Nak harapkan polis, polis pun makan padi. Tapi bukan semua la. Hmmm.. Masalah negara ni!
APA KEJADAHNYA semua ini??!! Saya Wan Kamaruddin melaporkan dari Edisi Siasat. Jumpa lagi esok hari. Assalamualaikum.

Tuesday, December 13, 2005
Dapat Adik..
Assalamualaikum..
Dah tiga hari aku bercuti. Malas pulak rasanya aku nak gi kerja hari ni. Tapi memandangkan yang Anantha Krishnan (Tokeh Maxis) tu bukan bapak tiri laki mak aku, aku terpaksa gagahkan jugak melangkah ke alam pekerjaan hari ni. Bila la aku nak jadi tokeh? Ada staff sendiri dan boleh manage masa aku sendiri. Aku ingat nanti aku nak jadi tokeh ikan la. Orang rumah aku boleh jadi tokeh fishball. Hish apa aku melalut ni..
Kelmarin aku pegi 2 kenduri kahwin. Kedua-duanya kawan sekolah aku kat Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub dulu. Satu kenduri kat Temerloh, satu lagi kat Gombak. Seronok gak konvoi ramai-ramai dengan member lama.
Hari ni aku nak cerita pasal kelahiran adik aku. Aku tak perasan pun yang Mak mengandung. Aku ingatkan perut Mak besar sebab kenyang makan nasik. Sit up pun Mak tak pernah buat. Dalam bulan 6 tahun 1981, Abah hantar Mak, Bangcik dan aku balik rumah Atuk Perak dekat Tapah Road. Best jugak duduk rumah Atuk Perak sebab ada Along. Along masa tu adalah budak paling popular dekat Tapah Road. Apa taknya! Nama je cucu Imam Surau Tapah Road, tapi perangai macam pelesit. Memang pelesit gila lah. Aku pun tak tau nak cakap macam mana. Tapi, takdelah jahat macam Anakku Sazali tu. Takdelah sampai mintak duit, ponteng sekolah dan sebagainya. Biasala budak kecik memangla nakal sikit. Masa tu Along baru darjah 2.
Along ajar aku dengan Bangchik main terup kecik. Aku tak tau la kalau zaman ni ada lagi tak terup kecik tu. Asalnya terup tu sekeping besar, tapi kena lipat-lipat dan cerai-ceraikan, dapat la berkeping-keping. Dekat depan terup ada gambar kartun, dekat belakang ada nombor terup. Selalunya Along akan bawak balik banyak terup hasil kemenangannya berjudi dengan kawan-kawan. Macam-macam jenis game yang boleh dimainkan dengan terup tu. Di antaranya:
1. Tepuk tangan dekat lantai bagi terup tu terbalik
2. Susun dekat bucu court badminton, baling dengan selipar dari jauh.
3. Black jack dan banyak lagi. Korang tak pernah main ke? Itu pun nak kena ajar ke?
Eh? Tadi aku cakap nak cerita pasal kelahiran adik aku, tapi apa pasal aku cerita pasal terup pulak ni?
Ha... pada pertengahan Bulan Julai tu, bermula la era aku dipanggil Bangteh. Sebelum tu family aku panggil aku adik je. Adik aku tu bapak aku bagi nama Hafizul. Tu la first time aku tengok budak baru lahir. Aku pun pelik, apasal a budak ni tutup je mata dia. Tak boring ke tidur je? Kat TV ada cerita Ultraman Hayata pun adik aku tak nak tengok jugak. Ruginya!
Aku rasa aku duduk kat Perak sampai Mak aku habis pantang kot.
Masa nak balik dari Perak ke KL tu, Along nak ikut tapi Abah tak bagi. Abah pinjam kereta kawan. Aku rasa kereta Datsun la. Warna coklat cair macam kaler taik orang. Masa bertolak nak balik tu, Along meronta-ronta nak ikut balik. Atuk pegang Along tak bagi datang dekat kereta. Bila kereta dah jauh sikit, baru Atuk lepaskan Along. Aku nampak Along berlari-lari datang dekat kereta. Tapi tak cukup pantas seperti Watson Nyambek untuk memintas kereta Datsun yang Abah bawak lebih kurang 40 km/j tu. Sedih jugak. Isk!
Hari ni takde kesimpulan. Tetiba je aku rasa syahdu pulak. Tolong sedekahkan Alfatihah kat Arwah Along aku ye..
Salam....

Friday, December 09, 2005
The Genius in Me...
Assalamualaikum.
Semalam aku tak sempat nak menulis. Sibuk siot. Sibuk mengular ke The Mines beli DVD hehehe…
OK lah.. Hari ni aku nak cerita pasal kegeniusan aku. Korang jangan la pulak nak muntah atau menyampah bila baca. Aku bukan nak memuji diri sendiri. Bak kata pepatah, “Seperti masuk bakul angkat sendiri” (Sila baca sambil mengangkat satu tangan seperti Karam Singh Waliya). Apa yang aku cerita ni adalah fakta semata-mata. Heheh
Kalau korang nak tau, aku tak masuk Tadika pun. Masa aku umur 4 tahun, Bangchik masuk Tadika. Jeles jugak aku bila Bangchik aku dapat pakai baju Tadika, ada beg sekolah, ada kasut dan sebagainya. Aku bengang je kalau dia berlagak dengan beg dia tu. Bukan la lawa sangat. Heheheh.
Abah yang hantar Bangcik pergi Tadika naik motor. Kalau balik, aku dengan Mak jalan kaki jemput Bangchik. Jauh jugak. Kalau korang nak tau, Bangchik selalu nangis kat dalam kelas. Kalau tak siap kerja pun menangis. Tah hapa hapa tah. Cikgu pun naik pening kepala. Ni aku agak aje yang cikgu tu pening kepala. Kalau tak, tak best lah cerita ni. Jangan korang tanya pulak “Macam mana kau tau cikgu tu pening?? Ada ke kau nampak dia makan Panadol ke.. Dusil ke.. Dumin ke.. Cortal ke??” Memang la aku tak nampak. Ok la.. Ok la.. kira aku tipu la yang cikgu tu pening kepala..
Walaupun aku tak tadika lagi. Tapi buku-buku Bangchik tu aku belajar. Mak rajin ajar aku baca ABC. Umur aku 4 tahun aku dah kenal ABC. Umur aku 5 tahun aku dah pandai baca. Aku tak baca la komik-komik ni masa tu. Tak standard la! Yang aku baca cuma surat khabar Berita Harian je. Itu pun ruangan kartun heheheh. Bangcik aku pun merangkak-rangkak lagi membaca. Maksud aku, membaca tak lancar sangat la. Bukannya membaca sambil merangkak. Orang gila pun tak buat membaca sambil merangkak!
Aku ni dah la terel membaca, kalau suratkhabar tu diterbalikkan pun aku boleh baca dengan lajunya. Cuba korang terbalikkan monitor korang. Maksud aku, Yang atas jadi bawah, yang bawah jadi atas. Kalau korang malas nak terbalikkan monitor, cuba gantung badan korang kaki ke atas dan kepala ke bawah, then cuba baca apa yang aku tulis ni. Kalau korang boleh baca dengan lancar, memang korang pun genius macam aku jugak la. Hehheheh..
Baca alip ba ta pun aku dah pandai jugak. Semuanya aku belajar sebab aku minat. Senang je masuk dalam otak dan hati. Sekarang ni anak aku yang umur 2 tahun dengan 3 tahun pun dah kenal nombor, huruf Rumi dan huruf Jawi. Masa kecik-kecik ni rupanya lagi senang belajar sebab hati tengah clean. Tak terlibat dengan gejala sosial tak bermaruah, pornografi, laman web lucah, candid perempuan bogel sedang ketuk ketampi dan sebagainya. Hmmm.. macam-macam hal dunia sekarang ni.
Sebenarnya kegeniusan aku dalam bidang maths, bukan language. Kalau korang baca blog aku ni pun korang boleh notice yang bahasa yang aku keluarkan tah hapa hapa tah. Hmm.. mungkin kegeniusan aku dalam math ni akan aku ceritakan dalam bab aku di sekolah rendah nanti. Tungguuu..
Itu je lah hari ni. Esok aku tak menulis kot. Hari Isnin pun Selangor cuti. Maybe hari Salasa Rokaatin baru aku menulis. Selamat bercuti dan jaga diri baik-baik, Gerrraaakkkk…..

Wednesday, December 07, 2005
Penderaan Kanak-kanak
Assalamualaikum... (kalau tak bagi salam, aku tak tau nak mula tulis).
Masa mula-mula duduk setinggan tu yang ada cuma Abah, Mak, Bangcik dan aku je. Along memang duduk kat Perak. Angah duduk kat kampung Negeri Sembilan. Abah hantar Angah kat kampung supaya sekolah kat sana. Masa tu Along darjah 2, Angah darjah satu, Bangchik dah nak masuk Tadika, aku 4 tahun. Mungkin sebab Abah tak cukup duit untuk hantar Along dan Angah sekolah kat KL. Transportation pulak hanyalah motor Yamaha buruk. Aku ingat lagi Nombor plat motor tu WW 7397. Dengan motor tu lah Abah mencarik rezeki, dan bawak aku dan Bangcik jalan-jalan. Jangan ambik nombor ekor pulak pakai nombor plat ni.
Mak duduk kat rumah aje. Kalau nak beli ikan dan bahan memasak, ada Pakcik Ramli atau Pakcik Ayob yang datang jual ikan bawak motor. Kalau nak beli barang-barang lain, aku dengan Bangcik lah kena jalan kaki ke kedai Pakcik Megat yang lebih kurang 500 meter jauhnya dari rumah aku. Aku pun tak tau apa yang Mak suruh beli. Mak aku tulis siap-siap barang apa yang dia nak beli dalam kertas . Aku tunjuk aje kertas tu dekat Pakcik Megat dan dia yang sediakan barang-barang tu. Lepas bayar, dia bagi duit baki, kitorang balik la bawak barang-barang tu. Tapi selalunya mak aku beli kelapa la. Kelapa tu dibawak balik ke rumah dulu, baru dibelah dan aku dengan Bangchik aku la tolong kukur pakai pengukur kelapa yang macam bangku kecik tu. Time petang pulak aku dengan bangcik aku main lah apa-apa yang ada sekitar rumah tu.
Kadang-kadang abang sedara aku yang kitorang panggil 'Abang Dua' (Anak Makteh) datang rumah kitorang. Masa tu aku rasa dia dah sekolah menengah dah. Tengah cuti SRP kot. Sekarang ni dia dah jadi Kapten Askar and duduk kat Seri Gombak. Dia la melayan, membuli dan men'child abuse'kan kitorang. Diantaranya ialah:
1. Memasukkan Siput babi dalam kocek baju aku.
2. Memasukkan aku dalam gelung batu (untuk buat perigi) yang ada 2 ekor katak dalam tu. Seekor warna hijau, seekor lagi warna kuning.
3. Dia buat topeng Bangcik gambar Semut Merah (Masked Black Rider/Gaban), dia buat topeng aku muka M. Daud Kilau pakai spek hitam. Aku tak nak. Bangcik aku suka la. Tapi, bila dia nampak Bangcik aku punya syok pakai topeng tu, dia rampas and letak atas atap. Cis!
4. Dia kata nak lukis potret gambar aku. Tapi dia lukis gambar king kong. Penat aku posing. Patut la dia suruh aku posing macam beruk! Siol je.
5. Mengunci aku dalam jamban. Alaa.. Jamban yang jenis macam pondok kurus kat luar rumah tu la.
6. Dan macam-macam lagi yang aku dah tak ingat.
Tapi kalau dia tak datang rumah aku, boring pulak aku. Terutamanya bila bangcik aku dah masuk tadika. Hmm.. pasal tadika ni, nanti la aku cerita.
Bye

Tuesday, December 06, 2005
Seting Garden life...
Apa aku nak cerita hari ni haa? sebenarnya aku tak plan pun apa yang aku nak tulis. Main belasah je la. Asal cukup satu page jadi la kan? Hmm.. kira habis lah cerita aku duduk kat Sentul.
Kitorang duduk Sentul dalam 2 tahun je. Lepas tu kitorang pindah kat rumah sendiri (1981). Abah aku dapat tanah yang sesuai untuk buat rumah bungalow. Rumah bungalow tak semestinya orang kaya je boleh duduk. Orang miskin pun boleh jugak. Abah aku kerja je kat Bank Negara, tapi dia tak pandai cop duit. Kalau dia kerja cop duit, sure family aku dah kaya dah masa tu. Mungkin nak nyala api pun pakai duit $50 (dulu mana ada pakai RM).
Hah.. berbalik kepada cerita rumah baru. Sebenarnya abah aku dapat satu port baikkk punya untuk buat rumah setinggan kat sempadan gombak/setapak. Kampung setinggan tu dulu bernama Kampung Melayu Bumi Hijau. Sekarang ni tapak setinggan tu dah jadi Sekolah Menengah Taman Melati.
Walaupun namanya Bumi Hijau, tapi aku nampak tanah dia tanah merah aje. Kalau hujan, tanah jadi berlecak-lecak. Indah nama dari khabar. Hmm.. memula rumah kitorang tu kecik giler. Ala.. setakat ada lantai, dinding, pintu, tingkap, and bumbung je. Bilik pun ada satu je. Kalau aku duduk situ sekarang ni, aku rasa boleh masuk rancangan 'Bersamamu' laa. Abah aku ada buat satu telaga untuk mandi-manda, membasuh, memasak dan sebagainya. Syok ooo pagi pagi mandi air telaga. Kadang-kadang aku nampak jugak ada katak berenang-renang dalam telaga tu. Kadang-kadang ada kulit ular yang bersalin kulit. Tapi aku belasah aje la. Sihat je aku minum air telaga tu. Hidup lagi sampai sekarang ni. Tak pernah pun kena taun, cirit-birit dan demam kepialu.
Keliling rumah tu ada semak-samun jugak. Kalau malam punya la seram especially masa Abah aku outstation ke mana-mana. Then, secara kecil-kecilan Abah aku tanam ubi, pisang dan nangka. Dapat jugak la merasa makan ubi, pisang dan nangka secara sesuka hati. Masa kitorang memula duduk situ, tak ramai jiran-jiran. Paling dekat pun rumah Makteh aku (kakak kepada Abah aku) dalam 200 meter dari rumah aku. Lama-lama ada la 4-5 buah rumah yang menempek dekat keliling rumah aku. Dapat jugak kengkawan.
Abah aku pun ada buat renovation sikit-sikit. Lama-lama besar jugak rumah tu. Tak payah panggil Eric Leong Cassa Impian pun. Lampu pun dah pakai lampu kalimantang. Tapi power up pakai bateri kereta la. Ok apa? TV pun bapak aku ada beli jugak dulu. Tapi black and white punya la. Nak tukar siaran kena pusing tombol yang bunyi 'ketap-ketup-ketap' tu. Dapat jugak la tengok cerita The A Team, McGuyver, Knight Rider, Blue Thunder, Buck Rogers, Battlestar Gallectica, Tayangan Gambar Minggu Ini, kartun Smurf, Captain Future, Ultraman Goh dan macam-macam lagi. Tapi seminggu sekali Abah aku kena hantar bateri untuk cas dekat kedai. Seharian tak dapat tengok TV sebab bateri kat kedai.
Macam-macam peristiwa best aku tempuhi masa duduk setinggan ni. Itu aku nak cerita sikit2 la. Kalau tak, sekejap sangat cerita aku ni habis. Aku kena cerita satu persatu la.
Itu aje la untuk hari ni. Aku pun tengah takde idea sebab perut aku memulas je... chow!

Monday, December 05, 2005
Hantu Lombong vs Hantu Kopek
Assalamualaikum..
Wah.. hari ni dah hari Senayan (Isnin). Cepat je rasa weekend berlalu. Hari ni dah start kerja balik. Sekarang ni aku kat Nilai. Aku kerja dengan Maxis sekarang. Ada MSC nak upgrade. So, aku kena handle projek ni.
Aku sambung cerita masa kecik2 la..
Tahun kelahiran aku tu (1977) Abah aku start kerja dengan Bank Negara. Abah aku resign askar. Aku dengar sebab dia tumbuk pegawai. Gangster gak Abah aku ni heheh.. Dua tahun lepas tu (1979) family aku pindah ke KL. First sekali kitorang menyewa kat Sentul. Bila cakap pasal Sentul, aku teringat kat Mat Sentul dengan iklan keropok Kum Kum, Tora, Ding Dang dan sebagainya. Cukup pandai membukak selera aku untuk mengayakan tokeh kedai runcit.
Berbalik kepada cerita Sentul, masa tu Abah, Mak, Angah, dan Bangchik je yang ada. Along duduk dengan Atuk Perak dan Uwan Perak (Mak bapak kepada Mak aku) kat Tapah Road, Perak. Aku yang bongsu la masa tu. Kitorang sewa dengan satu Makcik ni yang kitorang panggil Makcik. Makcik ni ada ramai anak yang dah sekolah. Biasala .. masa bebudak umur 2 tahun, semuanya suka nak main dengan aku. Diorang panggil aku masa tu 'Bulat'. Aku tak tau la kenapa diorang panggil aku Bulat. Takde pulak aku bergolek golek macam bola. Yang aku akui, aku memang cute masa tu hehehe.
Satu hari tu, sorang anak Makcik tu yang bernama Abang Abu, bawak aku jalan-jalan kat tepi lombong. Masa tu dah nak senja dah. Yang aku ingat, aku nampak lombong tu air dia macam bergulung-gulung. Macam berombak-ombak seperti laut. Takkan la lombong boleh berombak macam tu? Rupa-rupanya aku kena kacau dengan Hantu Lombong atau dalam bahasa Inggerisnya The Mines Ghost. Tapi takde la pulak aku nampak rupa hantu tu. Mungkin hantu tu je yang nampak aku.
Bila aku dah besar sikit (masuk sekolah), mak aku ada cerita yang aku menangis-nangis kat lombong tu. Pujuk punya pujuk pun tak stop menangis. Bawak balik rumah pun menangis jugak. Sampai la kena panggil sorang dukun tu untuk ubatkan aku, baru la aku tak nangis. Mak aku cakap dukun tu baca ayat Quran dengan Azan je. Mungkin hantu tu lari bila dengar.
Hmm.. benda-benda hantu/puaka/jembalang semua ni kalau tak nak percaya, ada pulak yang berlaku. Entah la.. terpulang la kat diri masing masing.
Kalau korang nak tau, hari tu Bangchik aku ada form satu group Ghostbuster. Tahun ni jugak la. Dia dengan member-member dia buat kerja rakam gambar hantu pakai video camera. Siap iklankan dekat surat khabar Bacaria and Mingguan Perdana lagi. Diorang pergi kat Kubur lama laa.. Rumah lama la.. Nama glamer Bangchik aku ni 'Jai King'. Satu hari tu diorang buat projek ambik gambar hantu kat dalam hutan. Balik2 je terus demam. Dia kata nampak Hantu Kopek. Alah.. yang dalam bahasa Inggerisnya Breast Ghost. Seminggu demam. Abah aku bawak la pergi jumpa orang-orang yang pakar dalam perubatan tradisional ni. Last-last pergi kat sepital, doktor kata kena Denggi. Iya la.. dah duduk dalam hutan, banyak nyamuk, memang la terdedah kepada bahaya denggi. hahahhaha..
Sekarang ni hantu kopek dah bebas berkeliaran. Kalau orang pompuan yang berpakaian mendedahkan buah kat dada untuk saja je sampuk orang lelaki, itulah dia Hantu Kopek.. tapi kekadang aku suka gak tengok hantu kopek ni heheheheh
chow...

Sunday, December 04, 2005
Kelahiran
Rajin pulak aku nak menaip hari ni...
Aku tak tau bila mak ngan abah aku buat projek. Tetiba je aku lahir. Bertuah jugak aku sebab dalam berjuta sperm yang ada, aku berjaya sampai ke garisan penamat. Yang lain kantoi kot. Mungkin sebab pancit, atau tidur di tengah jalan macam sang arnab yang lumba dengan kura-kura tu.
Dalam perut mak aku, aku tak tau la apa yang aku buat. Eh, kalau korang nak tau, sebelum aku belajar sains paduan tingkatan 3, aku tak tau pun yang bayi dalam kandungan tu duduk dalam rahim. Aku ingatkan betul2 duduk dalam perut (mengong!). Dan aku tak tau pun manusia dilahirkan ikut lubang *tut* tu. Aku ingat semua kelahiran kena bedah perut utk keluarkan baby. Betul, tak tipu ooo..
Aku dilahirkan pada 4 Ogos 1977. Bermakna, aku dah berumur 28 tahun 4 bulan masa aku menaip ni. Bapak aku bagi nama aku Hazril. Sebab tu la family aku panggil aku Aril. AKu dilahirkan secara tradisional (berbidan) kat kampung aku iaitu Kampung Jerjak, Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan (masa tahun 1977 mana ada poskod). Aku anak yang ke empat. Arwah Along aku Hasnan, Kakak aku (Angah) Haznie, Bangchik aku Hasnizar.
Aku duduk kampung (rumah atuk aku) sampai umur aku 2 tahun. Kampung aku masa tu hulu gila la. Letrik, api, air semua takde. Inikan pulak GSM/3G coverage. Berak pun kat sungai je. Pernah jugak masa aku berak kat sungai tu tetiba je ada aku nampak pisang goreng terapung datang kat aku. Bila dah dekat rupanya taik. Cet!!
Rumah atuk aku ni lantai buluh je. Miskin keluarga aku. Sebab tu aku nak ingatkan diri aku, supaya jangan lupa asal usul. Jangan belagak tak nak makan sambal potai, gulai tempoyak, ikan koli, masak lomak cili api etc etc..
Peristiwa yang aku ingat pun ialah aku terjatuh dari rumah ke tanah ikut lubang lantai untuk buang habuk sapu sampah. Alaa.. rumah orang minang kan ada tangga dan tiang. LAntai kan tak jejak tanah. Jadi ada la sekeping lantai tu yang saja dilubangkan untuk halakan habuk sapu sampah ke situ dan terus buang ke bawah. Kalau tak menyapu, lantai tu ditutup dengan tikar mengkuang. Masa tu kakak sedara aku tengah menyapu, aku pulak boleh jalan kat situ and jatuh gedebuk ke bawah. Memang nangis giller masa tu.. sakit oooo.. semua panik tengok aku oo.. Nasib baik la takde tulang yang patah.
Kesimpulannya, jalan tengok bawah. Kalau masa kekecik jatuh takpe. Bayangkan kalau dah besar, tengah jalan kat town tetiba jatuh dalam lubang taik. Tak ke malu? nak menangis pun pikir 8 kali.
Itu aje la aku nak cerita hari ni.. selamat morning.

Friday, December 02, 2005
Mula-mula
Assalamualaikum kepada yang tengah baca. Kalau korang nak tau, blog ni aku register lama dah. Tapi malas je nak menulis. Entah apa pasal ntah aku tergerak pulak nak menulis. Aku ingat dulu aku ada buat personal homepage kat geocities. Tapi sebab dah lama tak maintain, homepage aku tu hilang. Punya la lawa homepage aku tu. Siol je geocities tu.
Aku ingat aku nak tulis pasal experience aku masa kekecik dulu sampai la besar sekarang ni. Nanti anak, cucu, cicit, piut, dan oneng oneng aku boleh la kenal siapa aku. Nanti kalau keturunan aku dah sampai 6 generasi diorang boleh la buat gathering raya keluarga Hazril Bin Ibrahim. Masa tu mesti aku dah mati dah. Yup... Taiko must die.
ooo.. pada sesiapa yang tak kenal aku, mula2 ni aku nak story sikit kat korang, camana orang boleh panggil aku taiko. Macam gangster je nama tu. Tapi itulah hakikatnya. Semua perompak, lanun, oger dan crook semuanya dalam tangan aku. Termasuk la Salleh Kamil, Sarip Dol, S. Kadarisman dan A. Rahim.
Hehehe.. Takde laa.. sebenarnya macam ni. ..
Masa lepas habis SPM dulu, aku dapat tawaran biasiswa Telekom. Kena masuk belajar ambik Diploma in Telecommunications Engineering kat satu institut yang diberi nama Institut Telekomunikasi dan Teknolgi Maklumat (iTTM) kat Taiping, Perak. Sekarang ni iTTM tu dah convert jadi Multimedia University (MMU). Kira aku ni budak pandai jugak la. Sebab tu dapat biasiswa. Tapi bila masuk iTTM ni terasa bodoh pulak sebab semua lagi pandai dari aku. Diorang cakap english berabuk2. Aku kalau setakat "yes, no, orait, thank you, same-same" tu boleh la.. Batch aku ni second batch. Jadi ada la senior student.
Nak dijadikan cerita masa program orientasi, team senior ni saje je nak mendera kitorang. Pukul 1 pagi semua kena gather kat padang. Kena lecture apa benda ntah. Sebijik haram pun tak masuk dalam telinga aku. Ada yang menjerit, menengking la.. ingat ni nak masuk askar ke apa? Siap ada sorang akak tu cakap dia kena minum air tapak kaki gajah la. Aku pun tak paham. Takde air lain ke nak minum?? Minum la air tapak sulaiman ke.. Air Asia ke.. heheh..
Last2 ada satu mamat tu, kitorang panggil dia 'Bangka' sebab umur dia dah 24+ masa tu, tak puas hati dengan aku sebab dia suruh pumping aku tak mau. Dia sound aku "apa kau ingat kau nak jadi taiko ke??!!" aku buat dek je.. Ek ellleehhhh.. sebenarnya diorang tu saja je nak buat gempak. Lepas orientasi tu semua ok dgn aku, termasuk la Bangka.
hahhh.. lepas tu kawan aku yang bernama "Nyache" menghebohkan kat kengkawan, siap CC dan BCC kat lecturer sekali bahawa nama aku Taiko. Sampai lecturer pun kalau masa main bola ke, basketball ke panggil aku taiko. Padahal aku ni ialah insan yang baik serta luhur hati budinya...
Heheh.. itu je la.. next week aku ingat nak start cerita dari aku lahir sampai la dah ada 3 anak.. kih kih kih... itu pun kalau aku rajin.
babaaiii....

Subscribe to:
Posts (Atom)